PUISI UNTUK MU



Ku ucapkan salam perjuangan buat diri ini;

Teruskanlah berjuang wahai diri;

Walau terpaksa meniti jalan berliku lagi berduri;

Walau terpaksa berkorban harta & kesenangan diri;

Walau terpaksa berpisah dengan orang yang engkau sayangi;

Walau terpaksa berhempas pulas seorang diri;

Walau terpaksa menanggungnya sendiri;

Teruskan lah tekad langkahmu itu;

Kerana jalan ke SYURGA tidak ditaburi bunga mewangi;

Sebaliknya duri;

Ku tahu itu sakit bagi mu;

Ku tahu itu perit bagi mu;

Ku tahu banyak pegorbanan yang harus engkau lakukan;

Lakukan lah semua kebaikan ini kerana RABBUL JALIL;

Bila mana engkau jatuh tersungkur.. BANGKITLAH… BAGUNLAH…

RABB mu sentiasa RINDU menanti engkau megadu kepada NYA;

Percayalah wahai Diri;

Tidak ALLAH jadikan ujian ini melainkan sesuai dengan kemampuan mu;

Bersyukurlah kerana engkau di uji;

Moga itu menunjukan yang ALLAH masih sayangkan diri mu;

Moga itu menjadi kaffarah terhadap dosa2 mu;

Moga itu menguatkan lagi IMAN &TAQWA mu;

Moga REDHA & JANNAH NYA setia menanti mu;

AMIN…

Nukilan: 'Cahaya mataku Hamba ALLAH'
 

No comments: