Peluang Ramadhan itu masih ada....



Sebulan tragedi di atas berlaku.

Hugh kena-apa ini ?

Kena musibah... yang menunjukkan bahawa ALLAH S.W.T sangat-sangat-saannngat SAYANG pada kami sekeluarga =)

Wooo...cecite...cecite

Tak boleh cite...Speechless...

Aini poyooo

Erk...baiklah dengan poyonya saya akan bercerita...

Alkisah bermula semasa kami sekeluarga bersiar-siar di bandar ipoh dengan menaiki Kereta Saga FLX 1.3 (CVT)...ecece...Tiba..Tiba (klimax crita) kereta tersebut hilang kawalan, lalu merempuh 3 border jalan dan seterusnya merempuh sebatang pokok pinang ~.~

Punca kemalangan disebabkan mekanikal problem kereta tersebut (sorry hambo x tahu term failure tu).  Walaupun 2 hari sebelum kejadian tu abah dah hantar kereta servis di EON, tapi kerosakan mekanikal masih boleh berlaku. Kun Fayakun.. ALLAH kata 'Jadi Maka Jadilah ia..'

Masih terbayang detik-detik kereta hampir merempuh penjana kuasa TNB. Lebih kurang 5meter...jarak antara penjana kuasa TNB dengan pokok pinang yang tumbang tu (seperti gambar di atas). Assebab adanya pokok pinang tu lah kereta terhenti, kalu X dh lama kereta tu rempuh penjana kuasa TNB...BooM...MeLeToP ~.~

SEKARANG... ALHAMDULILLAH... sebab kami sekeluarga masih lagi bernyawa... masih lagi di kurniakan kesempatan untuk meraih Tawaran Mega Pahala di bulan Ramadhan... YA kami masih lagi berpeluang....

اللَّهُمَّ أَحْيِنِى مَا كَانَتِ الْحَيَاةُ خَيْرًا لِى، وَتَوَفَّنِى إِذَا كَانَتِ الْوَفَاةُ خَيْرًا لِى
Ya Allah, hidupkanlah aku (panjangkan usiaku), jika hidup itu lebih baik bagiku dan matikanlah aku jika kematian itu lebih baik bagiku’“.

Peluang Ramadhan itu masih ada,
Maka masa yang ada jangan engkau sia-siakan,

Peluang Ramadhan itu masih ada,
Maka janganlah engkau lalai dari beramal soleh dalam nya. 

Peluang Ramadhan itu masih ada,
Maka tarbiyah lah diri mu kearah kebaikan

Peluang Ramdhan itu masih ada,
Maka teruskan beristiqomah beramal keranaNYA

Peluang Ramadhan itu masih ada,
Maka kumpulah amal soleh sebelum engkau pergi menemui NYA

Peluang Ramadhan itu masih ada,
Maka garaplah peluang ini,
Kerna ia datang setahun sekali
Tahun hadapan belum tentu kau kutemui,
Kerna bila pun aku bisa pergi pergi menemuiMU Ya Rabbi...
 
(Nukilan: Cahaya Mataku Hamba ALLAH a.k.a Noraini Abdullah)








 
There was an error in this gadget