BIARKAN SAJA MEREKA BERTEMASYA


Biarkan saja mereka bertamasya dengan dunia mereka. kerana aku dengan dunia aku. adakalanya terasa dunia aku kecil dan mundur kebelakang. Kerana melihat dunia mereka tampak kedepan dan di kenali ramai. Duniaku terasa lemah..menjejak langkah laju kedepan amat sukar rasanya. Rasa kecewa, hambar, lemah, menghantui jiwa. Menjadi batu penghalang untuk maju ke depan. adakah ini salah aku. atau ketentuan Tuhan. aku tak pasti. yang aku pasti aku kena teruskan kehidupan ini selagi nadi berdenyut,selagi roh dikandung jasad, selagi aku bergelar khalifah, maka tanggungjawab itu tetap ada. Tidak dapat tidak aku harus terus mengorak langkah meneruskan kehidupan. Janji ALLAH benar.. Janji Rasul akan menjadi kenyataan. Aku harus Yakin. Aku harus terus berusaha. terus belajar dan mengajar. Tanpa mengenal erti putus asa.

Tips Pelajar CEMERLANG !!!

Datuk Dr. Fadzillah Kamsah- PETUA PELAJAR CEMERLANG

1. 95 % Pelajar mengaku tak cemerlang, sekadar sederhana.

Pelajar mengaku,yakin dan percaya diri tak cemerlang pasti tidak akan cemerlang.

Jadi, ubah pemikiran itu, anda adalah apa yang anda fikirkan.

Jangan percaya yang anda lemah, jangan sebut anda lemah, itu sebagai doa kepada diri sendiri.

Sedangkan Allah telah ciptakan ANDA SEBAGAI ORANG YANG BERJAYA!!


2. Manusia mempunyai dua bahagian otak.

Otak kanan- sastera (kreatif)- warna , gambar

Otak kiri-sains (logic)-diagram, hitam putih


Jadi gunakan kedua-dua bahagian otak supaya seimbang dan berimbang.

Gunakan kedua-dua belah anggota badan. Tangan kanan menulis nota, tangan kiri menunjuk ayat.


3. Merangsang semua deria.

10%- ingat hanya sekali baca.

20%- kita dengar, walaupun dengan teliti hanya dapat 20%.

50%- kita dengar, catat semasa pembelajaran

90%- ingat dan sebut kembali, buat kembali soalan lepas, kaedah output, peta minda, untuk uji setakat mana anda faham.


4. Jadilah pelajar aktif

Membaca guna jari telunjuk, menolong konsentrasi dan ingatan.

Terus buat nota, highlight, buat peta minda, selalu minum air masak.

Anda bagaimana? Adakah anda pelajar aktif?


5. Belajar banyak jam setiap hari.

Pelajar sekolah menengah perlu 2 ½ - 3 jam setiap hari

Pelajar IPT- 4-5 jam sehari, mulakan dari awal dengan tekun, lebih 20 jam seminggu. Tidak termasuk nota atau tugasan lain.

Belajar setiap hari, pada waktu yang sama.

Belajar dengan cara salah takkan membantu.


6. Persekitaran yang kondusif, selesa.

-Banyak warna hijau dan kuning

-pastikan cahaya yang terang.

-kurangkan gangguan bising.

-jangan iringi dengan musik, hanya merosakkan pemikiran, sesiapa yang belajar dengan musik tak berkat, tak akan ada pembelajaran yang berlaku.

-tampal ayat-ayat pendorong di tempat kita selalu nampak.

(usaha itu penting, tapi the bottom line, Allah tolong kita)

-ubahsuai menghadap kiblat, tingkap, kerana otak memerlukan 2 makanan, oksigen dan gula.

-sentiasa senyum, jangan stress sewaktu belajar.

-berbedak atau minyak wangi.


7. Tidak ponteng kelas dengan sengaja.

Amat sedikit pelajar yang ponteng kelas itu berjaya, ketinggalan ilmu.

Guru tidak berkati ilmunya, cari nota yang berkenaan dan minta maaf dari

guru.


8. Output learning

Melatih sel-sel otak untuk menghidupkan sel ingatan.

Bila membaca, cuba untuk ingat kembali, bila ingat maksudnya sel itu dan

berjaya disambung dan disimpan ke dalam otak. Lakarlah peta minda. Semak

kembali nota untuk tambah apa –apa makumat tambahan, kemudian ingat

apa yang anda lukis.


9. Rangsang kembali dan sentiasa motivasi diri.

Tulis perkara positif dalam diari.

Belajar berapa lama hari ini?

Apa doa aku hari ini?

Mudah seronok bila belajar. Berkawanlah dengan orang positif, Allah akan ingatkan kita supaya positif.

Doa, doa, doa tanpa henti. Semoga sentiasa bermotivasi.


10. Sentiasa awal dan mendahului.

Duduk di depan, banyak manfaatnya, duduk di baris depan, menjadi tumpuan guru, mudah dilihat guru, disayangi guru, diberkati guru.

Baca awal apa yang ingin guru ajarkan.


11. Baca doa penerang hati

Setiap kali memulakan kelas, bacalah Alam Nashroh.

Setiap kali nak belajar, nak peperiksaan, lepas solat.

Luangkan masa membaca yassin, Quran setiap malam.


12. Belajarlah dalam sesi yang pendek.

Setiap 20minit, rehat 2,3 minit. Minum air, senaman ringkas.


13. Ulang kaji awal apa yang telah diajar.

Ulangkaji sebelum 24 jam pada hari yang sama dan serta merta.


14. Petua-petua kuatkan ingatan, elakkan benda-benda yang memudaratkan otak.

- elak makan kepala ikan ( doa syifak sebelum makan)

- elak makan organ dalaman.

- Elak makanjeruk dan asam.

- Elak minum sewaktu makan, penghadaman terganggu.

- Belajar 2 jam selepas makan malam.

- Elakkan makanan atau minuman yang di cemari semut.

- Elakkan makan terlalu kenyang. 1/3 makanan. 1/3 minuman. 1/3 udara.

Perut kenyang, otak kosong-saidina Abu Bakar.

- jangan kencing berdiri.

- Melihat aurat sendiri atau orang lain.

- Jangan baca nama atau tulisan di batu nisan, kecuali bertujuan mencari ahli keluarga.

- Jangan lihat salib dan berhala.

Banyakkan makan;

- kekacang, badam. Soya.

- Gula, oksigen( air putih)

- kismis, kurma, madu.


15. Selalu gosokkan kepala.

- Usap kepala gunakan minyak, membantu otak untuk berfungsi dengan baik.


16. Riadah.

30 minit, 2-3 kali seminggu.

80% pelajar mengabaikan riadah. Akal yang cergas terbit dari jasad yang sihat.

Mengurangkan stress.

Cekap mengatur jadual waktu.

Disiplin dengan masa, isikan dengan rehat, main,duty.

Atur jadual supaya dapat ulangkaji pelajaran pada siang hari.

Baca subjek kritikal dulu, kemudian barulah baca yang di minati.


sifat-sifat yang cemerlang.

- jangan selekeh, cuai, tangguh kerja, jangan musnahkan masa depan.

- Taatlah kepada ALLAH.

- Solat 5 waktu, tambahkan yang sunat.

- Sentiasa bantu kawan. Allah akan bantu kita.

hormati ibu bapa
- doakan mereka, minta ampun untuk mereka.

- Redha Allah terletak pada redha mereka.

hormati guru
- mintalah restu, ucapkan terima kasihminta di halalkan ilmu, doakan guru

ALHAMDULILLAH


ALHAMDULILLAH.. ALLAH krn Engkau makbul kan Doa hambaMU ni.
ALHAMDULILLAH... ALLAH kerana Engkau memandang jugak akan hambaMU yg hina ini..
TERIMA KASIH MAK & ABAH sbb merealisasikan Hajat saya...
InsyaALLAH Pemberian itu akan digunakan sebaik mungkin..

Memang benar Firman ALLAH S.W.T yg bermaksud:

Berdoalah kepadaKu nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mahu menyembahKU akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina.
(Ghafir: 60)

ALLAH S.W.T juga telah Berfirman:

"Jika kamu bersyukur maka Aku akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu engkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih."
(Surah Ibrahim, ayat 7)
 

Thank You ALLAH..
n Please help me in order 2 be a Thankfull servent n avoding me from being kufur nikmat.. Amin..


Kembali



Salam kepada geng2 blog. Mekasih sbb sudi membaca blog saya ni. Alhamdulillah skg bru ada chan untuk update blog ni.

Dalam kesibukan harian adakalanya diri ini sampi lupa utk mengingati akan YANG SENTIASA MENGINGATI.

Hari ni nk kongsi skit kalu x skit banyak kot..Hehe.. kongsi pasal 'KEMBALI'.. Hmm pandai2 la korang Hayati nya ek. Org nama Hayati jgn prasan ok.. :)

Sudah lama diri ini sibuk sendiri. Lupa daratan dan tidak mengingat Allah dalam setiap langkah. Allah seakan hanya hadir ketika ibadah, dan itupun dengan kualiti yang sangat buruk.


Membaca beberapa buku akhirnya menyadarkan diri ini untuk kembali kepada Allah. Selalu melibatkan-Nya didalam setiap langkah hidup, menhadirkan-Nya dalam setiap hembusan nafas. Meskipun perlukan waktu dan latihan, namun akan selalu aku usahakan.

Teringat aku akan Hadis Rasulullah S.A.W

''Aku sesuai dgn persangkaan hambaKU kepadaKU, AKU bersamanya (dgn ilmu & rahmat) bila dia ingat AKU. Jika dia mengingatiKU dlm dirinya, AKU mengingatnya dlm diriKU. Jika dia menyebut namaKU dlm suatu perkumpulan, AKU menyebutnya dlm perkumpulan yg lebih baik dari mereka. Bila dia mendekatkan kpd KU sejengkal. AKU mendekatnya sehasta, Jika dia mendekat KU sehasta, AKU mendekatnya sedepa. Jika dia datang kepadaKU dgn berjalan (biasa), maka AKU mendatangnya dgn berjalan cepat.''

(Hadis Riwayat Al Bukhari dan Muslim).


Jiwa akan menjadi tenang ketika kita kembali kepada Allah, segala hal yang kita lakukan akan menjadi baik.

Saya sendiri masih mencuba memaknai apa itu kembali kepada ALlah. Namun dengan definisi saya yang awam ini, paling tidak ketika kita berniat kembali kepada-Nya, maka hadirkanlah Allah dalam segala aktiviti yang kita jalani setiap hari. Mulai dari bangun tidur sampai dalam tidur itu sendiri kalau mungkin.


Jika kita sudah kembali kepada Allah, maka tidak ada halangan yang mampu menghalangi, tidak ada masalah yang tidak terpecahkan, tidak ada reZeki yang tidak didapatkan, karena Allah adalah Penggenggam Segalanya. Mari kita luruskan niat untuk kembali kepada Allah dan mencari Ridha Illahi di setiap langkah hidup kita.


Duhai Allah yang menguasai langit dan bumi,
duhai Allah yang menciptakan diri-diri kami,
yang mendetakan jantung ini
yang memberikan nikmat yang tiada bertepi
engkaulah yang menciptakan dan mengurusi diri kami setiap waktu
rob.. bukakan diri kami agar selalu sadar..., bahwa diri ini milik-Mu
jangan biarkan kelebihan yang engkau karuniakan membuat kami uzub, riya dan takabur...
melainkan golongkan kami menjadi orang yang selalu tawadhu
Robb... jangan biarkan pemberian-Mu memperbudak diri kami
betapapun dunia engkau berikan kepada kami, jangan pernah biarkan dunia ini mengisi hati ini
cukupkan hati kami hanya Engkau ya Allah... hanya Engkau...
jangan biarkan pujian dan penghargaan makhluk-makhluk-Mu mencuri hati kami
jangan biarkan kedudukan mencuri hati kami
ya allah izinkanlah hati ini hanya untuk-Mu, hanya karena-Mu, hanya merindukan-Mu, hanya berharap Kepada-Mu.
Tiada Tuhan selain Engkau wahai pencipta kami, tiada tuhan selain Engkau wahai tujuan kami...

 




Rahsia Di Sebalik Demam




Demam itu ialah penyakit yang menyebabkan suhu tubuh melebihi suhu biasa. Jika demikian tiada siapa pun yang tidak pernah merasa demam, namun apakah hakikat penyakit demam itu sebenarnya dari sudut agama dan apakah pula hikmahnya?

Hakikat Demam.

Sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu Omar Radhiallahuanhuma mengatakan yang maksudnya :

“Demam berasal dari kepanasan api neraka yang mendidih, maka padamkanlah ia dengan air”. (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadith yang diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu anha dari Nabi Shallallahu alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya :

“Demam adalah dari panas api neraka yang mendidih, dari itu dinginkanlah ia dengan air”. (Hadith riwayat Muslim)

Dalam kitab Umdah Al-Qari menyebutkan bahawa panas yang lahir dari tubuh orang yang demam itu adalah secebis daripada kepanasan api neraka. Allah telah menzahirkannya pada diri orang yang demam itu dengan sebab-sebab yang tertentu agar dia mengambil iktibar daripadanya, sebagaimana Allah telah menzahirkan berbagai jenis kegembiraan dan kenikmatan yang berasal dari nikmat-nikmat syurga untuk menjadi pengajaran dan petunjuk baginya.

Sebahagian ulama berpendapat bahawa apa yang dimaksudkan dengan kepanasan api neraka di sini ialah satu perumpamaan antara panas orang yang demam dengan panas api neraka sebagai peringatan kepada diri manusia betapa panasnya api neraka.

Namun pendapat ini disanggah oleh Ath-Thayyibi dengan mengatakan bahawa ia tidak sesuai untuk dijadikan sebagai perumpamaan, bahkan demam itu memang lahir atau berasal dari kepanasan api neraka sedari mula atau sebahagian dari hembusan api neraka.

Adapun maksud “mendinginkannya dengan air” itu menurut Ibnu Al-Ambari ialah bersedekah dengan air, kerana ada riwayat mengatakan bahawa sedekah yang paling afdhal itu ialah memberi minum air.

Mengeluh Dan Mengadu Kerana Demam.

Memang tidak dinafikan bahawa ada setengah orang mengeluh kerana demam atau mengerang kerana kesakitan. Apakah perbuatan ini diharuskan dalam agama?

Sebenarnya kita tidak dilarang untuk mengadu atau mengeluhkan kesakitan kita kepada Allah Subhanahu Wa Taala. Apa yang dilarang ialah kita mengeluh dan mengadukannya kepada orang lain sesama manusia. Nabi Shallallahu alaihi wasallam sendiri, para sahabat dan pengikut-pengikut mereka, pernah mengadukan kesakitan mereka.

Diriwayatkan bahawa Al-Hasan Al-Bashri sewaktu sahabat-sahabatnya datang ke rumahnya, mereka menemuinya sedang mengadukan sakit giginya kepada Allah Subhanahu Wa Taala dengan berkata yang ertinya :

Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada (yang lain) yang mengasihani.

Adapun yang dimaksudkan dengan larangan mengadukan kesakitan kepada sesama manusia itu ialah mengadukannya dengan cara merasa jemu dan benci dengan penyakit itu. Akan tetapi jika seseorang itu memberitahu atau menceritakan penyakitnya kepada kawan-kawannya supaya mereka dapat mendoakannya sembuh, maka dalam hal ini tidaklah menjadi satu kesalahan. Begitu juga jika seseorang itu mengeluh kerana sakit, tetapi keluhannya itu boleh mendatangkan kerehatan kepadanya atau boleh meredakan kesakitannya, maka tidaklah juga menjadi apa-apa.

Al-Quran ada menceritakan tentang kesabaran Nabi Ayyub Alaihissalam dalam menempuhi segala penderitaan. Di antara penderitaan yang Nabi Ayyub alami ialah berpenyakit gatal. Penyakit gatal ini sangat dahsyat. Apabila digaru dengan kuku, maka kuku baginda akan tanggal, tetapi masih juga bertambah gatal. Kemudian baginda terpaksa menggarunya dengan barang yang kesat. Tidak cukup dengan itu, baginda menggaru badannya dengan pecahan periuk dan akhirnya dengan batu. Namun masih juga merasa gatal. Sehingga dengan tidak disedarinya dagingnya telah luka dan koyak. Maka keluar dari tubuh baginda yang luka itu, nanah yang baunya sangat busuk. Orang ramai yang tinggal di sekitarnya tidak tahan dengan bau busuk itu, lalu mereka keluarkan Nabi Ayyub dari negeri tempat tinggalnya ke tempat terpencil. Semua orangmemencilkannya kecuali isterinya yang merawatnya.

Nabi Ayyub tidak pernah mengeluh dengan apa yang menimpanya, bahkan dia bersifat sabar dan tahan menderita. Apa yang dilakukannya hanyalah bermohon kepada Allah agar mengasihaninya. Cubalah kita perhatikan permohonan Nabi Ayyub yang disebutkan di dalam Al-Quran :

Tafsirnya : “Dan Nabi Ayyub, ketika dia berdoa merayu Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku disentuh (ditimpa) penyakit, sedang Engkaulah saja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani”. (Surah Al-Anbiya
: 83)

Jika kita perhatikan kalimat-kalimat yang disebut oleh Nabi Ayyub Alaihissalam dalam ayat ini, alangkah halusnya budi bahasa baginda dalam rayuannya kepada Allah Subhanahu Wa Taala. Baginda menyebut “aku disentuh” dan tidak menyebut perkataan “aku ditimpa”. Di sini menggambarkan bahawa celaka itu sendiri yang datang menyentuh dirinya. Nabi Ayyub tidak menyebut juga “atas kehendakMu”, kerana kesopanannya yang sangat tinggi terhadap Allah Subhanahu Wa Taala. Selepas itu, rayuan baginda disudahi dengan kata-kata yang halus juga iaitu: “Sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala yang mengasihani”.

Pada suku kata pertama, Nabi Ayyub mengadukan perasaannya yang dapat menimbulkan rasa kasihan dan pada suku kata kedua disebutkannya sifat Allah yang lebih pengasih daripada sesiapa jua pun yang pengasih. Hanya inilah permohonan Nabi Ayyub kepada Allah. Dia tidak merungut dan mengeluh, apatah lagi menyesali apa yang telah berlaku. Dia cuma memohon belas kasihan daripada Allah Subhanahu Wa Taala.

Inilah satu kisah yang patut kita ambil iktibar, pengajaran dan contoh tauladan daripadanya. Walaupun Nabi Ayyub telah ditimpa penyakit, harta bendanya punah-ranah, anak-anaknya ditimpa malang dan mati semuanya, tetapi berkat sabarnya dan imannya, Allah Subhanahu Wa Taala telah mengabulkan doa dan rayuannya, lalu dia pun sembuh seperti sediakala dan berkembanglah keturunannya serta dikurniakan harta benda yang melimpah ruah.

Mencaci-maki Demam.

Selaku seorang muslim yang beriman, sepatutnya memiliki sifat sabar dan tidak mengeluh apabila ditimpa demam. Orang yang tidak mempunyai sifat sabar semasa ditimpa demam, mungkin tidak akan dapat mengawal dirinya dari mencaci maki penyakit ini, sedangkan kita dilarang berbuat demikian oleh Nabi Shallallahu alaihi wasallam. Ini bersandarkan kepada sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Jabir Radhiallahu anhu yang maksudnya :

Bahawasanya Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam telah berkunjung ke rumah Ummu Saib atau Ummu Musayyib, lalu Baginda bersabda:

“Apa halnya engkau wahai Ummu Saib atau Ummu Musayyib menggigil?

Dia menjawab: “Demam, semoga Allah tidak memberikan berkat kepadanya”.

Nabi Shallallahu alaihi wasallam bersabda: “Jangan engkau memaki penyakit demam, kerana dia menghilangkan kesalahan Bani Adam (manusia) sebagaimana landasan (tukang besi) menghilangkan kotoran (karat) besi”.

(Hadith Riwayat Muslim)

Begitulah, segala apa jua yang datang daripada Allah, sama ada berupa rahmat, hendaklah kita syukuri, atau berupa musibah, maka hendaklah kita sabar menempuhinya.

Demam Penebus Dosa.

Sebenarnya larangan mencaci maki demam itu mempunyai rahsia atau hikmat tertentu yang wajar kita ketahui dan ingati.

Begitu juga hadith yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Jabir Radhiallahu anhu yang disebutkan sebelum ini, mempunyai maksud yang sama. Jelasnya, kedua-dua hadith ini menerangkan bahawa demam yang menimpa seseorang itu boleh menghapuskan dosa-dosanya yang telah lalu.

Jadi, ditimpa demam itu adalah sesuatu yang menguntungkan, kerana ia menghapuskan dosa, natijah yang lain, ia akan memantapkan keimanan.

Jadi, marilah kita sama-sama bermuhasabah diri. Bagaimanakah dengan kita apabila ditimpa demam? Adakah kita akan merungut-rungut? Atau kita tetap redha dengan ketentuan ALLAH pada kita? Fikir-fikirkan….

Sekadar perkongsian.. di ambil daripada: http://www.zilhan.com/rahsia-di-sebalik-demam/

FATAMORGANA



Sekarang ni bila melihat gelagat manusia yang hanyut dalam fatamorgana hiburan dunia.. aku pening n ketawa seorang diri… Hehe.. caz.. Dulu aku x pening mcm ni sbb aku pun pernah join adventure jugak…Tek........ mana x nya.. on that moment aku msh lg x kenal apa erti pengisian hati yang sebenar.. tut2 bila tension je ajak member kuar.. lepak2.. p mkn kat tempt yg jauh2 wal hal tempt dekat ada.. merayau ke tmpt x tentu arah…balik smpi 3 4 pagi… ala maklum la.. masa 2 jiwa remaja sekolah memberontak.. smua benda nk cuba…

Bila aku kata kat kawan2... ‘Eh.. ada ape la sangat dgn konsert n games 2, tepekik melolong.. wat penat je.. benggang otak dengar lagu kuat2…’

Ada yang kata... ‘’eh!! ngpa ko ni kuno sanggat… narrow minded la.. relax aaa.. nk kan nk release tension skit pon x leh kot.. asyik2 study2 n wat assignment je…’

Nah bila aku fikir2 balik.. kat mana clap nya ye??? Mungkin ini sebab dia..

FIRMAN ALLAH S.W.T:

“Dan demi jiwa serta penyempurnaannya(penciptaannya) maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketaqwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorkannya.” (Asy-Syams:7-10)

SUBAHANALLAH… Tiba2 mentol kat otak aku ni menyala…

Firman Allah Ta'ala:

إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk." (QS. Al Qashash: 56)

Lagi 1 kes yang wat aku asyik terfikir & sedih ialah… ‘Ngapa yang Hak sering kali dicampurkan dgn kebatilan… ??? sebagai contoh... ’ Bila seorang pemimpin nk menjalankan tugasan wat je la.. knpa kena ada sesi fotografi laki campur perempuan.. dah la 2 duk rapat2 plak.. di tambah plak dengan sesi menanyi beramai2.. kononnya nak jaga ukhuwah.. takut orang fikir kita ni x sporting… Hei.. di mana PRINSIP kita sebagai seorang PEMIMPIN..?? Kita pemegang Amanah KHALIFAH… Gunung pun takut nk pegang amanah ni.. ISLAM itu SYUMUL.. boleh di aplikasikan dlm setiap inci aspek kehidupan… Cuma ilmu & amal perlu ada… Wahai Saudara ku TEPUK DADA TANYA lah IMANmu..

Dan tidaklah kehidupan dunia ini melainkan ia hanya berupa permainan dan hiburan, sedangkan kehidupan akhirat merupakan kehidupan yang sebenar kiranya mereka mengetahui. [Al-Ankabut : 64]

*** Dengan Mendapat Izin...
NUKILAN SEORANG SAHABAT KU... Namanya HAMBA ALLAH (disuruh meletak nama nya sedemikian rupa)







Aku menzalimi Diri Sendiri




"Orang yang menzalimi diri sendiri ialah mereka yang tunduk dan patuh pada mereka yang tidak menghormatinya,mengharapkan kemanisan pada sesuatu yang tidak memberi manfaat kepadanya dan menerima pujian daripada mereka yang tidak dikenalinya."


Imam syafie' r.a


> wahai sahabat! keluarkanlah dirimu dari kegelapan itu..ayuhlah kita bersama ke daerah cinta kita bersama..supaya kita sama-sama mengenali diri kita dan antara satu sama lain..itulah membuatkan kita lebih bahagia bukan..^_^

Halawatul Iman


Halawatul Iman = Kemanisan Iman

Semoga jalinan kasih antara kita sebenarnya atas landasan cinta kita pada Allah 'Azza Wajalla. Imam al-Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan hadith Nabi SAW tentang tujuh golongan yang akan dinaungi oleh Allah pada hari tidak ada naungan kecuali naungan-Nya. Salah satu di antaranya adalah, "Dua orang yang saling menyintai kerana Allah, berkumpul kerana-Nya dan berpisah kerana-Nya." Moga kita tergolong dari kalangan tersebut, inshaAllah.


Suka saya kongsikan pada semua, sebuah hadith yang akan buatkan saya sentiasa mengukur kayu pembaris keimanan saya sendiri. Hadith yang sentiasa memberi saya motivasi untuk memilikinya.



قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيْهِ وَجَدَ حَلاَوَةَ اْلإِيْمَـانِ: أَنْ يَكُوْنَ اللهُ وَرَسُوْلُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا ، وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلاَّ لِلَّهِ ، وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُوْدَ فِى الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يَلْقَى فِى النَّـارِ.

(رَوَاهُ الْبُخَارِى وَمُسْلِمٌ وَغَيْرُهُمَا)





Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api".

(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain)



InshaAllah saya yakin kita semua telah beriman selama ini. Jadi, apa lagi yang kita mahukan kawan-kawan selain kemanisan beriman? Tak suka-kah kita memilikinya? Alangkah enaknya kalau kita mampu menjamah kemanisan itu.



Ayuh-lah kawan-kawan :) Jangan kita jemu meningkatkan tahap keimanan masing-masing.



Firman Allah SWT, "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." [Surah Ali 'Imran (Keluarga 'Imran), 3:31]

Islamic Couple ???



"Pada asasnya, hukum bercinta-kasih, berpasangan(couple) atau seumpamanya adalah harus. Akan tetapi terdapat beberapa perkara/tindakan yang boleh menyebabkannya menjadi HARAM. Antaranya :

PERTAMA: TIDAK MEMPUNYAI NIAT YANG BAIK ATAU SEBALIKNYA

Sesebuah perhubungan ‘istimewa’ antara seorang lelaki dan wanita seharusnya didasari dengan niat yang baik seperti bertujuan untuk berkahwin. Justeru sebarang perhubungan yang tidak bertujuan seperti tersebut adalah tidak harus seperti bercouple untuk berhibur, bersuka-suka dan sebagainya.

KEDUA: TIDAK MEMATUHI (MELAMPAUI) SYARIAT AGAMA

Lumrah bercouple seakan tidak dapat lari dari aktiviti seperti ber“dating”, ber“shoping” dan sebagainya hatta ada yang sampai ke peringkat “membonceng”. Tidak kurang juga (tanpa segan silu) menggunakan istilah-istilah yang kononnya menunjukkan sikap ‘caring’ seperti memanggil “darling” kepada pasangannya. Paling tidak, pasti di dalam pertemuan(dating) akan berlaku pandangan mata yang tidak harus, perbicaraan yang tidak wajar dan seumpamanya. Semua perlakuan ini adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang mengharamkan perhubungan bebas di antara lelaki dan perempuan. Yang paling penting, apabila Syariat Islam mengharamkan sesuatu perkara/perbuatan, maka wasilah atau tindakan yang menuju kepada perkara yang diharamkan tersebut juga turut diharamkan. Kaedah Fiqh ada menyebutkan : “sesuatu yang membawa kepada yang haram, maka ia juga menjadi haram”. Justeru berdasarkan kaedah ini, maka bercouple yang membawa kepada perlanggaran hukum syariat juga adalah haram.

KETIGA: MENJATUHKAN MARUAH (PERIBADI) SEORANG WANITA

Apabila pasangan yang bercouple berdating, maka peribadi seorang wanita muslimah akan dipersoalkan. Khalayak tidak akan berbicara tentang si lelaki yang bercouple tersebut, tetapi si perempuan. Masyarakat akan bertanya bagaimana begitu mudah si perempuan tersebut membiarkan dirinya diusung(maaf jika agak keterlaluan) ke sana-sini atau setidak-tidaknya umum akan menganggap bahawa perempuan tersebut telah dimiliki. Kesan buruk yang mungkin dihadapi ialah apabila berlaku perpisahan antara pasangan tersebut. Masyarakat akan mula membuat pelbagai tanggapan negatif terhadap si perempuan tersebut. Prasangka-prasangka negatif akan direka dan dihebahkan. Akhirnya berlakulah tohmahan-tohmohan yang menjatuhkan maruah dan kehormatan seorang wanita. Ingatlah bahawa Islam amat memprihatinkan penjagaan maruah seorang wanita. Di atas dasar itulah adanya hukum Qazaf dan kerana tujuan tersebut jugalah Islam mengharamkan perhubungan yang di luar batasan. Sebabnya adalah kerana Islam memelihara kehormatan seorang wanita.

KEEMPAT: MEMBAZIRKAN WANG KEPADA PERKARA YANG TIDAK WAJAR

Di dalam budaya bercouple, biasanya pasangan lelaki akan banyak menghabis duit pinjaman PTPTN, JPA, yayasan negeri (bagi mahasiswa IPT) atau duit pemberian ibubapa untuk memenuhi kehendak pasangan wanitanya. Ajak saja dinner, lunch, breakfeast atau bershoping pasti si lelaki yang perlu mengeluarkan duit poketnya. Terdapat juga keadaan di mana si perempuan yang berbelanja si lelaki. Itu belum dikira dengan pembeliaan kad top-up handset yang out of control. Hanya kerana call untuk tanya khabar, dah makan ke belum, ada yang sanggup men“top up” handset mereka beberapa kali dalam seminggu. Cuba bayangkan jumlah wang perlu dibazirkan hanya untuk perkara yang sangat remeh dan tidak perlu. Paling menyedihkan, wang tersebut adalah pemberian keluarga yang seharusnya digunakan bagi tujuan pengajian. Begitu juga wang pinjaman PTPTN, ia adalah hutang yang perlu dibayar selepas tamat pengajian. Justeru, penggunaan kedua-dua jenis wang ini kepada perkara yang tidak wajar adalah tidak harus dan ditegah oleh syarak. Perbuatan membazir dan menyalahgunakan harta juga adalah amalan syaitan.(Rujuk Al-Isra’ ayat 27)

KELIMA: MEMBUANG MASA KEPADA PERKARA YANG TIDAK SEWAJARNYA

Seperkara yang wajar diprihatinkan di sini ialah penggunaan waktu kepada perkara yang tidak bermanfaat. Lebih malang lagi, masa yang amat terhad sebagai seorang mahasiswa telah diisi dengan perbuatan-perbuatan yang ditegah oleh Allah. Bukankah berdating, berbual telefon secara marathon dan lain-lain aktiviti rutin bercouple merupakan perbuatan yang menyimpang dari anjuran agama. Justeru setiap saat dan minit yang digunakan bagi tujuan tersebut akan dipersoal dan diperbicarakan di hadapan Allah.

Perlu diingat bahawa Islam bukan mengharamkan secara total perkara yang dinyatakan di atas. Islam tidak menghalang perbuatan tersebut, tetapi meletakkan beberapa prasyarat yang perlu dipenuhi. Sekiranya kita gagal mengikut syarat-syarat tersebut, maka status perbuatan tersebut menjadi HARAM serta menjauhkan diri pelaku daripada kasih sayang dan cinta Allah. (Rujuk kitab al-Halal wal Haram Fil Islam, Dr. Yusuf Al-Qardhawi)

There was an error in this gadget