'Perlepasan' Michi dan Machi


25hb Januari 2012,

Merupakan hari lahir abah yang ke 7?...huuaaa abah dah jadi Golden People la.. Moga ALLAH Merahmati usia abah serta dipanjang umurnya ameen...

Hermm...entry sblom ni “Apabila Talkin Kedengaran”  ini versi ayat bunga-bunga tangkap sayu gitu...yela..masa menaib tu memang mengalir air mata berserta air hidung pekat berkrim di sukai ramai...eleh macam la korang x pernah ase hingus...masa kecik2 dlu...hihi

Snaqnya masa menaib entry kali ni pun ase nak nanes je..sobsob...sebab ia melibatkan ‘perlepasan’ kura-kura kesayanganku...Michi dan Machi..

ala tomei tomei...auuucak...

Stiap orang ada perasaan tertentu terhadap haiwan (dalam kes ni kura-kura la) hehe...ada sorang member nie namanya Nik Nur Nadiah (klik-klik, heee saya boleh jadi promoter tak? - angat kening berulang kali) panggil member ja la ek sbb umur hampir sebaya maa, (kenyit mata), herm Nik ni pun ada macam-macam story dengan kura-kura... had yang pling special adalah yang kat bawah nie kot ^^
 
part yang tak tahan
 "Manusiaaa, lepaskanlah aku, lepaskanlah, lepaskanlahh," kata kura-kura

HeHeHe...jangan marah na nik...chomel =)

herm...musti anda tertanya2..."apa la best sangat dengan kura-kura saya yang 2 ekor ni?"

hoho ‘mereka’ ini special di hatiku dan di hatimu jua..aiiseh...

mengenangkan Firman ALLAH S.W.T

"Allah tiada segan membuat perumpamaan berupa nyamuk atau yang lebih rendah dari itu. Adapun orang-orang yang beriman, maka mereka yakin bahwa perumpamaan itu benar dari Tuhan mereka, tetapi bagi mereka yang kafir mengatakan : "Apakah maksud Allah menjadikan ini untuk perumpamaan ?". Dengan perumpamaan itu banyak orang yang disesatkan Allah, dan dengan perumpamaan itu (pula) banyak orang yang diberikan_Nya petunjuk. Dan tidak ada yang disesatkan Allah kecuali orang-orang yang fasik."
(Surah Al Baqarah : 26).

haaa dari "perumpamaan" ini ada yang "diberi_NYA petunjuk" dan ada yang "disesatkan"...

herm..itu bru nyaaaamuk...yang dok bawa virus ChikenKunyah nyum2 eh clap Chikungunya,

virus ini pon ada hikmah pada PenciptaanNYA, inikan pula kura-kura ku yang kecik chomel berenang terkedet-kedet...

Pernah sekali,2x,3x, byk kali la diri ni menangis tak semena-mena apabila melihat gelagat 2ekor kura-kura ni. MEMIKIRKAN perbezaan kisah hidup antara kami, ache...wah,

yola, mana taknya, kura-kura hidup sebagai binatang yang tidak mengalas bebanan (kecuali bebanan cengkerang di belakang badannya)

walhal SAYA yang bergelar MANUSIA nie mengalas bebanan AMANAH sebagai KHALIFAH di muka bumi ini.

 Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud;

“Dan Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui"

(Surah Al-Baqarah:30)
Ada lagi...

“Dia-lah yang menjadikan kamu khalifah-khalifah di muka bumi. Barang siapa yang kafir, maka (akibat) kekafirannya menimpa dirinya sendiri. Dan kekafiran orang-orang yang kafir itu tidak lain hanyalah akan menambah kemurkaan pada sisi Tuhannya dan kekafiran orang-orang yang kafir itu tidak lain hanyalah akan menambah kerugian mereka belaka.”

(Surah Al Fatir:39)

Herm...Tanggungjawab yang besar bukan? Tumbuk dada tanya Iman...aucheee

Bukan itu saja yang memilukan saya...(ayat sedih balik..)

Mak saya pun sedih bila abah suruh saya lepaskan Michi dan Machi...nak tau sebabnya?

Tak nak....

tak nak tau sudah...saya nak taib jugak...

sebabnya bila mak saya keseorangan dirumah, Michi dan Machi la yang menceriakan mak saya.

Chomeiii ooo gelagat 2ekor kura-kura yang cute2 ni... huhu time ni pun terasa rindu dengan ’mereka’,

tapikan.....tapikan....

Tapi apa?

Nak sambungla nie...

Abah kata, “Biarlah ALLAH Yang Masa Kuasa yang menentukan kehidupan ‘mereka’, sesuai dengan fitrah dan habitat mereka ”

Nah..disini ku sedari abah sedang menerap nilai2 tawakal kita kepada Rabb Al Khaliq Yang Maha Pencipta.

Tawakal..tawakal..don wory2..,muchi dan machi (walaupun kecik tapak tangan) ‘mereka’ tidak akan di makan oleh biawak di tasik USM...huhu... saya lepas Michi dan Machi di Tasik USM...

***Ehem-ehem PERHATIAN...
kepada Warga USM, sudi2 la melawat & memberi makan kepada Michi & Machi ek...kalu x kenal pun buat-buat kenal je...heee

So in conclusion kebergatungan & Tawakal kepada ALLAH itu penting dong...kita kan hamba yang lemah..makanya bergantung pada Yang Maha Berkuasa ^_^b


Bahagia apabila melihat michi berenang bersama-sama member baru...(kura-kura dewasa huhu...)


Bestnya tgok korang nie..hurmm ase macam nk join berenang skali... ^^

memang betol la kata Abah,

“Biarlah ALLAH Yang Masa Kuasa yang menentukan kehidupan ‘mereka’, sesuai dengan fitrah dan habitat mereka ”


MoDe BaHaGiA + HaPpY = SuPeR GuMmBiRaa  ^_^
 


Apabila Talkin Kedengaran



Bacaan Talkin buat mereka yang masih hidup
 [snap picture dari belakang pokok sambil ditemani abah]


o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'


Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 malaikat iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyoal kamu dengan berkata:

Siapakah Tuhan kamu?

Siapakah Nabi kamu?

Apakah agama kamu?

Apakah kiblat kamu?

Siapakah saudara kamu?

Apakah pegangan iktikad kamu?

Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka maka janganlah kamu berasa gementar, jawablah dengan tenang, yakin dan berani. Nyatakanlah bahawa

Allah S.W.T adalah Tuhanku yang Esa disembah,

Muhammad, Rasulullah S.A.W adalah nabiku,

Islam adalah agamaku,

kitab suci Al-Quran adalah ikutanku dan panduanku,

Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.

Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,

dan dari masa hidup hingga mati aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.


o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'

          Seawal pagi, telefon di rumahku berdering. Nyaring dan kuat memaksa penggunanya mengangkat gengaman telefon. Dari hujung talian kedengaran suara layu yang kesedihan, suara itu adalah suara ibu saudaraku dari Teluk Bahang. Kami lebih senang memanggilnya dengan gelaran Mak Chak. Sambil teresak-esak Mak Chak melafazkan kata “Mak Lang...Mak Lang kamu telah meninggal dunia.” Aku yang berada di hujung talian kawasan Jelutong ini tersentak, kerana baru semalam kami sekeluarga melawat Mak Lang di Hospital GH. Beliau kelihatan sihat dan ceria. Walaupun doktor mengesahkan Mak Lang menghidapi Diabetis tahap kritikal namun senyuman pada wajah Mak Lang tidak memaparkan penderitan sakitnya itu. Kaki sebelah kanan Mak Lang di potong dik kerna kencing manis, namun Mak Lang tetap tabah mengharungi kehidupannya. Beliau tidak mengharapkan bantuan orang lain walaupun dirinya serba kekurangan. Baginya selagi nikmat sihat anggota lain ada, maka beliau akan menggunakannya sebaik mungkin. Begitulah tabahnya Mak Lang dalam menguruskan kehidupan sehariannya.

          Berita dari Mak Chak itu membuatkan aku tidak mempercayainya, tapi dik akal logik yang berfungsi, maka ku rasionalkan jua kenyataan yang di sampikan oleh Mak Chak itu. Tanpa berlengah berita kematian Mak Lang disebarkan kepada saudara mara yang lain supaya mereka dapat menziarahi lantas menguruskan jenazah juga. Begitulah yang disunatkan kepada ahli keluarga dan kaum kerabat yang berpengetahuan untuk menguruskan jenazah.

          Mengikut perancangan, Mak Lang akan dikebumikan di tanah perkuburan yang sama dengan arwah suaminya. Kawasan perkuburan itu berdekatan dengan rumah Mak Lang. Setibanya kami disana, saudara mara dan jiran tetangga sedang sibuk mengurusakan perihal pengurusan jenazah. Selepas bersalaman dengan saudara sesama Islam yang mahram, aku mengambil ‘port’ di sisi hujung katil jenazah. Kedengaran aluanan irama surah Yassin dari orang ramai yang ingin menyedekahkan bacaan ayat suci Yassin kepada si mayat. Walaupun ada yang menyatakan tidak ada hadis sahih mengenai ganjaran pahala yang diterima si mayat daripada bacaan Al Quran orang yang masih hidup, dengan tujuan menyedekahkan pahala bacaan Al Quran pada si mayat, namun bagi aku, biah atau suasana ini sekurang kurangnya menimbulkan suasana yang baik. Lebih baik kita baca Al Quran daripada duduk sahaja dan bersembang kosong tanpa membawa manfaat. Bertambah teruk apabila ada dikalangan mereka yang menziarahi itu saling mengata-gata keburukan, kejelekan si mayat. Bukankah membaca Al Quran itu lebih baik daripada mengumpat? Herm.. ketuk kepala tanya akal...jangan tanya otak sebab udang pun ada otak...itu yang dipanggilnya otak udang..

o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'
Sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam :


اذكـروا محاسن موتكم وكـفوا عـن مـسـاويهم


“Sebutlah kebaikan orang yang telah mati dari kalangan kamu dan jauhilah dari menceritakan keburukan mereka.”


(HR Ab Daud : 4254 , al-Tirmizi : 940, Ibn Hiban : 3084)

o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'

          Seusai 2 tuntutan Fardhu Kifayah keatas jenazah, iaitu memandikan dan menkafankan jenazah, 2 lagi tuntutan Fardhu Kifayah keatas jenazah bakal dilaksanakan, iaitu menyembahyangkan, dan mengkebumikan jenazah.

          Seterusnya jenazah dibawa ke masjid berdekatan untuk si sembahyangkan. Hasrat dihati ingin turut serta dalam jemaah solat jenazah. Tetiba benak difikiran menyatakan tanda soalan.

“Apakah boleh wanita turut sama dengan lelaki untuk menunaikan sembahyang jenazah? ”

Tidak ada rujukan lain pada masa itu melainkan abah ku yang menjadi sasaranya. Bagiku abah adalah library express kami.

“Abah, boleh tak perempuan join sembahyang jenazah secara berjemaah dengan lelaki?”, tanyaku kepada abah.

Abah diam seketika, kemudian bersuara,

“TAK BOLEH...... kalau perempuan itu ABC (ALLAH Bagi Cuti @ Uzur)”
mulutku ternganga...(sambil mengecitkan mata),

kemudian abah menyambung lagi...

“Tidak terdapat nas atau sebarang dalil yang melarang wanita dari turut sama menyembahyangkan jenazah atau melakukan solat jenazah. Malah Solat jenazah ini merupakan fardu kifayah kepada muslim dan muslimat, sabda Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam :-

"Barangsiapa yang menghadiri Jenazah sehingga melakukan solat akan mendapat 1 qiraat (ganjaran), dan barangsiapa yang menghadiri pengkebumian akan mendapat qiraataan (2 ganjaran)'. Apa kah itu Qiraataan?, Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, 'Seperti 2 bukit yang agung', iaitu ganjarannya 
 (Sahih - mutafqa alaih).

Kemudian abah menambah lagi,

“Sheikh Abdul Aziz bin Baaz (bekas Mufti Arab Saudi) pun ada mengatakan bahawa :-


"Kaum wanita biasa bersolat Jenazah bersama Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam dimasjidnya dan selepasnya".

Mulutku membulat membunyikan OoOooo...

Setelah selesai solat jenazah, aku, mak dan abah jalan bersama menuju ketanah perkuburan. Mak Chak dari jarak jauh cuba berjalan cepat menghampiri kami, nampaknya kechapetan mengejarin (sori fail indon) ~.~ tetiba mak chak bersuara,

“Boleh ka perempuan masuk tanah perkuburan?”

Abah senyum lantas menjawab,

“Ramai orang kita yang masih konpius boleh ka tak orang perempuan ni ziarah kubur? Menurut pendapat jumhur ulama, hukum ziarah kubur bagi perempuan adalah makruh. Makruhnya kerana ditakuti mereka menangis teruk meratapi pemergian si mati, ialah wanita ni kan susah nak control perasaan.”

Dari sisi aku bersuara, “Abah, ada tak dalil or hadis mengenai ketidakharaman perempuan menziarahi kubur ?”

Abah menjawab,

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu, katanya:


“Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam berjalan melintasi seorang perempuan yang sedang menangis di kubur anaknya, lalu Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bertaqwalah engkau kepada Allah dan bersabarlah.”
(Hadits muttafaq ‘alaih)”

abah memyambung lagi,

"nah daripada hadits di atas dapat difahami bahawa menziarahi kubur bagi perempuan tidak dilarang. Ini kerana jika perbuatan tersebut dihukumkan haram, sudah setentunyalah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menegur ataupun melarang perempuan tersebut daripada menziarahi kubur."

Bagi ku hujah abah itu memang berbas tetapi tiba2 benak difikirku ligat beraksi, lantas terpacul soalan dari mulutku
“erm...kalu perempuan ABC macam mana pula abah? Masih boleh ziarah kubur?”

Abah tersenyum lalu menjawab lagi,

“Perempuan yang dalam haidh tidak dilarang menziarahi kubur kerana secara umumnya hukum berziarah bagi perempuan itu adalah makruh dengan ada syarat-syarat yang perlu dijaganya iaitu dari segi tujuan dan adab berziarah. Di samping dia hendaklah berhati-hati agar tidak turut sama dengan yang lainnya membaca ayat-ayat al-Qur’an seperti Yassin dan yang seumpamanya kerana haram baginya melakukan yang demikian dengan keadaannya di dalam haidh itu.”

“Namun perlu diingat, bahawa hukum berziarah kubur bagi perempuan ini bergantung pada tujuan dan keadaannya ketika berziarah. Hukum asalnya adalah makruh sekalipun tujuannya untuk mengambil iktibar, untuk mengingatkan kepada kematian, alam barzakh dan alam akhirat. Di samping itu, perempuan tersebut dapat menjaga adab kesopanan ketika berziarah, dapat menahan diri dari kesedihan atau dukacita dan aman dari segala fitnah.

o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'

INFO:

Adab-adab yang perlu dijaga oleh perempuan yang menziarahi kubur sama ada yang dalam keadaan suci mahupun haidh ialah:

(1) Hendaklah dia ditemani oleh suaminya ataupun mahramnya.

(2) Keluar dalam keadaan menutup aurat sepenuhnya sepertimana yang telah digariskan oleh Islam.

(3) Jangan selalu pergi berziarah ke kubur.

(4) Tidak berbual dengan percakapan kosong sebagaimana yang dilarang ke atas kaum lelaki, kerana Nabi   Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Buraidah Radhiallahu ‘anhu:

Maksudnya:


“(Dahulu) aku telah melarang kamu menziarahi kubur, maka (sekarang), siapa yang ingin menziarahi kubur, berziarahlah, dan janganlah kamu bercakap-cakap dengan perkataan yang tidak baik.”
(Hadis riwayat an-Nasa’ie)


Sumber:


o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'

         Selepas jenazah di kebumikan, bacaan Yassin dan Talkin pun bermula. Sayu kedengaran suara tangisan anak-anak Mak Lang, kini mereka yatim piatu. Diriku bermonolog,

“berbahagia lah kamu wahai sepupuku, kerana Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam juga dibesarkan dalam keadaan yatim piatu, ALLAH sentiasa bersama dan melindungi Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam dan semoga ALLAH sentiasa bersama dan melindungi kamu jaga ameen.”


Bersama abah dan mak-yg tak termasuk gambar ni, menghayati bacaan talkin.

Mengalir airmata tatkala talkin kedengaran, bayangkan...

kalau diri ini sedang berada di dalam liang lahad yang gelap gelita dan sempit,

Tidak ada rongga-rongga udara yang menembusi dunia luar,

Diri terikat dengan kain kafan dari hujung kaki hinggalah hujung kepala,

Lidah terkelu apabila mendengar suara sang Malaikat yang seperti petir bahkan lebih dasyat lagi,

Diri tidak berdaya untuk menahan pukulan Malaikat Mungkar dan Nankir tatkala gagal menjawab persoalan...

“Maa Rabbuka...?“

“Siapa Tuhan Kamu...?”

Ketika itu, tidak ada yang menolong selain amalan sndiri lah yang akan menjawab segala pertanyaan Mungkar dan Nankir.

Jika baik amalan diri maka baiklah jawapannya, jika tidak....panggg!!! pukulan rantai besi sepanjang 70 hasta menerpa ke badan.

Sakit sakaratulmaut pun masih terasa dibadan, tatkala Malaikat Maut menyentap kuat roh mereka yang menjadi anak derhaka semasa hidupnya.

Di tambah lagi bissss... lilitan ular besar yang berbisa yang menghimpit tulang rusuk hingga berselisih tulangnya bagi mereka yang tidak solat Fardhu semasa hidupnya.

Sengatan berbisa dari sang kala jengking pada mereka yang riak dan takbbur dengan kemegahan dan kekayaan semasa hidupnya, tidak mahu mengeluarkan zakat, apatah lagi bersedekah.

Nah...rasakan....aduh...sakitnya bukan kepalang, terpijak duri kecil pun sudah terasa bisa kaki ini, bagaimana tika merasai bisanya sang kala jengking.

Aduh, sakitnya tangan yang terseliuh ini, bagaimana tika tulang rusuk ini berselisih dik lilitan ular besar di alam barzakh?

"Kullu nafsin za iqatul maut..." Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati...

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam:

“Orang yang paling bijaksana dikalangan kamu ialah orang yang bermuhasabah dirinya dan menyediakan bekalan amal soleh sebelum menghadapi kematian. Manakala orang yang tidak bijaksana ialah orang yang terpedaya dengan pujukan hawa nafsunya dan sentiasa berangan-angan kosong terhadap Allah SWT (mengharapkan ganjaran Allah tanpa berusaha)”

[Hadis Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majjah]


AYUH JADI GOLONGAN YANG BIJAKSANA ITU
=)

There was an error in this gadget