Selagi berpeluang Berbakti Pada Mak & Abah...Berbaktilah !


Cuti ni buat apa?

Hermmm...Tekad dihati nak berbakti pada mak abah & nak speend time sebanyak-banyaknya dengan mereka...kangan bangat sama mereka =D

Anda bagaimana?

Semasa berada di rantauan, kebanyakan cabaran & mehna di sekeliling terpaksa di tanggung sendirian. Berjauhan dengan keluarga tidak memudahkan saya untuk mendapat pelukan erat dari mereka. Pelukan erat yang penuh kasih sayang berserta suntikan semangat yang terpancar langsung dari riak wajah meraka.

Bertapa untungnya mereka yang punya keluarga disisi sekarang ini. Berbahagia lah kalian dengan nikmat kurniaan ALLAH ini.

Lantas, dengan peluang yang ada pada cuti sem ini, harus bertekad untuk memanfaatkannya sebaik mungkin.

Membayangkan masa-masa yang akan datang, adakah masih ada peluang untuk saya bertemu dengan keluarga tersayang. Ajal-maut itu pada ketentuan ALLAH. Oleh itu gunakan lah peluang yang ada ini untuk beramal baik pada kedua ibu bapa kita, & pada ahli keluarga yang lain.

Walau pun saya sudah dewasa, tapi masih mahu mak menyuapkan nasi ...

Walau pun saya sudah dewasa, tapi masih mahu mak menyisirkan rambut...

Walau pun saya sudah dewasa, tapi masih mahu tidur di ribaan mak...

Walau pun saya sudah dewasa, tapi masih mahu mak bercerita...

Walau pun saya sudah dewasa, tapi masih mahu abah meninggalkan sedikit air dari bekas minumannya...

Walau pun saya sudah dewasa, tapi masih mahu abah meninggalkan sedikit makanan dari bekas makanan nya...

Walau pun saya sudah dewasa, tapi masih mahu berjalan-jalan bersama abah...

Walau pun saya sudah dewasa, tapi masih mahu...

Walau pun saya sudah dewasa, tapi masih mahu semua ini berterusan...

Berterusan... selagi mana saya masih berpeluang...

Firman Allah taala: yang bermaksud:

  “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)”
(Surah Luqman :14)

Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

 “Siapa yang suka untuk dipanjangkan umur dan ditambahkan rizki, maka berbaktilah kepada ibu bapa dan sambunglah tali silaturrahim (dengan kerabat).”
 (Hadis Riwayat Imam Ahmad.)



Gulai ikan...Penang Mari...



Asalamualaikum. Sepena cuti mid sem ni, jom kita jadi anak yang lebih-lebih baik dari yang sebelum ni. so nak mengajak sesama berbakti kepada mak abah dengan cara MaSaKkkk....

'Oh Nooo...' dialog ni akan keluar dari mereka-mereka yang FoBiA memasak...

'Oh YeSss..' dialog ini akan keluar dari mereka-mereka yang KaRuK memasak...

HowEver it is, lets try and make people around us happy..xpecially for our parents yang sannngat sweet ^_^b

So

first of all...
Masakan ini masakan biasa-biasa saja, saja-saja ikut suka hati, suka rasa, suka jiwa, suka duka, suka nyeee...

2nd of all...
Masakan ini tidak mengikut mana2 sukatan khas sama ada dengan menggunakan selinder penyukat (dalam unit liter) mahupun penimbang berat dalam unit kilogram... semua sukatan ni mengikut naluri jerk...

3rd of all...
Masakan ini boleh di modify mengikut gaya tersendiri... gaya bebas (jangan kuak lentang sudah)... maha pun gaya mutu keunggulan tinggi...

Mula-mula ye tuan-tuan dan puan-puan... kita baca Bismillahirahmanirahim

Kemudian, sediakan bahan-bahan seperti berikut...

5 ekor Ikan Duri (depends la jenis ikan apa yang korg nak)

Bahan tumbuk:

2 biji bawang besar

2 ulas bawang putih

1' halia

Bahan-bahan lain:

Serbuk kari ikan (kami suka pakai cap Alagapas...erk)

1 cawan santan pekat

1 cawan air

Ayaq asam jawa skit

Daun kari skit

Garam secukup rasa

1 @ 2 biji tomato - di belah 2 @ 4

Bendi

Last but not list...Minyak masak heee


Cara-caranya:

1) Panaskan minyak (tapi sebelum tu kena panaskan kuali dlu heee...)

2) Tumiskan bahan tumbuk tadi sehingga naik bau & masukan sikit daun kari.

3) Masukkan serbuk kari  dan masak hingga pecah minyak  dan masukkan sedikit air.

* kacau jangan tak kacau

4) Kemudian setelah berbau harum masukkan santan pekat, air asam jawa dan sedikit air lagi.

* biarkan mendidih sekejap

5) Masukkan ikan potong tadi serta garam.

* didihkan sekali lagi

6) Masukkan tomato segar dan cili api tadi.

* Bila dah betul-betul masak, jangan lupa tutup api =P

7) Dah bolehlah dihidangkan ^_^

InsyaALLAH mudah bangat c...

Selamat memasak!

There was an error in this gadget