Surat Cinta Buat Kekasih

Tik,,Tik,,Tik,,,

Aku Menanti Saat Itu

Masa berdetik dan terus berdetik

aku menanti detik di mana aku akan bertemu dengan si Dia

Disaat orang lain sedang nyeyak tidur

aku merancang senyap untuk bertemu dengan NYA

ini kerana aku terlalu merindui SI DIA

aku menanti detik di mana segala isi hatiku akan di curahkan hanya kepada NYA


Disaat tirai malam menutup alam

gelap yang syahdu beriramakan dingin angin salju

aku hanya ingin untuk berduaan dengan MU

merasakan pelukan erat kasih sayang MU

menanti detik dimana cinta ku dibalas oleh MU



Masa terus berdetik.. dan terus berdetik.

Kasihku...

aku ingin Kau tahu bahawa aku sangat Mencintai MU

kasihku...

aku ingin Kau tahu biar pun aku acap kali melupakan Mu, namun Kau tetap di hatiku.

kasihku...

kadang2 aku gagal dalam melaksanakan kehendakMU

adakalanya aku tidak berdaya dan tidak mampu untuk melakukannya

adakalanya aku merasakan aku tidak layak untuk menjadi kekasih MU

maafkan aku wahai Kekasih



Kasihku...

Tolong lah aku disaat aku lemah mahupun kuat

kerana aku insan yang bergelar pelupa

sesungguhnya Engkau bergelar Al-Jabbar -Yang Maha Kuat

Tolong lah aku.. bimbing lah diriku

aku tidak punya apa2 kecuali KAMU wahai Kekasih



Seandainya sebentar lagi malaikat maut datang mengambil nyawaku

aku ingin berada di pangkuan MU.. berada dekat disamping MU

biarlah nyawa ku di ambil ketika aku sedang beramal kepada MU

Menunaikan tanggungjawabku terhadap MU

Membuktikan cintaku kepada MU

Semoga ENGKAU sudi menerimaku.