HOW TO DO IT NOW?


Kebanyakkan orang termasuklah saya, biasanya mempunyai satu sikap yang buruk, iaitu suka menangguhkan kerja.
Saya tahu, memang susah nak selesaikan semua perkara, terutamanya ketika kita sedang penat dan mood tidak bagus.
Betul tak?
Baru-baru ini saya ada mengikuti satu formula ringkas yang membantu saya mengatasi sikap malas / suka berlengah-lengah dan membuatkan saya senang untuk kekal pada rutin baru.
Anda boleh cubanya dan lihat bagaimana ia boleh memberi kesan dalam hidup anda.
Tahu apa yang terbaik? Tiada strategi yang lebih ringkas daripada ini.
Disini adalah beberapa perkara yang perlu anda tahu..
Mengatasi Sikap Malas Dengan Strategi 2 minit
Matlamat strategi ini adalah untuk memudahkan anda untuk memulakan sesuatu yang sepatutnya dibuat dalam masa terdekat.
Begini kaedahnya..
Kebanyakan tugas yang kita malas buat itu sebenarnya tidaklah sukar untuk dilaksanakan – anda ada bakat dan kemahiran untuk menyelesaikan tugas itu – cuma anda mengelak untuk mula melakukannya atas satu alasan lain sahaja.
Strategi 2 minit akan mengatasi kemalasan dan melengahkan kerja dengan membuatkan ia senang dimulakan apabila hati kita berkata tidak dan taknak.
Terdapat dua bahagian dalam strategi 2 minit ini..
Bahagian pertama – Jika tugasan itu mengambil masa kurang dari dua minit, lakukan ia sekarang.
Bahagian pertama ini asalnya datang daripada buku bestselling David Allen, Getting Job Done.
Sebenarnya sungguh mengejutkan apabila kita dapat mengetahui bahawa banyak perkara dapat diselesaikan dalam masa dua minit atau kurang.
Sebagai contoh, mencuci terus pinggan mangkuk selepas kita selesai makan, memasukkan pakaian kotor ke dalam mesin basuh, pergi buang sampah, mengemas tempat yang telah bersepah, membalas emel dan sebagainya.
Jika ia boleh dibuat dalam masa dua minit atau kurang, lakukan sekarang.
Ia akan banyak menjimatkan masa dan menyelesaikan banyak perkara.
Bahagian dua – apabila ingin memulakan sesuatu perkara, ia sepatutnya mengambil masa kurang dari dua minit.
Bolehkah semua matlamat dan kerja kita diselesaikan dalam masa kurang dari dua minit? Sudah tentu tidak.
Tetapi semua matlamat boleh dimulakan dalam masa dua minit atau kurang. Dan itulah tujuan disebalik strategi mudah ini.
Ia mungkin kedengaran terlalu asas untuk matlamat hidup anda yang besar itu, tetapi saya yakin ia akan memberi kesan.
Ia berkesan terhadap semua matlamat dan kerja yang ingin kita lakukan kerana satu sebab yang mudah: Daya Fizik Dalam Kehidupan 
Daya Fizik Dalam Kehidupan Sebenar
Sir Isaac Newton telah lama menjelaskan kepada kita, bahawa; sesuatu objek yang pegun akan tetap berada dalam pegun, manakala objek yang bergerak cenderung untuk terus bergerak [ hukum newton pertama ]
Seperti epal yang jatuh, begitu jugalah dengan manusia.
Strategi 2 minit berkesan kepada matlamat yang besar, sama seperti ia berkesan terhadap matlamat yang kecil kerana terdapatnya Inertia Kehidupan.
Apabila anda mula melakukan sesuatu, anda berasa mudah dan suka untuk terus melakukannya.
Saya suka strategi 2 minit ini kerana ia membawa idea bahawa semua benda boleh dilakukan apabila kita sudah bermula.
  • Mahu jadi penulis yang baik? Mulakan dengan menulis satu ayat (strategi 2 minit), dan akhirnya anda akan mendapati anda telahpun menulis selama setengah jam.
  • Mahu jadikan membaca satu tabiat? Bacalah muka surat pertama buku (strategi 2 minit) dan sedar tak sedar, anda akan dapati anda telah membaca 3 bab daripada buku tersebut.
  • Mahu bersenam dan hidup sihat? Setiap petang dihujung minggu, pakaikan kasut di kaki anda dan keluar dari pintu rumah (Strategi 2 minit), dan pasti anda mampu berbangga dengan milleage jogging yang telah anda lalui, instead of hanya duduk di sofa menonton drama sambil makan snek yang menggemukkan.
Perkara yang paling penting dalam melakukan sesuatu perkara atau tabiat baru adalah untuk “bermula” – bukan untuk kali pertama tetapi pada setiap kali kita ingin buat sesuatu perkara itu.
Abaikan prestasi kita, tetapi apa yang penting kita konsisten untuk melakukannya.
Dalam apa-apa perkara pun, keperluan untuk bermula adalah lebih penting daripada mencapai prestasi cemerlang.
Perkara ini sangat benar terutamanya apabila kita dalan fasa awal dalam sesuatu perkara, kerana dengan seiringnya waktu, pasti kita mempunyai cukup masa untuk meningkatkan prestasi kita pada kemudian hari.
Strategi 2 minit bukanlah berkisar mengenai keputusan yang akan kita capai, tetapi lebih menekankan bahawa proses itu adalah lebih penting. Proses lah yang akan berfungsi melakukan kerja.
Perkara ini sangat berkesan kepada orang yang percaya bahawa sistem adalah lebih penting daripada matlamat.
Fokus akan mengambil alih  dan biarkan perkara selebihnya berlaku dengan sendiri.
Cubalah untuk aplikasi strategi ini sekarang.
Saya tidak boleh jamin strategi 2 minit ini berkesan atau tidak kepada anda. Tetapi apa yang boleh saya jamin adalah ia akan gagal jika anda tidak pernah mencubanya.
Masalah utama dengan kita semua adalah kita rajin membaca dan mendengar, tetapi tidak pernah mengamalkan ilmu dalam kehidupan seharian kita.
Kita banyak menggaru gatal
Sekarang anda ada masa sebanyak 120 saat. Gunakan masa ini untuk menyelesaikan kerja yang ada atau membuat sesuatu perkara yang baru.
Go!
(Dipetik dari Inche Naim)