Root Canal Treatment (RCT)

Tik tok tik tok, 2.00am, mata masih tidak dapat di lelapkan, terasa sanggat mengantuk, tapi dik kerna kesakitan gigi pada tahap maximum, maka tido lena x dpt dikecapi.

Fabi ayyi ala’i robbikuma tukadziban
“Maka nikmat Tuhanmu yang mana yang ingin kamu dustakan ?”
(Surah Ar Rahman)

Tersangat sakit, yela org kata 1st ranking sakit adalah sakit nak mati, 2nd ranking adalah sakit nak bersalin, 3rd ranking adalah sakit gigi. Memang sakit, otak ni bagai di talu2 dgn impuls dari reseptor sakit gigi. Berdenyut2 otak ni,

Teringgat petua dari nenek kpd sahabat saya, pernah berpesan, kalu sakit gigi baca Surah Al-Mulk ayat 23,



Maksudnya:
"Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur"

sambil di baca ayat ini, sambil di gosok2 pd bahagian yang sakit tu. Selama 2 tahun saya mengamalkan petua ini, ALHAMDULILLAH ianya sangat mujarab [dengan syarat YAKIN]

Masa kian berlalu..aceh wah..Sakitnya hilang bila al-Mulk ayat 23 ini di baca, tapi keadaan gigi dari bahagian dalam tampaknya macam x chat, dari luar kelihatan kesan2 hitam dari sisi gigi. Maka keputusan di ambil utk tidak menzalimi diri, dan dengan segera appointment dgn doktor gigi di aturkan.

Doktor kata, “Gigi awak elok lagi ni, tersusun cantik, masih kuat”. Mendengar kata2 doktor, maka gigiku yang ‘cantik’ itu mula kelihatan...apa lagi senyum lebar la (sambil mengangkat kedua-dua kening) ^^

Dipendekkan cita, doktor suggest wat Root Canal Treatment (RCT). Rawatan ni kena wat minor operation. Doktor kata Root Canal Treatment (RCT) ni kena wat 3x rawatan sama dgn 3x appointment dgn doktor gigi, snaqnya bergantung jgk pd keadaan gigi org tu... macam gigi saya ni dia ketegaq skit, sampai kena wat 4x rawatan ~.~  Doktor x dapat cari saraf gigi saya tu...saraf main sembunyi2 plak. Hehehe

Note*** Kos bagi Root Canal Treatment (RCT) dalam lingkungan RM300 - RM600 di klinik pergigian swasta bergantung kepada jenis gigi. Tapi bagi mereka yang bergelar student...gud news, based on my experience kos nya Cuma RM 1 bagi stiap servis rawatan, contoh; X-Ray = RM 1, Ubat Bius = RM 1 etc. [tp ini di poliklinik kerajaan la]

Herm..minggu pertama rawatan dimulakan.. 1st tretment kna wat X-Ray gigi sbb nk tgok keadaan dlm gigi 2. Geli hempedu bila tgok X-ray gigi ni.


Pehtu, doktor akan grill gigi kita smpi darah terpecik kluar...eh x lak air liur ja yg terpecik kluar sampai kena muka doktor. Slmat doktor pakai topeng ‘the mask’ =p. Sebenarnya tujuan grill ni adalah utk buat satu pembukaan krown ke dalam rongga pulpa tu.

Masa grill tu x ase sakit sbb doktor dah inject obat tahan sakit awal2. Tp kadang2 ada jgk rasa sakit. Mengaduh jgk masa tu, tp doktor kata “sabar ye” mungkn ubat tahan sakit tu x btol2 meresap masok keseluruh pelosok saraf gigiku ini...huhu mengalir jgk air mataku. Skali lg impuls sakit bertalu2 menyentak otak ini. Masa tu hanya mgingati ALLAH. ALLAH sayangi la aku, kerana

“Tidaklah orang Muslim ditimpa cubaan berupa sakit atau musibbah, melainkan Allah menggugurkan dosanya, sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya.”

(HR. Bukhari-Muslim)

Ini kira qoute motivasi yang sanggat mendekatkan diri saya pada ALLAH. ALLAH, I LOVE YOU ^_^

Selepas grill, process yg seterusnya adalah ‘cucuk jarum’ . terkejut jgk bila tgok berderet susunan jarum mcm jarum kat tudung tu.. hehe. Sebenarnya tujuan ‘jarum’ ni ialah utk menentukan panjang kanal-kanal akar gigi kita.

.
Hampir 1jam dalam bilik rawatan...part yang paling seksa yelah nga alif nga, nga alif nga, ngang mulut...bukan senang nak menganggakan mulut dlm jangka masa yang lama.... sampai satu masa doktor kata “awak rehat lah dulu” lepas tu doktor beredar, walhal jarum tu masih dlm gigi ni, mulut dh lenggoh2 dh ni, hehe tanpa berfikir pjg jarum2 tersebut d cabut dgn tangan sndiri. Bila doktor datang saya kata “Doktor, nah jarumnya, doktor suruh saya berehat tp jarum masih di gigi, mulut saya dh lenggoh, so saya cabot sndri la”, doktor kata “ops, sori saya terlupa nk keluarkan” Dalam hati ada taman...sabar ja la... [ini tips pada mereka yang mahu melakukan kanel root treatment- BERSABAR~].

Appoitment seterusnya, saraf  Pulpa yang dijangkiti tu dikeluarkan. Kemudian kanal-kanal dibersihkan dgn sabun Feb + klorox, and finally, gigi tersebut akan di tampal dengan simen bangunan untuk elak kuman dari masuk.

Begitulah episod My Root Canal Treatment ...to my lovely sis, slmat menempuh treatment ini, just be cool and have fun =p



Kisah di sebalik 10 Muwasofat Tarbiyah.

 
sumber: kat tenet, mr Google ada..

10 Muwasofat Tarbiyah....merupakan ciri-ciri utama yg perlu ada dlm pembinaan individu Muslim yg sejati gitu. Alangkah indah n bahagia hidup manusia 2 kalu dia bisa memiliki semua 10 sifat ini. "10 Muwasofat tarbiyah" ni telah d senaraikan oleh As Syahid Imam Hassan Al- Banna. Snaqnya Hassan Al Banna bukan syok2 senaraikan 10 sifat ni, tp Beliau ambil dari AL-Quran (ini kan pedoman kita). so utk part 10 muwasofat ni Cuba buka Quran n tgok surah Al qasas: 14-28.

x nmpk pun statement "10 muwasofat tarbiyah", story Nabi Musa ada la...

hehe, memang la x dak qoute "10 Muwasofat Tarbiyah", <= qoute ni Imam Hassan Al Banna yg kasi. Snaq nya dari kisah Nabi Musa A.S ni kita boleh cungkil kluaq "10 Muwasofat Tarbiyah" yang telah di praktikan oleh Nabi Musa A.S.

Meh cni nk Sharing Story =)
Tapi Sebelum tu ampa baca la dlu crita Nabi Musa ni sampai habis. Surah Al Qasas: 14-28.

Dah Baca?
DaH~

Ok....Cerita ni start dengan scene Nabi Musa nampak dua orang tengah bergaduh. Sorang dari kaumnya iaitu Bani Israil, and sorang lagi kaum Firaun. Yang Bani Israil ni pun mintak tolong pd Nabi Musa, so Nabi Musa pun p lah defend. Nabi Musa telah mnumbuk orang Firaun tu. Err n akhirnya orang tu mati. Kuat betul Nabi Musa kan. Tapi pastu Nabi Musa A.S rasa menyesal n takut pd ALLAH, sebab dah buat salah kan ~.~  tp Nabi Musa A.S x duk saja, baginda memohon keampunan drp ALLAH; dalam ayat ke 16 tu.

Pehtu esoknya ada sorang lg mintak tolong and kali ni yang si musuh cakap, “Kau nak bunuh aku jugak ke cam kau bunuh orang semalam?” Macam provoke gitu.

And at the same time, datang  la sorang lelaki kpd Musa A.S and bagitau yang pembesar negeri sedang merancag utk membunuh Nabi Musa A.S. Lelaki ni nasihat supaya Nabi Musa A.S keluar dari kota tu.

Jadi, Nabi Musa pun keluarlah n merantau ke satu kota lain. Semasa Nabi Musa A.S sampai, Baginda nampak ada satu kumpulan pengembala tengah bagi minum binatang ternakan diorang. Masa 2 Nabi Musa A.S tgok d belakang kumpulan tu ada 2orang wanita memukul2 ternakan dorang. Jadi, Nabi Musa A.S pun tanya "kenapa pukul?". salah sorg dr mereka berkata nak bagi minum and nak cepat tapi ternakan dorang tu taknak. (Sori la ayat saya kebudakan skit...)

pehtu, Nabi Musa A.S pun tolonglah bagi minum ternakan tu. n then, 2 wanita tu pun balik umah n story kat ayah diaorg, tentang ptolongan Nabi Musa tu. Then ayah mereka mnyuruh supaya Nabi Musa A.S d jemput ke rumah mereka sebagai mghargai prtolongn yg telah d berikn. stengah riwayat mceritakan Ayah kpd 2 org wanita ni adalah Nabi Syuaib A.S

Masa berjump Nabi Syuaib A.S, Nabi Musa A.S pun cerita lah kisah yg telah dilaluinya. Pastu puteri Nabi Syuaib bercadang pd ayah mereka supaya mgambik Nabi Musa A.S sbagai pekerja. Dipendekkn story, setelah sekian masa, Nabi Syuaib pun nk kahwinkn Nabi Musa A.S dgn salah sorg puterinya, lalu berkata la Nabi Syuaib A.S, “aku sangat ingin untuk menikahkan kamu dengan salah seorang puteriku,dengan (mahar) dasar kamu bekerja denganku 8 tahun dan kalau kamu mahu cukupkan 10 tahun, itu terserah padamu.”

Nabi Musa pun bersetuju dengan syarat tersebut. Maka Nabi Musa pun dikahwinkan dengan salah seorang Puteri kpd Nabi Syuiab AS.

o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'

Okay sekarang kita tengok apa 10 ciri2 yang Hassan al-Banna cakap tadi.

JoM tengok satu2 and relate kan dengan cerita Nabi Musa tadi.

1) Akidah yang sejahtera.
Bila Nabi Musa dalam kesusahan Baginda yakin dengan pertolongan Allah. Boleh tengok ayat 21,22,24, yang mana Musa a.s berdoa dan mintak tolong dengan Allah. Baginda memang yakin hanya Allah yang boleh tolong. x dak benda len dh...

2) Ibadah yang sahih.
Ibadah ada banyak kan. Antaranya, sentiasa mengingati Allah, selalu bertaubat and beristighfar. Kita boleh tengok tadi, Nabi Musa A.S bertaubat lepas buat kesalahan; ayat 16, and Baginda memang selalu ingat Allah, apa2 pun akan refer pd Allah dulu.

 3) Akhlak yang mantap.
Ni senang kot hee. Nabi Musa a.s tolong 2 wanita tadi bagi minum ternakan dorang; ayat 24. Pastu masa puteri Nabi Syuaib suggest ambik Nabi Musa jadi pekerja, dia cakap ciri2 pekerja yang baik ialah orang yang boleh dipercayai; ayat 26.

 4) Luas pengetahuan.
Nabi Musa luas pengetahuan ditunjuk mula2 lagi dalam ayat 14. Allah terang2 cakap “Kami anugerahkan kepadanya hima dan pengetahuan”. And second point, mesti semua orang boleh nampak kan, masa Musa a.s tolong bagi minum ternakan tu; ayat 24. Kiranya Nabi Musa ada pgetahuan camane nak bagi ternakan minum, so dapatlah tolong 2 wanita tadi yang taktau cara nak bagi minum kan.

 5) Sihat tubuh badan.
Haa ni masa Nabi Musa tumbuk orang tu sampai mati; ayat 15. Memang kuat la kan tumbukan Nabi Musa. Pastu ayat 26, yang anak Nabi Syuaib kata pekerja ini ialah orang yang kuat.

6) Mampu berdikari.
Walaupun berada di tempat baru, Nabi Musa dapat adapt dengan suasana baru, orang baru and boleh survive dgn sendiri n then tolong anak Nabi Syuaib a.s smpi dpt keja plak 2. Ni dalam ayat 22 sampai 28.

 7) Melawan nafsu.
Dalam ayat 19, orang tu cam provoke Nabi Musa kan. Kalau dia tak tahan nafsu marah dia, and ada rasa pantang dicabar mesti tumbuk jugak untuk kali kedua kan. Tapi Baginda tahan nafsu amarah and menjauhkan diri.

8) Sangat menjaga masa.
Ni pulak dalam ayat 28, bila Nabi Musa agree untuk sempurnakan kerja dalam tempoh masa yang Nabi Syuaib dah tetapkan; 8 hingga 10 tahun.

9) Tersusun urusannya.
 Masa lelaki baik suruh dia tinggalkan kota tu, Nabi Musa ambik tindakan untuk tinggalkan dan dia ada destinasi; kota Madyan; ayat 21, 22. And masa kat kota Madyan tu pun dia ambik langkah untuk terus masuk dalam masyarkat kat situ kan dengan mendekati kumpulan ternak td; ayat 23. And last2 dia dapat kerja dan kahwin jgk ^_^.

10) Bermanfaat pada orang lain.
Okay ni, masa Nabi Musa tolong orang yang bergaduh tu, kira selamatkan; ayat 15. Pastu of course masa tolong bagi minum ternakan; ayat 24, dan last point masa dia diambil jadi pekerja Nabi Syuaib; ayat 27. Kiranya Musa a.s datang ke kota Madyan tu takde lah semata2 datang pastu tak buat apa2. kan2...

o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'

hurm...Hope kalian dapt la faham crita ni, w/p ayat tonggang terbalik sori na. yg baik kita ambik, yg x baik kita ehem2..tegur la scara hikmah^^. so "10 Muwasofat tarbiyah " x dak la saja2 direka oleh Imam Hassan Al Banna, tp sebaliknya d ambil ibrahnya dari Al Quran. apa2 pun kembali pda Al Quran.

wallahualam

“Sesungguhnya al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (Islam) dan memberikan berita yang menggembirakan kepada orang yang beriman, mengerjakan amal soleh, bahawa mereka akan beroleh pahala besar.”
(Al-Isra’: 9)

Ketika aku terlalu inginkannya...

Kredit to Mr Google.com

Ketika hati terasa down,

Iman pun turun jatuh menjunam

Setiap tindakan tersasar jauh dari landasan

Terasa hati di warnai titik2 hitam

Aturan Hablum minanas kian meragam

Apatah lagi aturan Hablum minallah...pudarnya suram

Fikiran hanyut dilayar ombak angan2

Terkapai kapai mencari perahu pedoman



Secebis Jiwa iman membisik 1000 keinginan

Kinginan yg mgharapkn prtolongan dari AR RAHMAN

Demi menyelamatkan harga mutiara sebuah iman

ALLAH...aku ingin bisikan kecewaan ini padaMU,

Tapi hati terasa keras membatu

Terasa sukar mengalirkan air mata walupun mengharap ianya palsu

ALLAH....Apakah Engkau sudah tidak sudi mendengar rintihanku?

Hinggakan sukar mengizinkan mutiara rintihan ini mengalir kerana MU?

Engkau biarkan airmata ini membeku, hati membatu?

Tidak sudikah Engkau MENGELAR aku sebagai hamba MU?

ALLAH... tidak sudikah Engakau MEMANDANG ku sebagai hamba MU?

Aku ingin mengetuk pintu hati lain supaya kembali kepada MU

Tapi apakan daya pintu hati sendiri bagai rasa terkunci ketat

Tapi aku masih ingin...ingin...sangat sangat ingin....

ALLAH beri lah hati ini taufik dan hidayah MU...

Kerana itu bisa membantu,

membantu aku kembali mengorak langkah...menuju redha MU



Hamasah as Syabab, wal Hikmah as Syuyukh


Apakah maknanya (?_?)

nk cita la nie!!! ini maknanya ^_^

Hamasah as Syabab, wal Hikmah as Syuyukh = Semangat pemuda, & Kebijaksanaan Org Tua

=> Hamasah as-syabab= merujuk kepada individu yg jiwanya sentiasa muda.

Kenapa Muda?
Krn insan yg berjiwa muda akan sentiasa bersemangat dalam perjuangan. anda pernah muda? misti pernah rasakan perasaan tu....syokk ooo d(^_^)b

therefore...Muda ini seharusnya dimanfaatkan semaksimum mungkn utk melakukn pkara yg baik2 n x mrugikan kita d akhirat nti...


=> Hikmah as-Syuyukh= merujuk kepada individu yg mempunyai pengalaman yg banyak & rasional dalam membuat keputusan. ini biasanya 4 golongan yg golden age gitu (x kata tua tau). sbbnya gol ni boleh d katakan telah "makan garam" terlebih dahulu.

therefore...Golongan Golden ini amat penting kepada golongan yg muda dalam pencetusan idea yg bernas serta releven. x gitu dik long...(lbh kurg adik yg sulong la..erk..)

ingat lagi x sejarah masa kita form brapa ntah x ingat... sejah psal Gol Tua n Gol Muda... ala x ingat la... hik elah...meh cni nk recall story

Masa zmn takhlukan britsh ke belanda? sori... bukan x ingat tp lupa...its ok yg pntg pnjajah. aha masa 2 nama2 seperti Syeikh Tahir Jalaludin, Syed Syeikh al-Hadi dan Dr. Burhanuddin al-Helmy adalah pemuda2 yang telah mlancarkn gerakan pembebasan dan pencerahan minda thadap umat Islam Melayu tmy 2. Mereka inilah yg mghasilkn tulisan-tulisan di akhbar dan majalah yang terkenal seperti al-Imam, Neracha dan Pengasuh sebagai agenda reformasi dan transformasi minda masy tym 2. Mereka ini la yg mghasilkn idea-idea pembaharuan, menyematkan sikap anti-kolonial, bakarkn smngt patriotisme, mengkritik raja dan pemerintah yang gagal mengangkat harakat bangsa sendiri. naah tgok..." the power of young man.."


jgk x dpt d nafikn tanpa yg lama, x akan ada yg baru...kan3...

Meneliti sejarah kebangkitan dan pembangunan sesuatu negara, pemuda memainkan peranan dalam mencetus kepada apa2 perubahan. Jadi perubahan yg berlaku itu adalah bergantung kepada modal insan kelompok pemuda tersebut. Jika jahiliah mendasari modal insan pemuda tersebut, maka revolusi kepada jahiliah akan berlaku. Jika nilai2 islam menjadi asa kepada modal insan pemuda tersebut, maka revolusi kepada biah islami akan berlaku. Contoh case ???

contoh case!

Peristiwa dibumi Andalusia

Sewaktu islam menguasai Bumi Andalus, Raja France telah menghantar perisik utk memerhati kekuatan bumi Andalus. Kemudian dia bertemu dengan seorang remaja yg sedang menangis. Lalu ditanyakan asbab remaja itu menangis. lalu dijawab oleh remaja tersebut bahawa dia tidak dibenarkan oleh ibunya utk menyertai jihad kerana masih tidak menghafal Al-quran.

30 tahun selepas peristiwa itu. Raja France menghantar kemballi perisik. Dilihat kembali seorang remaja menagis. Kali ini sebabnya berbeza kerana ibunya tidak membelikannya seorag pelacur. Lantaran peristiwa itu, Raja France mengumumkan perang terhadap bumi Andalusia..


Lihatlah, kafirun juga tahu dimana kelemahan umat islam. Dan dalam peristiwa diatas, remaja dijadikan subjek utama. Lemah asas aqidah kelompok remaja, maka lemahlah pertahanan sesebuah negara islam.


Teringat kata Umar Al-khatab sewaktu pembukaan baitul maqdis. "kami adalah kaum yg dikuatkan oleh Allah kerana islam. Seandainya kami mencari kekuatan selain dari islam, necaya Allah akan menghinakan kami dan membiarkan kami dengan kekuatan kami".


***Maka sedarlah wahai para pemuda.. Dunia memerlukan kite.. Usahlah kite terlena dengan dakyah2 kafirun.. Jadilaj seperti pemuda Al-kahfi yg diceritakan dalam al-quran yg berusaha utk mencari kebenaran..


(( الناس معادن، خيارهم في الجاهلية خيارهم في الإسلام، إذا فقهوا )). صحيح البخاري

“Manusia ibarat logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah, terpilihnya mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham." 


Apa Kaitan antara Hamasah as-syabab dan Hikmah as-Syuyukh ?


As-syabab dan As-syuyukh perlu disatukan dalam menghasilkan sinergi sekali gus mewujudkan satu tenaga yg mantap ke arah dalam mewujudkan perubahan.

Pemuda harus memiliki hamasah (semangat). Dan dengan hamasah para pemuda, harakah (gerakan) menjadi lebih berani dan lebih anjakan paradigmanya. Namun harakah juga memerlukan kunci kedua, iaitu hikmatusy syuyukh, iaitu kebijaksanaan kaum tua utk memastikan anjakan yg dilakukan adalah muntij.

Wallahu'alam



                        


Secebis kekuatan dalam pencarian ilmu




Sebuah faedah ilmu yang sangat berharga dari ulama besar masa silam Ahmad bin ‘Abdul Al Haroni yang dikenali sebagai Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah. Beliau memberikan nasihat bagaimana kita seharusnya beramal ma’ruf nahi mungkar iaitu mengajak pada kebaikan dan melarang dari kemungkaran.



Syaikhul Islam mengatakan,
“Orang yang ingin beramal ma’ruf nahi mungkar semestinya memiliki tiga bekal iaitu:
[1] ilmu,
[2] lemah lembut, dan
[3] sabar

Ilmu haruslah ada sebelum amal ma’ruf nahi mungkar (di awal).
Lemah lembut harus ada ketika ingin beramal ma’ruf nahi mungkar (di tengah-tengah).
Sikap sabar harus ada sesudah beramal ma’ruf nahi mungkar (di akhir).”


Berikut perincian yang kami olah dari perbahasan Syaikhul Islam.

Pertama: Bekal Ilmu di Awal

‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz mengatakan,

مَنْ عَبَدَ اللهَ بِغَيْرِ عِلْمٍ كَانَ مَا يُفْسِدُ أَكْثَرَ مِمَّا يُصْلُحُ

“Barangsiapa yang beribadah pada Allah tanpa ilmu, maka ia akan membuat banyak kerusakan dibanding mendatangkan banyak kebaikan.”

Begitu pula Mu’adz bin Jabal pernah mengatakan,

العِلْمُ إِمَامُ العَمَلِ وَالعَمَلُ تَابِعُهُ

"Ilmu adalah pemimpin amalan. Sedangkan amalan itu berada di belakang ilmu.”

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan,
“Ini memang benar. Yang namanya maksud dan amalan tanpa disertai ilmu, maka hanya mengakibatkan kebodohan, kesesatan dan sekadar mengikuti hawa nafsu sebagaimana telah dijelaskan. Inilah beza antara orang Jahiliyah dan seorang muslim. Seorang muslim haruslah membekalkan dirinya dengan ilmu dalam beramal ma’ruf nahi mungkar dan harus mampu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Seseorang juga harus mengetahui bagaimana kondisi orang yang akan diajak pada kebaikan dan dilarang dari kemungkaran. Antara bentuk yang mendatangkan kebaikan adalah melakukan amal ma’ruf nahi mungkar sesuatu tuntutan yang diajarkan dalam Islam (jalan yang lurus). Jika seseorang membekalkan dirinya dengan ilmu, maka itu akan membuatkan dia lebih cepat mencapai tujuannya.”


Kedua: Lemah Lembut di Tengah-Tengah Amar Ma’ruf Nahi Mungkar


Dalam amal ma’ruf nahi mungkar hendaklah ada sikap lemah lembut, sebagaimana sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,
إِنَّ الرِّفْقَ لاَ يَكُونُ فِى شَىْءٍ إِلاَّ زَانَهُ وَلاَ يُنْزَعُ مِنْ شَىْءٍ إِلاَّ شَانَهُ

“Sesungguhnya jika lemah lembut itu ada dalam sesuatu, maka ia akan senantiasa menghiasanya. Jika kelembutan itu hilang, maka pastilah hanya akan mendatangkan kejelekan.”[1]


Begitu pula beliau bersabda,


إِنَّ اللَّهَ رَفِيقٌ يُحِبُّ الرِّفْقَ وَيُعْطِى عَلَى الرِّفْقِ مَا لاَ يُعْطِى عَلَى الْعُنْفِ

“Sesungguhnya Allah itu Maha Lembut. Dia menyukai kelembutan dan Dia akan memberi kepada kelembutan yang tidak diberikan jika seseorang bersikap kasar.”[2]



Ketiga: Bersabar di Akhir

Setelah melakukan amal ma’ruf nahi mungkar, haruslah ada sikap sabar terhadap setiap gangguan. Syaikhul Islam mengatakan, “Setiap orang yang ingin melakukan amar ma’ruf nahi mungkar pastilah mendapat rintangan. Oleh karena itu, jika seseorang tidak bersabar, maka hanya akan membawa lebih banyak kerosakan daripada mendatangkan kebaikan.”

Luqman pernah mengatakan pada anaknya,

وَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَاصْبِرْ عَلَى مَا أَصَابَكَ إِنَّ ذَلِكَ مِنْ عَزْمِ الأمُورِ

“Dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).”
(QS. Luqman: 17)

Oleh sebab itu, Allah memerintahkan kepada para Rasul – dan mereka adalah imam (pemimpin) dalam amal ma’ruf nahi mungkar- untuk bersabar, sebagaimana hal ini Allah perintahkan pada penutup Rasul (yakni Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam). Bahkan perintah ini Allah sandingkan dengan penyampaian kerasulan. Hal ini dapat kita lihat dalam surah Al Mudatsir (surah yang merupakan tanda Muhammad menjadi Rasul), yang turun setelah surat Iqro’ (surah yang merupakan tanda Muhammad diangkat sebagai Nabi).


يَا أَيُّهَا الْمُدَّثِّرُ, قُمْ فَأَنْذِرْ, وَرَبَّكَ فَكَبِّرْ, وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ, وَالرُّجْزَ فَاهْجُرْ وَلا تَمْنُنْ تَسْتَكْثِرُ, وَلِرَبِّكَ فَاصْبِرْ

“Hai orang yang berkemul (berselimut), bangunlah, lalu berilah peringatan! dan Rabbmu agungkanlah, dan pakaianmu bersihkanlah, dan perbuatan dosa (menyembah berhala) tinggalkanlah, dan janganlah kamu memberi (dengan maksud) memperoleh (balasan) yang lebih banyak. Dan untuk (memenuhi perintah) Rabbmu, bersabarlah.”
(QS. Al Mudatsir: 1-7)


Allah membuka surat yang merupakan pertanda beliau diangkat menjadi Rasul dengan perintah memberikan peringatan (indzar). Di akhirnya, Allah tutup dengan perintah untuk bersabar. Yang namanya memberi peringatan (indzar) adalah melakukan amal ma’ruf dan nahi mungkar. Maka ini menunjukkan bahawa sesudah seseorang melakukan amal ma’ruf nahi mungkar, hendaklah ia bersabar.

Demikian faedah dari Syaikhul Islam sebagai bekal bagi orang yang ingin beramal ma’ruf nahi mungkar.

Semoga kita dapat renungkan nasihat yang diberikan dalam setiap tindak tanduk kita ketika ingin memperbaiki orang lain. Hanya Allah yang memberi taufik.


Faedah Ilmu dari Risalah Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah:


Al Amru bil Ma’ruf wan Nahyu ‘anil Mungkar, hal. 15-18, Mawqi’ Al Islam "

*********************************

Bergerak...Tetap Terus Bergerak




Bergeraklah...
Kerana diam bisa mematikan...
Sebesar besar keuntungan di dunia adalah menyibukan dirimu...
Sibukan dirimu setiap saat...
Sibukan dirimu dgn aktiviti yg memberi manfaat paling banyak di akhirat...
Menyia yiakan waktu lebih bahaya daripada kematian...
Menyia yiakan waktu bisa memutuskan kamu daripada ALLAH dan Akhirat...
Sedangkan Kematian hanya memutuskan kamu daripada dunia dan penghuninya...
~Ibnu Qayyim Al Jauziyah~


Dalam dunia seorang pelajar  pasti tidak terlepas daripada ujian dan pancaroba...
Memeggang amanah daripada Agama dan keluarga...
Menyeimbangi tuntutan Studies dan menyebarkan amal makruf nahi mungkar
konsep ”Alim Mujahid” harus d FAHAMI...bukan sekadar mengetahui...
Tidak ada pemisahan di antara pelajar & daie, Jika kepentingan 10 Muwasafat Tarbiyah bisa di jalani....
Sedangkan As Syahid Imam Hasan Al Banna boleh melakukannya...kenapa tidak kita?



"Jika kalian menolong (agama) Allah, maka Allah pasti akan menolong kalian dan mengukuhkan kedudukan kalian”.
(Surah Muhammad : 7)



Mulakan perubahan atas desakan Iman...
Jangan malu untuk memperbetulkan langkah semangat kita pada paksinya yang sebenar...
Iman adalah kekuatan yang menggerakkan setiap mukmin...
Iman yang menghadirkan kemenangan pasti akan melonjakan kita untuk sentiasa berfikir...
Berfikir untuk bekerja dan bekerja...
Merangka strategi untuk cemerlang akademik & kebijakan amal Jamaie...
Moga Kita Sentiasa istiqamah..
^_^






Nota Si Puteri Untuk Abah Tercinta


Hari ini terbuka hati ini untuk mencoret kisah seorang insan disayangi yang bergelar 'abah'.

Ya, kami anak2 memanggil insan istimewa ini dgn gelaran ‘abah’. Sewaktu kecil dahulu, apabila aku kesedihan atau jatuh kesakitan pasti aku akan meraung2 nama ini ‘abah…’

Dan panggilan ini akan ku ulangi sehinggalah aku tertidur atau setelah aku mendapat pujukan dari abah.

Sewaktu kecil dulu pernah pak cik ku bertanya ’'cek anak mak ka anak abah?'’

Sambil tersenyum aku menjawab ‘anak abah la...’ ^_^  

Ini tidak bermaksud yang aku ini bukan anak mak. Mana mungkin aku mengetepikan mak...seorang insan berjiwa kental, melahirkan dan mendidik diriku… walau bagaimana pun mak tetap ratu hatiku dan abah wira di jiwaku

Waktu dulu aku suka mengaku sebagai ‘anak abah’ (compare to ‘anak mak’) 

Sebab?

Sebab waktu kecil dulu abah selalu belikan ais krim ^_^
Mak pula jarang belikan. Kiranya umpan abah utk pikat hati puterinya lebih mengena berbanding mak.

Dan masihku ingat lagi, setiap kali abah pulang dari kerja, kakinya melangkah masuk ke pintu rumah, waktu itu pasti aku akan berlari kearah abah dan berpaut pada kakinya.

Suka.. sebab abah tinggi orangnya. Best kalu bergayut kat kaki abah tu. Rasa macam panjat bangunan tinggi. Hehe ini felling waktu kecil dulu la…sekarang anak dah nak sama tinggi dengan abah..

Abah pernah berkhidmat sebagai seorang Askar Wataniah Melayu satu ketika dulu.

Abah suka berkongsi pengalaman-pengalamannya bersamaku… sronok… smuanya penuh dengan peraturan dan disiplin.

So tak heran la kalu abah juga mahukan anak-anak nya turut berDISIPLIN dalam kehidupan…

Pelbagai pengalaman sewaktu kecilku bersama abah...

Detik berganti detik,
Hari berganti hari,
Bulan berganti bulan dan tahun pun silih berganti.

Akhirnya puteri abah ini kian mendewasa.

Tidak kurang emosi di alam belia kian memberontak. Macam-macam kerenah… dik kerana kasih sayang yang tidak berbelah bahagi, abah 'maintain' sabar dengan puterinya ini…

Banyak kali hati abah dilukai…
Banyak kali jugak diri abah di bebani…
TAPI abah tidak pernah merungut di depan kami…

Pernah aku bercakap kasar pada abah waktu ketika dulu…TAPI abah hanya beristiqfar…
Ya hanya kalimah istiqfar bermain di bibirnya…

Abah tidak memarahi aku pun…
Sabarnya abah melayani kerenah anaknya ini…
Sabarnya abah berkerja keras demi membesarkan anaknya ini…
Sabarnya abah memenuhi keperluan anaknya ini…
Semuanya penuh dengan kesabaran dan ketabahan….
Itu lah yang aku saksikan…

Abah pernah byk kali terlibat dlm kemalangan semasa berkerja… Paling tidak dapat dilupakan abah pernah jatuh dari tempat tinggi sewaktu bekerja.

Mak cerita... waktu abah sampai di hospital muka abah penuh dengan darah, ada jugak tulang di muka abah patah.

Waktu kami adik beradik sampai di hospital, abah mulai sedar,
Bila abah tengok kami; abah paling mukanya kesudut lain…
Dari sisi aku tampak air mata abah mengalir….
Tidak dapat menahan sebak ketika itu...
Aku dapat rasa kan yang abah menangis mungkin kerana khuatir tidak dapat berkerja lagi..
Mungkin abah risau jika abah tidak mampu menjaga kami lagi…
Terlalu banyak pergorbanan abah untuk kami…
Moga ALLAH merahmati hidup abah..ameen…

Walau pun hari ini bukanlah hari lahir abah,
Walau pun hari ini bukan hari bapa,
Walaupun hari ini cuma lah hari yang biasa,
Namun hatiku bisa tersentak,
Menyesali akan perbuatan diri yang pernah menguris hati abah.
Tidak terbayang fikiran jika abah sudah tiada lagi d dunia ini.

Mana tempat pergantungan kami,
Sedangkan abah adalah pencari rezeki,

Mana tempat untuk kami berkongsi 'story'…
Sedangkan abah adalah pendengar setia coleteh kami,

Mana tempat untuk mencari ilmu duniawi dan ukhrowi...
Sedangkan abah adalah sebahagian 'library' kami…

Abah I want to said I LOVE you very much…I did mention it in daily call and message. But yet, its does not illustrate how much I care and love you... I know I need to prove it. All I can do right now is struggling in my field studies…that’s you want...and I will fulfill it… may ALLAH Bless you in duniawi and ukhrowi…ameen


Lagu ini pernah aku mainkan di laptop...abah mendengarnya waktu itu... abah kata "Lagu ini abah tujukan untuk Puteri abah..."



Renovate hati kembali lagi


Hugsss…nafas panjang di helah…

Muka laptop di hadap…x dak apa2 perasan pun…

Tetiba terfikir blog yg dh lama x update… sedih betol …

Ye la blog ni jgk salah satu dari saham akhirat…


"Apabila matinya anak Adam maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat kepada orang lain, dan doa anak yang soleh untuknya."
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim)

Halaju jari jemari yang menaip post kali ni menurun kpd 0.01Km/J …

Walau bagaimanapun ku gagahinya jua…

Terasa Gelombang sinusoidal Iman menurun

Kini ia berada pada titik minimum (paras –ve dari titik asalan)

Sedih….

Momentum Perjuangan harus dikembalikan

Tiba tiba Hati menjerit… Bagaimana???

Obat Hati ada lima perkaranya

Yang pertama baca Qur’an dan maknanya

Yang kedua sholat malam dirikanlah

Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh

Yang keempat perbanyaklah berpuasa

Yang kelima dzikir malam perbanyaklah


Dah nyanyi lagu opick-Obat hati…

Tapi itu lah yang perlu dilakukan sekarang…

Ayuh bergerak…

Bak kite mak…”bangun bangkit cergas…” ^_^

BeRfikiR SejeNaK, MereNunG MaSa KiNi aDalaH peRmuLaaN YaNg BaiK unTuK BeRtiNDaK......









Tenangkan jiwamu dengan Tadabbur alam cintaanNYA

Bismillah… Alhamdulillah thuma Alhamdulillah



Overview tasik USM + Sign board “no food no drink” menambahkan tekad d hati utk trus berposa

Dingin angin sepoi2 bahasa d sekitar tasik USM. Terasa gusar d hati turut dibawa pergi bersama angin yang berlalu. Kandungan Udara Oksigen,O2 di sedut sedalam dalam nya. Nafas di tahan untuk menikmati serapan oksigen kedalam setiap pelusok kapilari alveolus paru paru. Nafas Carbon Dioxide,CO2 d hembus perlahan melalui salur pernafasan hidung & mulut…terasa nikmat kesihatan dari Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Setiap volume udara yang d sedut untuk bernafas sama skali tidak dikenakan bayaran dari Yang Maha Pencipta. Betapa bersifat Ar Rahman pada setiap mahkluk ciptaanNYA, Subahanallah.


Tilawah QURAN sbgi obat hati..tatkala di temani 2 ekor burung cute...

Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: “ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut.
Nyanyi skit.."tombo ati iku limo perkarane..."

Tatkala burung berkicauan bernyanyian, dikala angin salju menghembus lembut, dikala itu jgk aku ketemu lembaran surat cinta dari Yang Maha Bijaksana. Surah Al-Hajj ayat 24.

“Dan mereka diberi petunjuk kepada ucapan-ucapan yang baik dan diberi petunjuk (pula) kepada jalan (ALLAH) Yang Terpuji”

Lembaran Surat Cinta dari C Dia ^_^

“…ucapan-ucapan yang baik…” ---> statement yang menyentuh hati. Maka Monolog Hati bermula lagi…

“Mereka yang di maksudkan adalah orang2 yang beriman kepada ALLAH.

Aku mahu menjadi org yang beriman itu.

Bagaimana?

Sambil memerhati gelagat 2 ekor burung ciptaan ALLAH

Tiba2 Ter ‘ON’ Mentol di minda ku..ting !!!

Surah Fussilat : ayat 33

"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh dan berkata “sesungguhnya aku termasuk orang yang menyerah diri" ?


ALLAH bertanya pada ayat di atas…Siapakah?

Hatiku berbisik….”orang itu adalah daie

Daie yang bermaksud ‘penyeru

Aku mahu menjadi seorang daie yang menyeru

Yang mengajak orang kepada kebaikan & mencegah kemungkaran..

Sekali lagi…Bagaimana?

Aduh…terasa berat untuk melaksanakan nya..


Sekali lagi ku perhatikan ayat itu

Al-Hajj ayat 24.

“Dan mereka diberi petunjuk kepada ucapan-ucapan yang baik dan diberi petunjuk (pula) kepada jalan (ALLAH) Yang Terpuji”


Ku mulai senyum…

kerna bantuan ALLAH itu dekat sekali pada orang2 yang mahu beriman kepadaNYA =)))

Maka tiada khuatir pada diri ini

~ o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o ~





Di manakah Mujahidah ?

Kenapa perlu?


Kenapa perlu untuk memikirkan perkara yang tiada manfaat bagi diri,

Kenapa perlu merisaukan perihal yang remeh lagi mengundah sanubari,

Kenapa perlu memuaskan kehendak hati yang membawa rugi pada amal diri,


Jiwa memberontak menginginkan yang fatamorgana,

Akal merencana idea jahiliah yang mengopak iman d dada,

Anggota melaksanakan misi yang jelek lagi lagha,

Dan akhirnya…

Dirimu rugi kerna tiada Saham Pahala...

Jiwamu tidak tenang malah ia bergelora

Batin mu tersiksa mendambakan Sinar Iman menjelang tiba…


Kesilapan yang sama engkau ulang…ulang…dan ulangi,

Pada lubang yang sama engkau jatuh kembali,

Tidak kah kamu malu melanggari sunnah Nabi?


Wahai hati,

Setelah semua itu terjadi,

Tiada mungkin masa ‘reverse’ kembali,

Setelah semua itu terjadi....

Tiada mungkin kisahmu itu digelar ‘the good story’



Dimanakah tekadmu wahai serikandi,

Istiqomah mu hilang tidak diganti,

Biarlah amal baik itu sedikit…asalkan ianya tidak terhenti,

Yang dilihat tuhan adalah usahamu yang ikhlas dihati,

Niatmu itu kerna ingin mcapai RedaNYA, Ilahi.



Bangun dan bingkas berkerja wahai Mujahidah,

Usah di hiraukan beban yang bakal tiba,

Tetap berusaha menyambung kerja agama,

“Sungguh pada kesulitan ada kemudahan”

Itu lah yang termaktub pada lembaran kitab Al-Quran.

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

(1) Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?,
(2) Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu,
(3) yang memberatkan punggungmu?
(4) Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu.
 (5) Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,
(6) sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
(7) Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain,
(8) dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.

(Asy-Syarh : 1-8)



Ayoh Gerak…tunggu apa lagi dong q(^o^)p

Eksplorasi LI- 3 Hari Terakhir

Assalamualaikum… ^_^ --------> =’( Awatnya nie… tetibe jerk emohuhu ngak ada apa2an c… saja terkenangkan comparison antara post kali ni dgn post Explorasi hari ke-3-praktikal sblom nie. Post dlu psal LI nk start..post la ni plak pasal LI nk unstart (min dh nk pinish LI dah..)

Cek x sedih..tp cek terharu…huhu ape ke hei nyo ayat aku nie… x da la..saja nk story mori pasal pengalaman that I had gone through while doing my Internship at TM Malaysia Berhad    

     tada...WelCoMe 2 TM Net...

1st time lapor diri jumpa dengan sorg uncle nie. Kecik ja org dia. Muka baikkk je. Org kata sweet2 face la. Sedap mata memandang. Nie cita ni bukan la sbb sya nk ngorat uncle nie… tp nk bagi tau 1st expression make people judge someone characteristic (bak kata org putih (melayu kita putih pa)...”pandangan pertama turun kehati” ~bukan la terjatuh hati.. Cuma terjatuh fail ja on that moment~

By da way pak cik nie adalah SUPERVISOR saya ok… his name is Mr Haridas A/L Villanayer… Mr Haridas ni la org yang akan mengawasi tindak tanduk saya yg dh tumbuh nie (heiheihei~) n org yang akan evaluate 50% of the carry marks in this internship…ko jgn main2…

Di suasana pintu bilik opis yg terbuka….Toktoktok… “yes...coming” ….. ”erk…Morning sir….…r………. you…..… Mr Haridas?” da org speking sya pon speking la… “ya..ya..saya Haridas..masok masok... U student internship tu ka?” dh ckp melayu pula..”ya ya saya…mmm HR TM Center sruh saya lapor diri kat sni” aaa loghat melayu penang dh ter kluaq dh… “sila2 duduk” so saya pun tarik la krusi tu pelan2 n duduk sopan2 (dlm ati..”slamat la masa matrik dlu da blajaq dinamika kemahiran…so ilmu 2 d manfaatkan dlm masa nie ^_^ ”


Pas 2 kan……hmm… dialog dlm opis 2 pjg sangat…malas nk cita kat cni..x penting pon… juat nk g tau yg Mr Haridas memang sorg yang baik, & sorg bos yg prihatin terhadap kebajikan staf2 nya… TQ Mr.Haridas. You had taught me a lot of things, the knowledge that I have gained was not only covered in this work field but also in humanity aspects. TQ very much Mr Haridas.

Hmmm… memang betul la cakap abah saya “1st expression make people judge someone characteristic, the way you speak, the way you dress, the way you walk..people are watching you..bila kita tunjuk akhlak yg baik pada org maka org pun akan sayang pd kita” masih terniang2 lagi kata2 abah tu.. mmg btol pun Islam menuntut supaya kita berakhlak baik..kan2..

Teingat plak firman ALLAH S.W.T dlm surah As-Fussilat, ayat 34 yang bermaksud:

Dan tidaklah sama perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat.

Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik;

apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu,

dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.

[al-Fussilat 41:34]

~ o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o ~

Td story psal bos..ni story psal sub2 bos.. mean staf2 nya... yg bakal menjadi bos...(ameen ^_^). 1st time masok opis ni org ni la yg saya kenal



aha ini kak nurol. Made in sarawak hehe asalnya. Kak nurol handle bhgn PM (Preventive Maintanance). So makkluk2 yg bernama Cabinet krone, MDF, APO, BMS, ALERT, NIS, n etc ni saya belajar dr kak nurol la... mechi na kak nurol.

ini masa kuar dgn kak nurol p PM..Earthing. reading must b in spect ok... < 5

ini roket apollo...haha bukan la ini APO (Australia post office).. tgok australia pon da buka cawangan pejabat pos d Malaysia. bangga wok..

ni plak MDF (Main distibution frame)

~ o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o ~

then I berkenalan dgn sorg mama vok nie... haha jgn mara naa... namanye kak nureen ^_^


Tgok 2 tgok 2...RAJIN... best tgok kak nureen wat keja..besemangat beb...kat opis saya duk sbelah kak nureen..had 2 yg sempt snap picture curi2 ni hihihi...ini kalu bos nmpk nie boleh up gaji nie...d(^_^)b kak nureen ni plak handle bab-bab/chapter Maintenance cooper cabinet mcm REHAB, KEMAS, n etc. Snaq na da lg kejanya 2 tp x tau nk sebut... susoh bebeno



 

Ini En Fauzee bersama WUF 4202 (keta nie join karnival sukan TM tau). kdg2 g site dgn En Fauzee n kak nureen naik keta nie la.. skop keja En Fauzee sma jgk mcm kak nureen. Diaorg ni dlm 1 team under SMC. Stiap kali g site En Fauzee msti belanja (bukan slalu tp kerap jgk la). Yo la ponat tau keja kat site nie..nk kena kerah tenaga n idea solusi bila da problem occur d site 2. So one of the way 2 release it adalah dgn ‘kita minum dlu’ hehe time nie la En Fauzee akan blanja. ^^ Sambil2 tu En Fauzee akan discuss dgn pekeja len psal grak kerja kat site 2... n time2 tu jgk la ada sorg budak behingus nie cuba wat2 pham apa yg depa bincangkan. Huhu ayat susah nk tangkap la.. tp budak 2 cuba memahamkan informasi yg d sampikan..hee~

~ o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o ~

Aha adik ni...huhu adik kew..haha ini la kak Fia ~ lembut je orgnya, murah dgn senyuman. kak fia ni handle part User Acceptance Test. Saya x tau nk cita sal User Acceptance Test nie…sbb x sompat nk join club team nie. haa..Kak fia 1 team dgn Mr Durai…


 Haa ini Mr Durai..saya tngkp gmbr ni senyap2 tp dia prasan la..huhu how eva muka Mr Durai steady jerk… chaya la Mr Durai… (mr durai yg bediri2 tau..yg muka sparuh 2 mamat len haha jgn mara naa)…saya ingat lg 1st time msok opis TM, Mr Durai bw roti canai kasi 1 opis mkn..perh~ budak LI yg bru msok 2 pon join skali..malu2 tp mahu ngeee~ mekasih ya Mr Durai..ntah la Mr Durai baca blog nie ke x..tp nk ucap jgk mekasih…

~ o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o ~


Ini plak 2 org hero. Sorg superman, sorg lg ultramen… sngt sibuk dgn misi menyelamatkan manusia…(sbb 2 susoh nk jump n tgkp gambaq depa ni…tgok 2 cbuk memikirkn masalah rakyat @ pelangan TM) hehe. O ya.. 2 org ni 1 team dgn kak nurol…handle PM (preventive maintenance). Yg kiri 2 nama nya Mr Mail (bukan surat tau…eja BM), yg kanan 2 nama nya Mr Faliq (dlm byk2 nama d opis ni nama faliq la yg saya slalu lupa… x tau sbb pa..penah skali 2 ada calling cari Faliq, yg angkat fon 2 saya…org yg called 2 tnya ”helo Faliq ada?”…saya jwb ”erk maaf encik, kat sni x dak nama faliq”… dialog terhenti skejap pas 2 bru saya ckp “oooo Mr Faliq na…dia kluaq p site..skg x dak kat opis”… pas 2 org tu pun senyap ja..ble2 kot..pas 2 bru dgr dia gelak…huahuahua malu guei d buatnya…. Punya la nk story kan… huhu sory na Mr Faliq…

~ o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o ~

Antara MeMoRy BeSt d(^_^)b
***note: pic masa keja x da.. sbb dh slalu dok hadap 4 siapkan report LI, so pic len la plak msok entri kali nie =P









=> tgok smua gmbr makan ja kan...ALHAMDULILLAH...rezeki e2 datangnya dari ALLAH...ini blom campur lg dgn yg En Fauzee blanja....x campur sbb x smpt nk snap pic..dpn mata da mkn trus pederas laju..2 dia anak sapa nie..ish3....

"hik eleh...e2 la namanya budak manja yang berhingus... x berdiri+kari langsung... dh LI pon masih nk d belanja lg...ceh~"... 

"uik..e2 la namanya rejeki...sbila kuar site saya ok ja..dh d offer...rezeki jgn di tolak (ish x malu btol budak nie~). tp kan... stiap kali d belanja kan...saya kan... hanya mampu mendoakan moga org belanja tu d rahmati ALLAH & d murahkan rezekinya..ameen..mudah2an amal itu berterusan krn ALLAH ^_^

Trima ksh Smua.... ALLAH ja la yg boleh balas jasa baik kalian.

~ o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o`o ~

ini pic hari2 terakhir LI


Selamat tinggal tempat kerja ku..sobsob...

perh...x dak keja la 2...

Detik2 minit mesyuarat terakhir...sedih beno..


sblom kuar...sompat lagi tgkp pic gate entrance TM Gelugor...
 emo btol..
Tetiba nampk "En Guard" sedang membetol betolkan Bendera Malaysia. Fulamak wa tabik sama ini Official Security. Tima ksh byk2 na encik ^_^ 

haaa~ last pic b4 saya tamatkan LI. ni x cukop kolom nie kak nureen n Mr Durai x dak.
its ok x pa.... w/p tiada pd gambr tp ia ada d hati ^_^


Terima kasih kalian kerana menganjar saya
Terima kasih kerana x jemu berkongsi ilmu
Terima kasih kerana bersabar dengan kerenah saya
Terima kasih sebab slalu belanja saya
Terima Kasih kerana mengajar saya erti kehidupan & tanggungjawab berkerja
Terima kasih atas segalanya
Moga ALLAH melindungi & merahmati hidup kalian dunia-akhirat
Ameen...

\\(^_^)//

Indahnya KCB...



KCB…Ketika Cinta Betasbih..


Antonasi cerita yang menyentuh jiwa bagi insan yang bergelar Wanita.
Disebalik kronologi cerita yang mengisahkan percintaan dan kasih antara insan,
terselit moralisasi tersirat pada hati yang mencari Cinta Sejati.
Kisah cinta yang berlandaskan syariat Islam, itulah yang ingin kita teladani.
Hati mengetuk perasaan ‘aku ingin menjadi seperti anna althafunnisa,
tapi akal mengetuk fikiran, ‘adakah aku mampu menjadi sepertinya?’.
Logiknya pada akal menguji kemampuan diri, adakah aku mampu ?
Peristiwa cerita dipetik, persoalan terdetik,
maka yang mampu menjawabnya adalah jiwa yang jujur.
Jujurnya itu pada ketulusan hati sang punya diri,
Jujurnya itu kerana mengharapkan Mardhatillah dari Ilahi.
Usah memikirkan kisah kehidupan kita di dunia ini indah seperti cerita d TV.
Ilusi angan-angan itu belum pasti menjadi reality.
Soal pada diri apa yang mampu aku lakukan?,
dimanakah kedudukan aku skg d mata Tuhan?,
Mudah mudahan persoalan ini mampu mengerakkan kita untuk menjadi sorg wanita soleha seperti ‘anna althafunnisa, bah kan lebih dari itu…
ingin menjadi wanita soleha seprti Khadijah yang menjalin agung sebuah cinta,
ingin menjadi sezuhud Fatimah Az-Zahra yang akur tanpa jelak setiap perintah,
ingin menjadi seperti Aisyah Humaira yang mampu merungkai kejayaan dengan gedung ilmu,
ingin menjadi setabah Hajar yang mengendung puteranya yang masih merah d tanah gersang,
Ingin menjadi serikandi Islam seperti mereka ini,
Mudah mudahan niatnya kita ini kerana ALLAH, kerana inigin mencapai RedhaNYA.
InsyaALLAH epilog cerita di akhir kehidupan kita menjadi Indah.

amenn..

Wahai diri



Hari hari berlalu dengan pantas.

Aku SEDAR akan perjalanan masa itu.

Aku SEDAR akan detik2 saat,minit,jam yang berjalan.

Aku SEDAR akan lahirah perjalanan masa itu.

Tp sayangnya aku TIDAK SEDAR akan maknawiyah masa itu.

Aku TIDAK SEDAR akan nilai masa yang berlalu itu.

Suatu Nilai yang tidak mampu utk dbeli dgn wang RM, mahupun dollar us.

Bila aku tidak mampu… makna aku seorang yang miskin, miskin dari amal yg bermanfaat, miskin dari mendapat redha Ilahi..miskin..maka aku lah seorang yang papa kedana lagi rugi di sisi Ilahi.

Madrasah Ramadhan (Part 2)


Profile Picture sapa x tau..pinjam sat. 2 da real owner u dh publish kat tenet I ambk naa..TQ Langit Ilahi.com (tgok siap promot lg...)

Akhir yg lepas ‘wassalamualaikum’…skg n nk ‘Assalamualaikum warahmatullahi wa barokatuh’ (salam kasi pjg skit sbb nk dapt xtra pahala pagi2 nie ^_^ hehe jwb blik slam jgn x jwb…



Insyaallah ari ni jgk nk try post secara lum sum topic “madrasah Ramadhan” nie…hope sharing katibah ari 2 dpt d sharing bersama (erk~ayat lintang pukang lagi ..sowi)


As been promised, now I would like 2 continue da previous story mori…moh ler tite…lets stat wit….’In addition’ (ayat penyambung…) Kak Tijah da jgk story2 psal

Peristiwa2/ sejarah yg berlaku dlm bulan Ramadhan. Hmm antara yg sya ingat sprt berikut:

a) Perang Badar

b) Penurunan Al Quran

c) Malam lailatul Qadar

d) Kewafatan Saidina Ali R.A

e) Jap… x ingat dh…nk buka buku nota balik…. Haa ‘Fathul Mekah’

f) Pembebasan Al Quds oleh Salahuddin Al-Ayubi ^_^



Dalam setiap peristiwa d atas ni kak tijah x dak la cita detail stiap event d atas ni…huhu sedihkan… tp kan snaqnya kak tijah nk buka minda/otak kita yg ada Serebrum, Serebelum n Medula Oblongata tu… fikir APAKAH SEJARAH @ MEMORI YANG KITA DH CIPTA DLM BULAN RAMADHAN ?



Hmmm… soklan e2 membuatkan serebrum saya tersentak memikirkan perihal diri sndri yg x sedo dri ni… On that moment I’m wondering to myself… what I had done? Especially towards my Ad-Deen (Islam)… Am I contributing something useful in order to overspread the Syiar of Islam? (686 kes Permohonan tukar status agama oleh orang Islam…) What about my responsibility toward others Muslim brothers? (Palestin…Al Quds is booming !!!) Am I fulfilling their needs? (At least BOIKOT barang Israel Laknatullah..) What about my righteousness? (solah, puasa, sedekah…riak x?) It is accepted by ALLAH? All this questions cross in my mind n I;m asking myself… WHAT I HAD DONE !



What about yourself guys?


(monolog dgn diri sendiri kadang2 e2 penting sbb masa 2 kita berlaku jujur dgn diri sendiri…are we hipokrit?) sori kalu taib an saya ini melampau…


Di sini kita mencari apakah peristiwa yg boleh kita cipta dlm bulan Ramadhan ni? Waktu Ramadhan syaitan di ikat, pintu syurga di buka luas, pintu nereka ditutup, Rahmah ALLAH tersebar luas untk umat Muhammad (Selawat….” Sallallahu Alaihi Wasallam” ). Waktu ini lah kita berpeluang utk "Cipta sejarah"… waktu ni la kita nk anjak paradigma diri & iman kita pada tahap yang lebih baik dari sebelum ni… dan kita nk amal & iman kita bertambah tambah baik lg selepas ni…kalu dlu cukop punya susoh nk bangun qiam…nah masa Ramadhan ni la kita training diri kita utk Qiam. Mula pelan2…pas sahor jgn tidoq trus…g la ambk wuduk wat solat sunat, baca quran, zikir ka… nk share skit...Dr Fadzilah Kamsah kata “org yg melakukan tabiat baru selama 30-40 hari berturut2 ..non-stop maka tabiat barunya itu akan sebati dgn dirinya” kalu dlu baloq liat nk bangun Qiam, na masa Ramadhan ni la kita nk sebatikan tabiat Qiam 2 dlm diri kita..syaitan tak dak…x leh goda2…so ambk la kesempatan nie latih diri kita wat kebaikan…kan2

(Tangan yg menaip nie lebih dekat dgn org yg menaip nie…makanya sedo diri la ye Budak BaIk 1410)

Continue lagi…lagi2…kak tijah da jgk msok line clear pasal “Murobbi” & “Daie” ni… (warning ampa jgn ingat nasi kandaq line clear naa)

haaa apa benda nie…lets go into the terms…da diffrent between ’Murobbi’ n “Daie”… hhaaa…pa pbezaan nya ??? ce teka..ce teka… Uik ni bukan teka teki contest owkehhuhu ok2..sowi !!!


Snaqnya Murobbi nie merujuk kpd “perdidik” , senang cita Murobbi = Pendidik la...

“Murobbi” -> dgn kata tunjangnya “robb”.. maka istilah nya bermaksud… “pendidik kpd Rabb”…yakni kita membawa/mendidik manusia kpd Rabb (iaitu ALLAH)….


Pada tangan yang lain..(kalu dlm BI nya On the other hand..)

“Daie” plak bermaksud…"Penyeru".. kata asalnya 'seru' (jgn nyanyi lagu Misha Omar ok...)

Aha…”Penyeru” ??? Abis 2,3,4,5,6 …kalu org tu men’yeru’ kita supaya wat kejahatan cam ne? ‘Daie’ jgk kew? “wAhAi kalian.. saya men'yeru'..UnDi lah saya sbgi Pemimpin anda…" kata lim guan eng (contoh2...ni saya ambk cth jerk!! ish) wal hal dia 2 org ehem2..yg x sepatutnya…nk kata dia ‘Daie’ jgk ka? Haha.. e2 namanya cari nahas doh…


Relax aaa.. wa blom abis cita lg beb...ni yg nk tambah lg ni… Dan yg paling penting “seru” nya itu pada yang Haq...(Haq = benar)… ya..Islam itu Haq… Haq nya Islam itu pada kebenaran.

Firman Allah yang bermaksud:

"Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi ALLAH S.W.T ialah Islam..."
(Surah Ali Imran: 19)

 
its mean semuanya mesti menuju kpd Islam….Islam = “peryerahan ; tunduk; patuh”


Islam itu bukan nya membawa mudharat/keburukan kpd diri kita apatah lagi memudharatkan kEsIhAtAn HATI kita INI…hehe takat “seru” je bahaya jgk 2…leh je kot nk sebut men’daie’ manusia cara2 utk mengorat…huhu…pelik beno..so interms 2 kena tepat la naaa..

~ sori la x pandai elaborate in details..hope u guys understand it..huhu just nk sharing apa yg otak n hati sya faham n e2 la yg I nk kongsikn dgn u2 all… ~


Alhamdulillah 2 la antara input yg guei dpt masa katibah ni… hope u guys had gain some input of it… sori kalu tekasar bahasa, tersalah eja, tersalah tatabahasa (had nie lagi la..ayat lintang pukang…haru biru + carca merba..sori ek). How eva  ALLAH adalah sebaik baik Penilai…Moga Amal kita di terima HendakNYA..Ameen


Sebarang komen n kutukan (yg berhikmah) amat diharapkan…leh la komen kat bawah nie. Saya budak bru belajaq so ampa2 smua tlong la na..skian Masih \(^_^)/


Wassalamualaikum…

There was an error in this gadget