Root Canal Treatment (RCT)

Tik tok tik tok, 2.00am, mata masih tidak dapat di lelapkan, terasa sanggat mengantuk, tapi dik kerna kesakitan gigi pada tahap maximum, maka tido lena x dpt dikecapi.

Fabi ayyi ala’i robbikuma tukadziban
“Maka nikmat Tuhanmu yang mana yang ingin kamu dustakan ?”
(Surah Ar Rahman)

Tersangat sakit, yela org kata 1st ranking sakit adalah sakit nak mati, 2nd ranking adalah sakit nak bersalin, 3rd ranking adalah sakit gigi. Memang sakit, otak ni bagai di talu2 dgn impuls dari reseptor sakit gigi. Berdenyut2 otak ni,

Teringgat petua dari nenek kpd sahabat saya, pernah berpesan, kalu sakit gigi baca Surah Al-Mulk ayat 23,



Maksudnya:
"Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur"

sambil di baca ayat ini, sambil di gosok2 pd bahagian yang sakit tu. Selama 2 tahun saya mengamalkan petua ini, ALHAMDULILLAH ianya sangat mujarab [dengan syarat YAKIN]

Masa kian berlalu..aceh wah..Sakitnya hilang bila al-Mulk ayat 23 ini di baca, tapi keadaan gigi dari bahagian dalam tampaknya macam x chat, dari luar kelihatan kesan2 hitam dari sisi gigi. Maka keputusan di ambil utk tidak menzalimi diri, dan dengan segera appointment dgn doktor gigi di aturkan.

Doktor kata, “Gigi awak elok lagi ni, tersusun cantik, masih kuat”. Mendengar kata2 doktor, maka gigiku yang ‘cantik’ itu mula kelihatan...apa lagi senyum lebar la (sambil mengangkat kedua-dua kening) ^^

Dipendekkan cita, doktor suggest wat Root Canal Treatment (RCT). Rawatan ni kena wat minor operation. Doktor kata Root Canal Treatment (RCT) ni kena wat 3x rawatan sama dgn 3x appointment dgn doktor gigi, snaqnya bergantung jgk pd keadaan gigi org tu... macam gigi saya ni dia ketegaq skit, sampai kena wat 4x rawatan ~.~  Doktor x dapat cari saraf gigi saya tu...saraf main sembunyi2 plak. Hehehe

Note*** Kos bagi Root Canal Treatment (RCT) dalam lingkungan RM300 - RM600 di klinik pergigian swasta bergantung kepada jenis gigi. Tapi bagi mereka yang bergelar student...gud news, based on my experience kos nya Cuma RM 1 bagi stiap servis rawatan, contoh; X-Ray = RM 1, Ubat Bius = RM 1 etc. [tp ini di poliklinik kerajaan la]

Herm..minggu pertama rawatan dimulakan.. 1st tretment kna wat X-Ray gigi sbb nk tgok keadaan dlm gigi 2. Geli hempedu bila tgok X-ray gigi ni.


Pehtu, doktor akan grill gigi kita smpi darah terpecik kluar...eh x lak air liur ja yg terpecik kluar sampai kena muka doktor. Slmat doktor pakai topeng ‘the mask’ =p. Sebenarnya tujuan grill ni adalah utk buat satu pembukaan krown ke dalam rongga pulpa tu.

Masa grill tu x ase sakit sbb doktor dah inject obat tahan sakit awal2. Tp kadang2 ada jgk rasa sakit. Mengaduh jgk masa tu, tp doktor kata “sabar ye” mungkn ubat tahan sakit tu x btol2 meresap masok keseluruh pelosok saraf gigiku ini...huhu mengalir jgk air mataku. Skali lg impuls sakit bertalu2 menyentak otak ini. Masa tu hanya mgingati ALLAH. ALLAH sayangi la aku, kerana

“Tidaklah orang Muslim ditimpa cubaan berupa sakit atau musibbah, melainkan Allah menggugurkan dosanya, sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya.”

(HR. Bukhari-Muslim)

Ini kira qoute motivasi yang sanggat mendekatkan diri saya pada ALLAH. ALLAH, I LOVE YOU ^_^

Selepas grill, process yg seterusnya adalah ‘cucuk jarum’ . terkejut jgk bila tgok berderet susunan jarum mcm jarum kat tudung tu.. hehe. Sebenarnya tujuan ‘jarum’ ni ialah utk menentukan panjang kanal-kanal akar gigi kita.

.
Hampir 1jam dalam bilik rawatan...part yang paling seksa yelah nga alif nga, nga alif nga, ngang mulut...bukan senang nak menganggakan mulut dlm jangka masa yang lama.... sampai satu masa doktor kata “awak rehat lah dulu” lepas tu doktor beredar, walhal jarum tu masih dlm gigi ni, mulut dh lenggoh2 dh ni, hehe tanpa berfikir pjg jarum2 tersebut d cabut dgn tangan sndiri. Bila doktor datang saya kata “Doktor, nah jarumnya, doktor suruh saya berehat tp jarum masih di gigi, mulut saya dh lenggoh, so saya cabot sndri la”, doktor kata “ops, sori saya terlupa nk keluarkan” Dalam hati ada taman...sabar ja la... [ini tips pada mereka yang mahu melakukan kanel root treatment- BERSABAR~].

Appoitment seterusnya, saraf  Pulpa yang dijangkiti tu dikeluarkan. Kemudian kanal-kanal dibersihkan dgn sabun Feb + klorox, and finally, gigi tersebut akan di tampal dengan simen bangunan untuk elak kuman dari masuk.

Begitulah episod My Root Canal Treatment ...to my lovely sis, slmat menempuh treatment ini, just be cool and have fun =p



No comments: