Kisah di sebalik 10 Muwasofat Tarbiyah.

 
sumber: kat tenet, mr Google ada..

10 Muwasofat Tarbiyah....merupakan ciri-ciri utama yg perlu ada dlm pembinaan individu Muslim yg sejati gitu. Alangkah indah n bahagia hidup manusia 2 kalu dia bisa memiliki semua 10 sifat ini. "10 Muwasofat tarbiyah" ni telah d senaraikan oleh As Syahid Imam Hassan Al- Banna. Snaqnya Hassan Al Banna bukan syok2 senaraikan 10 sifat ni, tp Beliau ambil dari AL-Quran (ini kan pedoman kita). so utk part 10 muwasofat ni Cuba buka Quran n tgok surah Al qasas: 14-28.

x nmpk pun statement "10 muwasofat tarbiyah", story Nabi Musa ada la...

hehe, memang la x dak qoute "10 Muwasofat Tarbiyah", <= qoute ni Imam Hassan Al Banna yg kasi. Snaq nya dari kisah Nabi Musa A.S ni kita boleh cungkil kluaq "10 Muwasofat Tarbiyah" yang telah di praktikan oleh Nabi Musa A.S.

Meh cni nk Sharing Story =)
Tapi Sebelum tu ampa baca la dlu crita Nabi Musa ni sampai habis. Surah Al Qasas: 14-28.

Dah Baca?
DaH~

Ok....Cerita ni start dengan scene Nabi Musa nampak dua orang tengah bergaduh. Sorang dari kaumnya iaitu Bani Israil, and sorang lagi kaum Firaun. Yang Bani Israil ni pun mintak tolong pd Nabi Musa, so Nabi Musa pun p lah defend. Nabi Musa telah mnumbuk orang Firaun tu. Err n akhirnya orang tu mati. Kuat betul Nabi Musa kan. Tapi pastu Nabi Musa A.S rasa menyesal n takut pd ALLAH, sebab dah buat salah kan ~.~  tp Nabi Musa A.S x duk saja, baginda memohon keampunan drp ALLAH; dalam ayat ke 16 tu.

Pehtu esoknya ada sorang lg mintak tolong and kali ni yang si musuh cakap, “Kau nak bunuh aku jugak ke cam kau bunuh orang semalam?” Macam provoke gitu.

And at the same time, datang  la sorang lelaki kpd Musa A.S and bagitau yang pembesar negeri sedang merancag utk membunuh Nabi Musa A.S. Lelaki ni nasihat supaya Nabi Musa A.S keluar dari kota tu.

Jadi, Nabi Musa pun keluarlah n merantau ke satu kota lain. Semasa Nabi Musa A.S sampai, Baginda nampak ada satu kumpulan pengembala tengah bagi minum binatang ternakan diorang. Masa 2 Nabi Musa A.S tgok d belakang kumpulan tu ada 2orang wanita memukul2 ternakan dorang. Jadi, Nabi Musa A.S pun tanya "kenapa pukul?". salah sorg dr mereka berkata nak bagi minum and nak cepat tapi ternakan dorang tu taknak. (Sori la ayat saya kebudakan skit...)

pehtu, Nabi Musa A.S pun tolonglah bagi minum ternakan tu. n then, 2 wanita tu pun balik umah n story kat ayah diaorg, tentang ptolongan Nabi Musa tu. Then ayah mereka mnyuruh supaya Nabi Musa A.S d jemput ke rumah mereka sebagai mghargai prtolongn yg telah d berikn. stengah riwayat mceritakan Ayah kpd 2 org wanita ni adalah Nabi Syuaib A.S

Masa berjump Nabi Syuaib A.S, Nabi Musa A.S pun cerita lah kisah yg telah dilaluinya. Pastu puteri Nabi Syuaib bercadang pd ayah mereka supaya mgambik Nabi Musa A.S sbagai pekerja. Dipendekkn story, setelah sekian masa, Nabi Syuaib pun nk kahwinkn Nabi Musa A.S dgn salah sorg puterinya, lalu berkata la Nabi Syuaib A.S, “aku sangat ingin untuk menikahkan kamu dengan salah seorang puteriku,dengan (mahar) dasar kamu bekerja denganku 8 tahun dan kalau kamu mahu cukupkan 10 tahun, itu terserah padamu.”

Nabi Musa pun bersetuju dengan syarat tersebut. Maka Nabi Musa pun dikahwinkan dengan salah seorang Puteri kpd Nabi Syuiab AS.

o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'

Okay sekarang kita tengok apa 10 ciri2 yang Hassan al-Banna cakap tadi.

JoM tengok satu2 and relate kan dengan cerita Nabi Musa tadi.

1) Akidah yang sejahtera.
Bila Nabi Musa dalam kesusahan Baginda yakin dengan pertolongan Allah. Boleh tengok ayat 21,22,24, yang mana Musa a.s berdoa dan mintak tolong dengan Allah. Baginda memang yakin hanya Allah yang boleh tolong. x dak benda len dh...

2) Ibadah yang sahih.
Ibadah ada banyak kan. Antaranya, sentiasa mengingati Allah, selalu bertaubat and beristighfar. Kita boleh tengok tadi, Nabi Musa A.S bertaubat lepas buat kesalahan; ayat 16, and Baginda memang selalu ingat Allah, apa2 pun akan refer pd Allah dulu.

 3) Akhlak yang mantap.
Ni senang kot hee. Nabi Musa a.s tolong 2 wanita tadi bagi minum ternakan dorang; ayat 24. Pastu masa puteri Nabi Syuaib suggest ambik Nabi Musa jadi pekerja, dia cakap ciri2 pekerja yang baik ialah orang yang boleh dipercayai; ayat 26.

 4) Luas pengetahuan.
Nabi Musa luas pengetahuan ditunjuk mula2 lagi dalam ayat 14. Allah terang2 cakap “Kami anugerahkan kepadanya hima dan pengetahuan”. And second point, mesti semua orang boleh nampak kan, masa Musa a.s tolong bagi minum ternakan tu; ayat 24. Kiranya Nabi Musa ada pgetahuan camane nak bagi ternakan minum, so dapatlah tolong 2 wanita tadi yang taktau cara nak bagi minum kan.

 5) Sihat tubuh badan.
Haa ni masa Nabi Musa tumbuk orang tu sampai mati; ayat 15. Memang kuat la kan tumbukan Nabi Musa. Pastu ayat 26, yang anak Nabi Syuaib kata pekerja ini ialah orang yang kuat.

6) Mampu berdikari.
Walaupun berada di tempat baru, Nabi Musa dapat adapt dengan suasana baru, orang baru and boleh survive dgn sendiri n then tolong anak Nabi Syuaib a.s smpi dpt keja plak 2. Ni dalam ayat 22 sampai 28.

 7) Melawan nafsu.
Dalam ayat 19, orang tu cam provoke Nabi Musa kan. Kalau dia tak tahan nafsu marah dia, and ada rasa pantang dicabar mesti tumbuk jugak untuk kali kedua kan. Tapi Baginda tahan nafsu amarah and menjauhkan diri.

8) Sangat menjaga masa.
Ni pulak dalam ayat 28, bila Nabi Musa agree untuk sempurnakan kerja dalam tempoh masa yang Nabi Syuaib dah tetapkan; 8 hingga 10 tahun.

9) Tersusun urusannya.
 Masa lelaki baik suruh dia tinggalkan kota tu, Nabi Musa ambik tindakan untuk tinggalkan dan dia ada destinasi; kota Madyan; ayat 21, 22. And masa kat kota Madyan tu pun dia ambik langkah untuk terus masuk dalam masyarkat kat situ kan dengan mendekati kumpulan ternak td; ayat 23. And last2 dia dapat kerja dan kahwin jgk ^_^.

10) Bermanfaat pada orang lain.
Okay ni, masa Nabi Musa tolong orang yang bergaduh tu, kira selamatkan; ayat 15. Pastu of course masa tolong bagi minum ternakan; ayat 24, dan last point masa dia diambil jadi pekerja Nabi Syuaib; ayat 27. Kiranya Musa a.s datang ke kota Madyan tu takde lah semata2 datang pastu tak buat apa2. kan2...

o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'

hurm...Hope kalian dapt la faham crita ni, w/p ayat tonggang terbalik sori na. yg baik kita ambik, yg x baik kita ehem2..tegur la scara hikmah^^. so "10 Muwasofat tarbiyah " x dak la saja2 direka oleh Imam Hassan Al Banna, tp sebaliknya d ambil ibrahnya dari Al Quran. apa2 pun kembali pda Al Quran.

wallahualam

“Sesungguhnya al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (Islam) dan memberikan berita yang menggembirakan kepada orang yang beriman, mengerjakan amal soleh, bahawa mereka akan beroleh pahala besar.”
(Al-Isra’: 9)

5 comments:

Nisa said...

Terima kasih atas perkongsian!!! :D

ciksoleha. said...

Alhamdulillah...
syukran jazilan!!!!!!!!!!!!
akhirnya jumpa ini benda...
tq for helping me in complete my work:)

shaff said...

Terima kasih untuk perkongsian yang santai ni!
May Allah always bless you :)

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

salam nak tanya, tahu kisah 10 muwasofat tarbiyah ni dalam surah al-qasas tu kan.. kisah pasal ni ada kat dalam mana-mana kitab tak.. atau dalam mana-mana kajian ke.. sebab saya tengah cari rujukan kajian saya pasal 10 Muwasofat tarbiyah ni