Nota Si Puteri Untuk Abah Tercinta


Hari ini terbuka hati ini untuk mencoret kisah seorang insan disayangi yang bergelar 'abah'.

Ya, kami anak2 memanggil insan istimewa ini dgn gelaran ‘abah’. Sewaktu kecil dahulu, apabila aku kesedihan atau jatuh kesakitan pasti aku akan meraung2 nama ini ‘abah…’

Dan panggilan ini akan ku ulangi sehinggalah aku tertidur atau setelah aku mendapat pujukan dari abah.

Sewaktu kecil dulu pernah pak cik ku bertanya ’'cek anak mak ka anak abah?'’

Sambil tersenyum aku menjawab ‘anak abah la...’ ^_^  

Ini tidak bermaksud yang aku ini bukan anak mak. Mana mungkin aku mengetepikan mak...seorang insan berjiwa kental, melahirkan dan mendidik diriku… walau bagaimana pun mak tetap ratu hatiku dan abah wira di jiwaku

Waktu dulu aku suka mengaku sebagai ‘anak abah’ (compare to ‘anak mak’) 

Sebab?

Sebab waktu kecil dulu abah selalu belikan ais krim ^_^
Mak pula jarang belikan. Kiranya umpan abah utk pikat hati puterinya lebih mengena berbanding mak.

Dan masihku ingat lagi, setiap kali abah pulang dari kerja, kakinya melangkah masuk ke pintu rumah, waktu itu pasti aku akan berlari kearah abah dan berpaut pada kakinya.

Suka.. sebab abah tinggi orangnya. Best kalu bergayut kat kaki abah tu. Rasa macam panjat bangunan tinggi. Hehe ini felling waktu kecil dulu la…sekarang anak dah nak sama tinggi dengan abah..

Abah pernah berkhidmat sebagai seorang Askar Wataniah Melayu satu ketika dulu.

Abah suka berkongsi pengalaman-pengalamannya bersamaku… sronok… smuanya penuh dengan peraturan dan disiplin.

So tak heran la kalu abah juga mahukan anak-anak nya turut berDISIPLIN dalam kehidupan…

Pelbagai pengalaman sewaktu kecilku bersama abah...

Detik berganti detik,
Hari berganti hari,
Bulan berganti bulan dan tahun pun silih berganti.

Akhirnya puteri abah ini kian mendewasa.

Tidak kurang emosi di alam belia kian memberontak. Macam-macam kerenah… dik kerana kasih sayang yang tidak berbelah bahagi, abah 'maintain' sabar dengan puterinya ini…

Banyak kali hati abah dilukai…
Banyak kali jugak diri abah di bebani…
TAPI abah tidak pernah merungut di depan kami…

Pernah aku bercakap kasar pada abah waktu ketika dulu…TAPI abah hanya beristiqfar…
Ya hanya kalimah istiqfar bermain di bibirnya…

Abah tidak memarahi aku pun…
Sabarnya abah melayani kerenah anaknya ini…
Sabarnya abah berkerja keras demi membesarkan anaknya ini…
Sabarnya abah memenuhi keperluan anaknya ini…
Semuanya penuh dengan kesabaran dan ketabahan….
Itu lah yang aku saksikan…

Abah pernah byk kali terlibat dlm kemalangan semasa berkerja… Paling tidak dapat dilupakan abah pernah jatuh dari tempat tinggi sewaktu bekerja.

Mak cerita... waktu abah sampai di hospital muka abah penuh dengan darah, ada jugak tulang di muka abah patah.

Waktu kami adik beradik sampai di hospital, abah mulai sedar,
Bila abah tengok kami; abah paling mukanya kesudut lain…
Dari sisi aku tampak air mata abah mengalir….
Tidak dapat menahan sebak ketika itu...
Aku dapat rasa kan yang abah menangis mungkin kerana khuatir tidak dapat berkerja lagi..
Mungkin abah risau jika abah tidak mampu menjaga kami lagi…
Terlalu banyak pergorbanan abah untuk kami…
Moga ALLAH merahmati hidup abah..ameen…

Walau pun hari ini bukanlah hari lahir abah,
Walau pun hari ini bukan hari bapa,
Walaupun hari ini cuma lah hari yang biasa,
Namun hatiku bisa tersentak,
Menyesali akan perbuatan diri yang pernah menguris hati abah.
Tidak terbayang fikiran jika abah sudah tiada lagi d dunia ini.

Mana tempat pergantungan kami,
Sedangkan abah adalah pencari rezeki,

Mana tempat untuk kami berkongsi 'story'…
Sedangkan abah adalah pendengar setia coleteh kami,

Mana tempat untuk mencari ilmu duniawi dan ukhrowi...
Sedangkan abah adalah sebahagian 'library' kami…

Abah I want to said I LOVE you very much…I did mention it in daily call and message. But yet, its does not illustrate how much I care and love you... I know I need to prove it. All I can do right now is struggling in my field studies…that’s you want...and I will fulfill it… may ALLAH Bless you in duniawi and ukhrowi…ameen


Lagu ini pernah aku mainkan di laptop...abah mendengarnya waktu itu... abah kata "Lagu ini abah tujukan untuk Puteri abah..."



2 comments:

::NureeN:: said...

muka aini ikut muka abah ;)

BuDaK BaiK said...

mesti la...aini kan anak abah... ^_^