Don't Give Up Blogger...




Assalamualaikum....

Tak tahu nak tulis apa tapi nak sampaikan informasi ni juga.... (Jadilah ada information, daripada tak dak langsung)

Ada seorang pak cik ni, namanya pak cik Maxwell Maltz. Beliau seorang pakar psikologi.

FuYoO....

Dalam artikel yang ditulisnya, beliau ada menyatakan bahawa

"Mengubah fisik seseorang berarti mengubah hampir keseluruhan orang itu-kepribadiannya maupun perilakunya, bahkan ia seringkali juga mengubah bakat dan percakapan seseorang. Berpikir positif hanya akan terhasil ketika ia selaras dengan perlakuan diri seseorang. Pengalaman tertentu akan memberi citra perlakuan diri pada orang tersebut"

Eh ! Pak cik Maxwell pandai cakap melayu rupanya...

owh 'sorry me' eh! :p that was the translation.
English -> Malay !!! Sekian terima kasih

Makanya budakbaik1410..ehem..ehem... menulislah sekerap mungkin dan buktikan apa yang terjadi melalui perlakuan yang positif. Yang negatif kita elak dan jadikan tauladan d(^_^)b

Erk...Tapi kadang-kadang rasa malas oOoo nak menulis; Huruf-huruf nie selalu 'berlari-lari' , tak duk senyap, tak larat eden nak kejo :p

hurm...Jika seseorang itu dipaksa secara fizikal untuk menulis setiap hari, maka kondisi yang berulang ini lama-kelamaan akan menjadi kebiasaan dan ianya akan 'tertanam' pada minda separa sedara kita (omputih cakap 'under unconscious mind').

oOoOo...

Perkara yang berulang-ulang akan menjadi kebiasaan kita. Sama lah macam makan & minum; bila cukup time ja perut kita akan kruk...kraq...kruk...kraq bunyi kompang yang menandakan kita lapar dan itu tandanya kita perlu kepada makan & minum. Nah..macam tu juga lah dengan ber-bloging ni d(^_^)b

Teringinnya nak rasa lapar ber-bloging. keh....

InsyaALLAH... Moga Terus Istiqomah...Ameen

 

No comments: