HapPy NeW YeaR...Yeppy !!!
Hugh? New Year lambat lagi kot...
Hello. Eh silap, Assalamua’laikum, Kita orang islam.
Sambut New Year tanggal 1 Muharram
Hairan kan, masyarakat kita zaman sekarang lebih exicited sambut new year ikut kalendar barat (masehi) berbanding ‘new year’ ikut kalendar islam (hijri)
Kenapakah ini berlakuu? Porkei? Q? Y?
Hampa tak bangga ka dengan islam?
Maaf, sedih melihat orang islam kita yang terkinja-kinja menyambut New Year di Dataran Merdeka tu, Dah merdeka sanggat la tu. Nie aku nak emo ni...arghh
kredit
Awat ? Salah ka kami sambut New Year ikut kalender barat?
Dok... Tak salah aih... Yang salah nya cuma:
Aurat badan tak dijaga,
Percampuran lelaki perempuan tak tentu hala,
Maksiat sana sini ikut suka,
Dari perut kempis dah mengandung pula,
Cukup bulan bayi dibuang merata,
Dah tak dapat bezakan dosa pahala?
Statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) merekodkan kelahiran anak luar nikah dikalangan Melayu Islam;
tahun 2007 = 16,100 kelahiran anak luar nikah;
tahun 2008 = 16,541 anak luar nikah
tahun 2009 = 17,303 anak luar nikah
tahun 2010 = 17,490 anak luar nikah
ini kalu plot graf memang dapat graf ‘direct proportion’ trend !!!
Dalam 5 tahun (2006-2010) total kelahiran anak luar nikah (melayu islam sahaja) ialah 80,979.
Ini yang berDAFTAR !
Yang TAK BERDAFTAR lagi. Hampa rasa berapa banyak? (haa sila geleng kepala)
Apa salahnya kita celebrate new year dengan cara islam. yang lebih syarie. Islam itu TIDAK JUMUT. Islam itu BUKAN nya KETINGGALAN ZAMAN.
Islam itu SYUMUL (sempurna menyeluruh)
Bukti?
Ni haa!!
Sapa kata dalam Islam kita tidak boleh berhibur? Habaq mai sini (tu dia, penang pekat dah keluaq :p)
Secara fitrahnya manusia memang sukakan hiburan, Tak percaya? Cuba buka lagu hindustan 'mujhse dosti karoge' depan tok siak. Tengok dia goyang kepala sikit-sikit tak? Tak pun tengok jari-jemari dia, ada goyang-goyang sikit tak? haha try test tengok
Kalau kita imbau balik peristiwa hijrah, masa Rasulullah S.A.W & Abu Bakar sampai di Madinah, baginda SAW disambut meriah oleh penduduk Madinah dengan nyanyian, paluan gendang serta bertepuk tangan.
Rasulullah S.A.W tak marah dan biarkan saja. Rasulullah S.A.W bersabda kepada Abu Bakar yang bermaksud :
“Biarkan mereka wahai Abu Bakar, sehingga orang yahudi ketahui bahawa agama kita (Islam) itu lapang / luas (meraikan fitrah)”
[ Tafsir Al-Qurtubi. Lihat kitab Al-Bayan Lima Yashghulu Al-Azhan,oleh Syeikh Ali Jumaah, Mufti Mesir m/s 355]
Ada lagi satu kisah;
Saidatina Aisyah RA meriwayatkan bahawa ketika beliau mengiringi seorang wanita Ansar ke rumah suaminya (majlis menyambut tetamu), lalu baginda SAW bersabda kepadanya :
“Wahai Aisyah, tidak adakah bersama-sama kamu akan hiburan? Sesungguhnya kaum Ansar mereka teruja / suka akan hiburan.”
[Sahih Bukhari, jilid ke-5, cetakan Dar Ibnu Kathir. Lihat kitab Al-Bayan Lima Yashghulu Al-Azhan,oleh Syeikh Ali Jumaah, Mufti Mesir m/s 350]
Dalam kisah ini, Rasulullah SAW tak halang hiburan yang disukai oleh kaum Ansar dalam majlis perkahwinan mereka selagimana ia tidak bertentangan dengan syara’.
Haaaa, sebarang perkara yang tidak bertentangan dengan syara’ dan tidak dihukumkan haram maka hukumnya adalah harus.
Tapi HARUS INGAT !!! ehem-ehem, Ada etika-etika yang harus dipatuhi dalam berhibur, antaranya:
1) Dari sudut jenaka atau lawak, pastikan tidak menipu dan menghina atau menjatuhkan maruah seseorang serta tidak melampau sehingga terlalu banyak gelak.
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.”
(Al-Hujurat :11)
Nabi SAW bersabda :
“Celakalah bagi mereka yang berkata kemudian menipu untuk menggelakkan sesuatu kaum (menghina), celakalah baginya, celakalah baginya.”
[Ahmad no 20073 dan Ad-Darimi no 2707]

2) Tidak mengandungi unsur perjudian dan sebagainya yang diharamkan dalam konteks kewangan Islam
“Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.”
(Al-Maidah:90)
3) Tidak lalai sehingga mengabaikan kewajipan seperti solat fardhu dan sebagainya.
“Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam keadaan yang rugi. Melainkan mereka yang beriman, beramal soleh, dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.”
(Surah Al-Asr)
4) Tidak mendatangkan mudharat samada mencederakan diri sendiri atau mencederakan pihak lain.

“Janganlah kamu membunuh diri kamu sendiri, sesungguhnya Allah maka pengasihi dengan kamu (hamba-hamba-Nya).”
(An-Nisa’ : 29)
5) Tidak mendedahkan aurat, berlaku percampuran yang terlarang / pergaulan bebas serta fitnah dari sudut syahwat yang menjurus ke arah zina
“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.(30) Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka”
(An-Nur pada :30-31)
“Janganlah (haram) kamu menghampiri zina, sesungguhnya ia perbuatan yang keji dan seburuk-buruk jalan."
(Al-Isra’ :32)
Haaa Islam tu Baguih kan. Ia menyokong fitrah manusia dan pada masa yang sama Ia melindungi kita d(^_^)b
Makanya...
Pihak berkuasa;
perlulah mengambil bahagian dalam isu ini, supaya golongan muda-mudi, tua-tui (:p) ini tidak terjebak dalam gejala sosial yang negatif ini.
Badan-badan NGO;
seperti IKRAM Malaysia, MAPIM, ABIM, ISMA, etc harus mengandakan usaha dan bersatu-padu dalam mengadakan aktiviti-aktiviti islami untuk golongan belia-remaja kita. Terutamanya dalam perayaan besar dalam kalender Islam seperti Maal Hijrah, Maulidur Rasul, etc.
Para Penjual, Penjaja;
(sales pakaian, makanan, aksesori, etc) anda adalah antara penyumbang terbesar yang menarik minat masyarakat kita untuk menghadari sesuatu program. Utamakan jualan dalam event-event yang islamik. Jihad ekonomi Islam perlu di sini.
Masyarakat Islam;
TOLONG ambik port dalam menghadiri majlis-majlis Islamik atau hiburan-hiburan Islamik yang mendidik jiwa. TIDAK RUGI...I tell you... Kebaikan di dunia dapat, kebahagian di akhirat pun hampa dapat d(^_^)b
Baby kat atas ni lahir pada 1 Muharram 1410H-Hari Jumaat.
Moga kehidupannya di redhai ALLAH & terus bersemangat untuk berhijrah kearah yang lebih baik. Ameen
Moga kehidupannya di redhai ALLAH & terus bersemangat untuk berhijrah kearah yang lebih baik. Ameen
Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga).”
(Surah Ali Imran:14)
No comments:
Post a Comment