Seandainya dia tahu bahawa hati ini dahagakan Cinta ALLAH & RasulNYA,
Maka pasti dia bertekad untuk memelihara hatinya dari cinta duniawi.
Seandainya dia tahu bahawa hati ini ingin dipelihara dari noda duniawi,
Maka pasti dia bersiap sedia dengan benteng Ilmu yang menguatkan iman rohani.
Seandainya dia yakin bahawa pertemuan jodoh, ajal maut & takdir diri di tangan Ilahi,
Maka pasti dia berusaha sebaiknya lantas berserah diri pada ketentuan Ilahi.
Seandainya dia tahu...
Seandainya dia tahu...
Seandainya dia tahu...
Maafkan ana kerana tidak bisa berterus terang lagi,
Maafkan ana kerana tidak bisa memberi kata kepastian,
Maafkan ana kerana tidak bisa berbahasa mesra,
Maafkan ana kerana ingin menjaga iman di hati,
Maafkan ana kerana ingin mengutamakan Cinta pada Ilahi,
Maafkan ana kerana ingin mengutamakan juga Cinta pada Nabi,
Maafkan ana kerana harus mendahului tanggungjawab pada dakwah & famili.
Hanya mampu berdoa pada Ilahi,
Moga ALLAH menentukan yang sebaiknya untuk diri ini.
Ameen...
Seawal usia 20an Muhammad Al Fateh berjaya menawan Kota Konstantinopel...
Seawal usia 20an kita berjaya menawan apa ???
MOGA ALLAH SENTIASA BERSAMA KITA....
By : BudakBaik1410.blogspot.com
No comments:
Post a Comment