Ketahuilah Wahai Sahabat



Ketahuilah wahai sahabat ku,

Bahawa aku tidak lagi seperti zaman silamku,

Bahawa aku tidak ingin kembali ke zaman silam itu,

Kerana zaman silam itu adalah kehidupan yang pahit bagi ku,

Kerana pada zaman silam itu, aku adalah insan yang sangat malang dari meraih Redha Ilahi,

Kerana dari zaman silam itu, aku bertekad ingin menjadi insan yang bergelar 'Ibadurrahman'
(yakni Hamba kepada ALLAH yang Maha Penyayang)



Ketahuilah wahai sahabatku,

Seadainya dewasa ini aku tersasar lagi dari jalan yang lurus ini,

Maka tuntuni diriku untuk kembali ke jalan yang benar.



Ketahuilah wahai sahabatku,

Seandainya aku lemah dan tidak mengetahui Ilmu serta KalamNYA,

Maka ajarilah aku menyusuri lautan IlmuNYA.



Ketahuilah wahai sahabatku,

Seandainya dewasa ini aku kecewa dan berputus asa dari Rahmat Ilahi,

Maka ingatkan lah aku akan nikmatNYA yang tidak pernah bertepi.



Ketahuilah wahai sahabatku,

Seandainya dewasa ini mengulangi mehna buruk silamku,

Maka tunjukkanlah nilai Qudwah Hasanah didepan ku.



Ketahuilah wahai sahabatku,

Aku sangat memerlukan bantuanmu.



Ketahuilah wahai sahabatku,

Aku sangat memerlukan tunjuk ajar yang Haq darimu.



Ketahuilah wahai sahabatku,

Aku sangat memerlukan DOA darimu.



Ketahuilah wahai sahabat,

Rasulullah S.A.W pernah ditanya:

"Ya Rasulullah! Teman duduk-duduk kami yang manakah paling baik?"

Sabda Rasulullah S.A.W:

"Dia ialah orang yang mengingatkan kamu kepada Allah (apabila kamu) melihatnya dan bertambah ilmu kamu (apabila mendengar) bicaranya dan mengingatkan kamu kepada Allah (apabila melihat) amalannya."

Dan Ketahuilah Wahai Sahabat ku...
Aku Sangat Menyayangi kamu...
Semoga ALLAH S.W.T sentiasa Merahmati kehidupan kamu di dunia & akhirat
Ameen Ya Rabb...


“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya”
(H.R Al-Hakim)


By BudakBaik1410.blogspot.com

No comments: