Fabi'ayyi 'Ālā'i Rabbikumā Tukadhdhibān,



Fabi'ayyi 'Ālā'i Rabbikumā Tukadhdhibān,

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan "

Banyak nikmat yang ALLAH kurnia kan kepada kita...

Tapi sejauh manakah hati ini bersyukur?

Sejauh mana diri ini mampu membuktikan kesyukuran terhadap NikmatNYA?

Sejauh mana diri ini mampu Istiqomah dalam melaksanakan SuruhanNYA & Meninggalkan LaranganNYA?

"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya tidak dapat menghitungnya. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang."
  
(Surah an-Nahl, ayat 18)

"Jika kamu bersyukur maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu engkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih."

(Surah Ibrahim, ayat 7)

Lumrahnya, seseorang manusia itu hanya akan menyedari nikmat yang dikurniakan Allah kepadanya apabila nikmat itu hilang atau terlepas daripadanya.

Apalah guna nya harta kekayaan, anak yang comel, pasangan yang bahagia, pangkat dan status kedudukan jika semua ini membuatkan seseorang itu berada dalam keadaan Istidraj, iaitu suatu kedudukan yang menyebabkan dia tidak diredhai ALLAH, semua nikmat itu menyebabkan dia bertambah jauh dan jauh dan jauh dari ALLAH S.W.T.

Nauzubillah hi minzalik
(Kami berlindung dengan Allah daripada perkara buruk itu dari menimpa kami).

Rasullulah S.A.W Bersabda :

”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat(durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.”

(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Oleh itu peliharalah setiap nikmat diperolehi. Bersyukur dan berterima kasihlah kepada Allah Yang Maha Kuasa supaya nikmat itu akan terus dikekalkan-Nya. TERUTAMANYA NIKMAT IMAN & ISLAM

Tanda seseorang itu bersyukur ialah apabila gembira wujudnya nikmat pada dirinya, yang melorongkan jalan untuk beramal ibadat dan mendekatkan diri kepada ALLAH.

"Syukurlah terhadap nikmat Allah jika kamu sungguh-sungguh menyembah kepada Nya."

(Surah an-Nahl, ayat 144)

Mudah-mudahan dengan berbuat demikian, maka nikmat itu akan kekal berterusan bersama kita dan hidup kita pula akan mendapat keredaan Allah baik di dunia atau akhirat
AMEEN...

No comments: