Hughh.. dh lama saya tak update blog. Maaf la, hari hari sebelum ni saya menghidapi penyakit
M.U.B (Malas Update Blog) ~.~
InsyaALLAH sedang berusaha untuk meningkatkan saham akhirat melalui penulisan blog ni. InsyaALLAH mohon doakan saya moga trus istiqomah.
Apa sudah jadi ???
Sebenarnya ini crita sem lepas, bru sekarang nak post, kiranya post tertunggak la ni.
Masa awal sem lepas, saya ada program Daurah mengenai ‘Antara Dakwah & Risalah’ (haaa...anda pilih yang mana? Jeng..jeng..jeng...)
Masa on the way nak ke tempat program, tiba-tiba kereta saya berhenti... sebab... trafik light merah ^_^ “Merah Tanda Berhenti” (iklan sat).
Then bila lampu hijau keta nak jalan, tapi handbrake kereta tak dapat diturunkan... Jem !!!
Almaklum la kereta klasik since 1997... sudah melalui 3rd hand. However... Alhamdulillah thummaAlhamdulillah kerana ALLAH S.W.T masih mengurniakan rezeki yang tak di sangka-sangka....”sebuah kereta Daie’ tadaa ^_^
Masa handbrake keta jem adalah seorang pak cik yang berkopiah, masa tu keretanya berada di belakang kereta saya , diketuknya cermin kete saya
‘tok..tok’
“kenapa tak jalan ni nak? Ada masalah ke?”
“Aha pak cik, tetiba handbrake jem...”
(Kun Fayakun, jika ALLAH kata ‘jadi’ maka jadilah)
“mari sini pak cik cuba turunkan.”
Prok...prak...prok...prak (bunyi org tgh turunkan handbrake)
“boleh ke pak cik?”
“Tak boleh nie. Handbrake dah jem ni”
Tetiba ada lah sorang brother yang keretanya belakang kerata pak cik ini
“Kenapa ni dik? Kereta rosak ke?”
“tak tau la, tetiba ja handbrake jem”
Pak Cik dah cuba tapi tak boleh, Brother tu cuba jugak....pun sama...Tak boleh. ~.~
Then datang la lagi sorang Uncle India yang keretanya belakang kereta Brother ni,
Ayat yang sama,
“Kenapa ni dik? Kereta rosak ke?”
Dipendekkan cita uncle ni jugak cuba turunkan handbrake...pun sama...
Kejadian ni berlaku pd waktu malam... kat tepi jalan tu dah ada ‘mata-mata’ yang sedang memerhati. Rasa takut tu memang ada la, dah la saya seorang. Hanya mampu berdoa & bertawakal pada ALLAH
"Katakanlah (Muhammad), tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan hanya kepada Allah bertawakal orang-orang yang beriman."
(Surah At Taubah: 51)
"...Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-nyalah kami kembali."
(Surah Al-Baqarah: 156)
Dalam masa itu saya, terfikir jugak, kenapa diuji di saat saya hendak melakukan kebaikan di jalan ALLAH?
Lupakah kita akan firman ALLAH S.W.T
“Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”.
(Muhammad : 7)
Pak cik ada mintak bantuan dari kawannya, seorang mekanik. Alhamdulillah... ada yang sudi menolong. Sementara menunggu mekanik sampai, brother n uncle still berusaha turunkan handbrake tu... huhu terharu...
Hampir 1 jam lebih menunggu mekanik. Pak Cik still teman saya (aip..aip...masa tu mak cik nya pun ada skali ek...) Brother n Uncle tu pun ada tp dlm 30-40 minit ja... however sangat terharu sebab mereka masih sudi menolong saya... ALLAH sebaik-baik pemberi Ganjaran...
Sementara menunggu mekanik sampai, saya sempat berbual-bual dengan pak cik & Mak Cik. Banyak nasihat & pengalaman yang di kongsikan bersama. Pak Cik ni namanya Shaari. Sangat peramah & baik orangnya. Cara dia memberi nasihat seolah-olah saya ni anaknya. Pak Cik Shaari seorang Pembekal gula melaka Asli di Melaka. Business card nya ada diberikan kpd saya. Terpapar
Hj Shaari Bin Hj Adam
Hp: 06-261 5893 @ 012-688 2514
Pembekal : Gula Melaka Asli, Gula Campur, Gula Masak
Alamat: Kg Serkam, Batu 11, Pos, 77300, Merlimau Melaka
Kalau ada yang nak buat tempahan...di alu-alukan. Perbuatnya seorang yang baik lagi murah hati. Moga ALLAH sentiasa merahmati kehidupannya. Ameen...
Then sampai la mekanik. Di sebabkan brake dah grap tayar. Mau tak mau kena repair tang tu jgk. di tgh jalan raya. Btol-btol depan trafik light. Kenderaan yang lalu lalang memang asyik memerhatikan kami...skali skala rasa famous jgk... hehe
Dari bahagian handbrake hingga lah ke tayar, semuanya dibuka & diselenggara habis..ALHAMDULILLAH. baik jgk kereta ni... Pak Shaari & isterinya masih menemani sehinggalah mekanik selesai membaiki kereta saya.
Alhamdulillah thummaAlhamdulillah
"Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya."
(Al-Baqarah : 216)
3 comments:
salam..hari ni saya happy sgt. akhirnya dapat jugak saya mencari contact number Hj Shaari. Thanks to blogger! utk makluman saya berniaga kecil2an utk biskut raya. biskut saya special sikit kerana menggunakan gula melaka dan yg leceh nya mesti pakai gula melaka asli yakni kurang campuran gula putih. setahu saya mmg gula hj shaari sahajalah yg hampir ke 100% asli dan lembut. 2,3 tahun lps gula asli ni susah nak cari sbb ramai peniaga jual yg campuran sbb lbh murah. dan 2,3 thn jugak lah sy cari no contact ni sbb no yg tertera pada plastik packing tu nombor lama (6 digit). Thanks again! :) menjadilah biskut raya saya tahun ni...
Terima kasih juga sy dpt nombor contact hj shaari
saya pun mengalami masalah yang sama,handbreak tak boleh bawak turun, tetapi kereta saya berada di rumah, boleh saya tahu, mahal tak kos repair tu? apa ja yang mekanik tu betulkan?
Post a Comment