Indah Cinta Kerana Agamanya


 

♥ Apabila 2 insan menyintai ALLAH Yang Satu ♥

♥ Maka mudahlah bagi mereka untuk bersatu ♥

Alangkah indah jika cinta yang disemai atas kerana-Nya...

Tingkah laku cinta juga atas dasar batas-batas agama-Nya...

Bertemu cinta dalam usrah dan halaqah...

Untuk sama-sama menyebarkan dakwah di jalan fisabilillah...

Percayalah...

Cinta Itu Indah...

Bila Berlandaskan Al-Quran Dan As-Sunnah...

Bila Tujuannya Kerana Allah...

Bila Matlamatnya Syurga Yang Barakah...

Janji Allah terakam di Surah Al-Nur, ayat 26 ;

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).”

Menurut Imam Ghazali di dalam Ihya Ulumuddin,

" kecintaan seseorang yang hakiki kepada insan lain kerana Allah bukanlah bermaksud mencintai insan itu kerana dzatnya (sifatnya), sebaliknya adalah kerana insan itu dapat mendekatkan diri sendiri dengan akhirat."

 

Seandainya Dia Tahu




Seandainya dia tahu bahawa hati ini dahagakan Cinta ALLAH & RasulNYA,


Maka pasti dia bertekad untuk memelihara hatinya dari cinta duniawi.


Seandainya dia tahu bahawa hati ini ingin dipelihara dari noda duniawi,

Maka pasti dia bersiap sedia dengan benteng Ilmu yang menguatkan iman rohani.


Seandainya dia yakin bahawa pertemuan jodoh, ajal maut & takdir diri di tangan Ilahi,

Maka pasti dia berusaha sebaiknya lantas berserah diri pada ketentuan Ilahi.


Seandainya dia tahu...

Seandainya dia tahu...

Seandainya dia tahu...


Maafkan ana kerana tidak bisa berterus terang lagi,

Maafkan ana kerana tidak bisa memberi kata kepastian,

Maafkan ana kerana tidak bisa berbahasa mesra,

Maafkan ana kerana ingin menjaga iman di hati,

Maafkan ana kerana ingin mengutamakan Cinta pada Ilahi,

Maafkan ana kerana ingin mengutamakan juga Cinta pada Nabi,

Maafkan ana kerana harus mendahului tanggungjawab pada dakwah & famili.


Hanya mampu berdoa pada Ilahi,

Moga ALLAH menentukan yang sebaiknya untuk diri ini.

Ameen...

 
Seawal usia 20an Muhammad Al Fateh berjaya menawan Kota Konstantinopel...
Seawal usia 20an kita berjaya menawan apa ???

MOGA ALLAH SENTIASA BERSAMA KITA....

By : BudakBaik1410.blogspot.com


Ketahuilah Wahai Sahabat



Ketahuilah wahai sahabat ku,

Bahawa aku tidak lagi seperti zaman silamku,

Bahawa aku tidak ingin kembali ke zaman silam itu,

Kerana zaman silam itu adalah kehidupan yang pahit bagi ku,

Kerana pada zaman silam itu, aku adalah insan yang sangat malang dari meraih Redha Ilahi,

Kerana dari zaman silam itu, aku bertekad ingin menjadi insan yang bergelar 'Ibadurrahman'
(yakni Hamba kepada ALLAH yang Maha Penyayang)



Ketahuilah wahai sahabatku,

Seadainya dewasa ini aku tersasar lagi dari jalan yang lurus ini,

Maka tuntuni diriku untuk kembali ke jalan yang benar.



Ketahuilah wahai sahabatku,

Seandainya aku lemah dan tidak mengetahui Ilmu serta KalamNYA,

Maka ajarilah aku menyusuri lautan IlmuNYA.



Ketahuilah wahai sahabatku,

Seandainya dewasa ini aku kecewa dan berputus asa dari Rahmat Ilahi,

Maka ingatkan lah aku akan nikmatNYA yang tidak pernah bertepi.



Ketahuilah wahai sahabatku,

Seandainya dewasa ini mengulangi mehna buruk silamku,

Maka tunjukkanlah nilai Qudwah Hasanah didepan ku.



Ketahuilah wahai sahabatku,

Aku sangat memerlukan bantuanmu.



Ketahuilah wahai sahabatku,

Aku sangat memerlukan tunjuk ajar yang Haq darimu.



Ketahuilah wahai sahabatku,

Aku sangat memerlukan DOA darimu.



Ketahuilah wahai sahabat,

Rasulullah S.A.W pernah ditanya:

"Ya Rasulullah! Teman duduk-duduk kami yang manakah paling baik?"

Sabda Rasulullah S.A.W:

"Dia ialah orang yang mengingatkan kamu kepada Allah (apabila kamu) melihatnya dan bertambah ilmu kamu (apabila mendengar) bicaranya dan mengingatkan kamu kepada Allah (apabila melihat) amalannya."

Dan Ketahuilah Wahai Sahabat ku...
Aku Sangat Menyayangi kamu...
Semoga ALLAH S.W.T sentiasa Merahmati kehidupan kamu di dunia & akhirat
Ameen Ya Rabb...


“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya”
(H.R Al-Hakim)


By BudakBaik1410.blogspot.com

Ainun Update Blog...Oh Noo...


Kalu Aini tak nak update blog....biar Ainun yang update blog....lalalala...

='(
"Balighu anni walau ayah."
 sampaikan daripada ku walaupun satu ayat
-Hadis Riwayat Bukhari-

Fabi'ayyi 'Ālā'i Rabbikumā Tukadhdhibān,



Fabi'ayyi 'Ālā'i Rabbikumā Tukadhdhibān,

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan "

Banyak nikmat yang ALLAH kurnia kan kepada kita...

Tapi sejauh manakah hati ini bersyukur?

Sejauh mana diri ini mampu membuktikan kesyukuran terhadap NikmatNYA?

Sejauh mana diri ini mampu Istiqomah dalam melaksanakan SuruhanNYA & Meninggalkan LaranganNYA?

"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya tidak dapat menghitungnya. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang."
  
(Surah an-Nahl, ayat 18)

"Jika kamu bersyukur maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu engkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih."

(Surah Ibrahim, ayat 7)

Lumrahnya, seseorang manusia itu hanya akan menyedari nikmat yang dikurniakan Allah kepadanya apabila nikmat itu hilang atau terlepas daripadanya.

Apalah guna nya harta kekayaan, anak yang comel, pasangan yang bahagia, pangkat dan status kedudukan jika semua ini membuatkan seseorang itu berada dalam keadaan Istidraj, iaitu suatu kedudukan yang menyebabkan dia tidak diredhai ALLAH, semua nikmat itu menyebabkan dia bertambah jauh dan jauh dan jauh dari ALLAH S.W.T.

Nauzubillah hi minzalik
(Kami berlindung dengan Allah daripada perkara buruk itu dari menimpa kami).

Rasullulah S.A.W Bersabda :

”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat(durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.”

(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Oleh itu peliharalah setiap nikmat diperolehi. Bersyukur dan berterima kasihlah kepada Allah Yang Maha Kuasa supaya nikmat itu akan terus dikekalkan-Nya. TERUTAMANYA NIKMAT IMAN & ISLAM

Tanda seseorang itu bersyukur ialah apabila gembira wujudnya nikmat pada dirinya, yang melorongkan jalan untuk beramal ibadat dan mendekatkan diri kepada ALLAH.

"Syukurlah terhadap nikmat Allah jika kamu sungguh-sungguh menyembah kepada Nya."

(Surah an-Nahl, ayat 144)

Mudah-mudahan dengan berbuat demikian, maka nikmat itu akan kekal berterusan bersama kita dan hidup kita pula akan mendapat keredaan Allah baik di dunia atau akhirat
AMEEN...

Hikmah Disebalik 'Handbrake Jem'


Hughh.. dh lama saya tak update blog. Maaf la, hari hari sebelum ni saya menghidapi penyakit
M.U.B (Malas Update Blog) ~.~

InsyaALLAH sedang berusaha untuk meningkatkan saham akhirat melalui penulisan blog ni. InsyaALLAH mohon doakan saya moga trus istiqomah.


Apa sudah jadi ???

Sebenarnya ini crita sem lepas, bru sekarang nak post, kiranya post tertunggak la ni.


Masa awal sem lepas, saya ada program Daurah mengenai ‘Antara Dakwah & Risalah’ (haaa...anda pilih yang mana? Jeng..jeng..jeng...)

Masa on the way nak ke tempat program, tiba-tiba kereta saya berhenti... sebab... trafik light merah ^_^ “Merah Tanda Berhenti” (iklan sat).

Then bila lampu hijau keta nak jalan, tapi handbrake kereta tak dapat diturunkan... Jem !!!

Almaklum la kereta klasik since 1997... sudah melalui 3rd hand. However... Alhamdulillah thummaAlhamdulillah kerana ALLAH S.W.T masih mengurniakan rezeki yang tak di sangka-sangka....”sebuah kereta Daie’  tadaa ^_^

Masa handbrake keta jem adalah seorang pak cik yang berkopiah, masa tu keretanya berada di belakang kereta saya , diketuknya cermin kete saya

‘tok..tok’

“kenapa tak jalan ni nak? Ada masalah ke?”

“Aha pak cik, tetiba handbrake jem...”

(Kun Fayakun, jika ALLAH kata ‘jadi’ maka jadilah)

“mari sini pak cik cuba turunkan.”

Prok...prak...prok...prak (bunyi org tgh turunkan handbrake)

“boleh ke pak cik?”

“Tak boleh nie. Handbrake dah jem ni”

Tetiba ada lah sorang brother yang keretanya belakang kerata pak cik ini

“Kenapa ni dik? Kereta rosak ke?”

“tak tau la, tetiba ja handbrake jem”

Pak Cik dah cuba tapi tak boleh, Brother tu cuba jugak....pun sama...Tak boleh. ~.~

Then datang la lagi sorang Uncle India yang keretanya belakang kereta Brother ni,

Ayat yang sama,

“Kenapa ni dik? Kereta rosak ke?”

Dipendekkan cita uncle ni jugak cuba turunkan handbrake...pun sama...

Kejadian ni berlaku pd waktu malam... kat tepi jalan tu dah ada ‘mata-mata’ yang sedang memerhati. Rasa takut tu memang ada la, dah la saya seorang. Hanya mampu berdoa & bertawakal pada ALLAH

"Katakanlah (Muhammad), tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan hanya kepada Allah bertawakal orang-orang yang beriman."

(Surah At Taubah: 51)

"...Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-nyalah kami kembali."

(Surah Al-Baqarah: 156)

Dalam masa itu saya, terfikir jugak, kenapa diuji di saat saya hendak melakukan kebaikan di jalan ALLAH?

Lupakah kita akan firman ALLAH S.W.T

“Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”.

(Muhammad : 7)

Pak cik ada mintak bantuan dari kawannya, seorang mekanik. Alhamdulillah... ada yang sudi menolong. Sementara menunggu mekanik sampai, brother n uncle still berusaha turunkan handbrake tu... huhu terharu...

Hampir 1 jam lebih menunggu mekanik. Pak Cik still teman saya (aip..aip...masa tu mak cik nya pun ada skali ek...) Brother n Uncle tu pun ada tp dlm 30-40 minit ja... however sangat terharu sebab mereka masih sudi menolong saya... ALLAH sebaik-baik pemberi Ganjaran...

Sementara menunggu mekanik sampai, saya sempat berbual-bual dengan pak cik & Mak Cik. Banyak nasihat & pengalaman yang di kongsikan bersama. Pak Cik ni namanya Shaari. Sangat peramah & baik orangnya. Cara dia memberi nasihat seolah-olah saya ni anaknya. Pak Cik Shaari seorang Pembekal gula melaka Asli di Melaka. Business card nya ada diberikan kpd saya. Terpapar

Hj Shaari Bin Hj Adam

Hp: 06-261 5893 @ 012-688 2514

Pembekal : Gula Melaka Asli, Gula Campur, Gula Masak

Alamat: Kg Serkam, Batu 11, Pos, 77300, Merlimau Melaka

Kalau ada yang nak buat tempahan...di alu-alukan. Perbuatnya seorang yang baik lagi murah hati. Moga ALLAH sentiasa merahmati kehidupannya. Ameen...

Then sampai la mekanik. Di sebabkan brake dah grap tayar. Mau tak mau kena repair tang tu jgk. di tgh jalan raya. Btol-btol depan trafik light. Kenderaan yang lalu lalang memang asyik memerhatikan kami...skali skala rasa famous jgk... hehe

Dari bahagian handbrake hingga lah ke tayar, semuanya dibuka & diselenggara habis..ALHAMDULILLAH. baik jgk kereta ni... Pak Shaari & isterinya masih menemani sehinggalah mekanik selesai membaiki kereta saya.

Alhamdulillah thummaAlhamdulillah

"Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya."

(Al-Baqarah : 216)