Analogi Bola Besi Individu Muslim !!!


As Salam, kabare? Waras?

Kalu x waras tok seh baca blog ni...parah...parah

ermm...Sebelum ni “budak baik1410” ada janji nak sambung story daripada post “Sayonara Jahiliyah”, and it is about bola-bola besi.... (bukan bola-bola api ♪♪♪ OK !)


Harap maklum, ini “Bebola besi individu muslim” (bukannya bebola ayam yang chunchy berinti kan chees chedar... nyum2)

Dalam Daurah yang lepas, Ustazah Sakinah (ameen...) ada berbicara mengenai ilustrasi “Bebola Besi Individu Muslim”.

Merujuk kepada rajah di atas...
(ayat standard dalam assignment ~.~)

Bola-bola besi ini mempunyai 3 lapisan.
o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'

Lapisan dalamnya a.k.a teras nya adalah AQIDAH.

“Aqidah” ni kalu dari sudut bahasa bermaksud ‘ikatan’ atau ‘simpulan teguh pada sesuatu’. (ni semua orang tau sebab masa kat sekolah menengah dulu Ustaz/Ustazah ada ajar)

Manakala dari sudut Istilahnya ‘Aqidah’ bermaksud 'Keyakinan ataupun keimanan yang teguh terhadap sesuatu dan tidak akan terungkai oleh mana-mana pengaruh samaada dari dalaman mahupun luaran'

Nah ambik kau ! Ampa paham x?
Itulah saya dah pesan, sebelum baca post ni anda haruslah ‘waras’ = p

o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'

Lapisan ke-2 nya adalah MINAT yang mana ianya tertanamnya di hati.
Contoh ! “aku minat kat dia laa” haaaaa, minat tu hadir dimana? Di hati bukan?

ahaks rileks2 itu contoh mudah yang mau gue maksud-in

o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'

Manakala lapisan luar itu pula ibaratnya seperti fizikal kita (yang menampakkan PERSONALITI kita)

o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'

erk...Sorry ! I masih tak faham U....

Owh lek lu, ada lagi sambungan ulasannya...

Bola besi ini apabila dipanaskan maka ia akan melebur. Leburan dari Teras dalaman nya akan terpalit pada lapisan ke-2 nya dan seterusnya terpalit pada luaran nya.

Nah, begitu la analogi nya bebola besi ini dengan diri kita sebagai Individu Muslim !

Jika AQIDAH (teras dalaman) kita ini ‘dipanaskan’ dengan Fahaman Islami yang benar maka ia akan ‘melebur’ dan terpalit pada lapisan ke-2 (yakni terpalit pada MINAT-Hati) kita.

*** TERAS AQIDAH yang shahih mampu memberi IMPAK pada MINAT yang tertanam di hati kita.

*** TERAS AQIDAH yang shahih mampu MEMBENTUK MINAT baik yang positif pada hati kita.

Hasil kesinambungan daripada proses ‘perleburan bebola besi’ ini akan terus terpalit pula pada lapisan PERSONALITI kita, yakni luaran kita.

In conclusion, Jika baik KUALITI TERAS AQIDAH nya, maka MINAT & PERSONALITI nya juga akan turut terpalit dengan hasil leburan logam AQIDAH yang BERKUALITI.

Individu muslim sewajarnya memiliki AQIDAH yang Islami, maka MINAT yang tertanam dalam hatinya juga akan bercorak islami lantas menzahirkan PERSONALITI yang islami. nah, ini logik bukan?

o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'

Tahu kah anda?

Doookk, kami tak tau !

Nak bagi tau la nie >.<

Setiap daripada kita mempunyai bola besi masing-masing, bahkan orang kafir juga mempunyai aqidah bola besi mereka sendiri.

Iya2 dong, ..sudah pasti ‘aqidah’ a.k.a ‘ikatan’ orang kafir itu tidak sama dengan Aqidah kita orang islam ni.

Yang sedih nya...sobsob....

Orang kafir telah meleburkan lapisan terdalam bola besi mereka seterusnya leburan bola besi mereka telah melebur sehingga palitannya juga terkena Bola Besi orang Muslim..

Yang dikesali nya... sobsob

Lapisan terdalam Bola Besi umat Islam zaman kini kebanyakannya tidak lagi tembus malah sangat mudah terpalit dengan leburan Bola Besi orang kafir...

Pointnya disini ! Bola Besi kita tidak tembus untuk mempengaruhi Bola Besi orang kafir malah ia terlalu senang untuk terpalit dengan leburan Bola Besi orang kafir….


Hurrmm? Kembali refleksi diri...

No comments: