“Dirosakan Oleh Air Yang Statik”


Pepatah arab ada menyebut,

“Air bertakung yang tidak mengalir akan dirosakan oleh statiknya air itu, dan pemuda yang banyak masa lapang (tidak dinamik) akan dibunuh oleh masa lapangnya itu”


Metafora yang indah bukan? Tetapi ia menjadi tidak indah pada mereka yang menjadi ‘air bertakung’ itu kerana di dikhuatiri menghidapi virus denggiii =p’

Air yang bertakung ini sifatnya mudah tercemar oleh bendasing yang ada disekelilingnya.

Sebagai contoh;

air yang berada dalam tempayan, jika tidak digunakan, lama-kelamaan ia akan menjadi keruh, bukan saja keruh bahkan nyamuk aedess pun suka air yang bertakung nie, makanya ia membawa mudharat. ish...ish...ishh (geleng kepala)

Sebaliknya, air yang mengalir (yang dinamik), mampu memberi banyak manfaat pada kehidupan lain, contohnya air sungai. ^_^b

Nah begitulah perumpamaan 'MASA' dalam kamus kehidupan seorang insan. ecece~

Jika masa yang dimiliki itu tidak dinamik, maka hati insan itu akan ‘mati’ ,

sebaliknya,
jika masa yang dimiliki itu dinamik, maka hati insan itu akan 'hidup'.

Wah macam hipotesis subjek sains sekolah pulak...

Bagi syabab-syabab/syabiah-syabiah
(yang berusia 20-an + belum berkahwin hihi),
‘masa’ boleh menjadi musuh yang membinasakan atau menjadi sahabat yang bermakna pada diri kita.

Mana tak nyee... Cuba anda ba..yang..kan...

o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'

Bayangkan seawal usia 20-an anda sudah memasuki alam ‘U’, ‘uni’, ‘univercity’
(pronounce sampai mulut tersenget-senget)

Kemudian, semasa di univercity, MASA yang anda miliki itu di gunakan dengan penohh... sEhabis bAiK... untuk BELAJAR dengan tekun & skema nya... apakeh~

Dan akhirnya....jeng...jeng...jeng
anda berjaya menamatkan pengajian di univercity dengan jayanya...pada masa yang sama, anda berjaya meraih Anugerah Diraja semasa konvokesyen ke _8 di university anda...

Fuuyooo....power giler siot...
(ini statement biasa yang akan disebut oleh budak yang tak dapat Anugerah Diraja =p’)

Dek kerna krisis ekonomi yang teruk melanda Malaysia, anda akhir nya menjadi seorang ‘Peladang Anggur’ a.k.a penganggur. ...

o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'

SAYA INGIN BERTANYA DI SINI !!!

APAKAH YANG ANDA AKAN LAKUKAN SEKIRANYA ANDA MENJADI WATAK DI ATAS ???


Masih mahu maintain menjadi ‘Peladang Anggur’... ??? TeEkKk (bunyi buzzer merah)

Mahu menjadi peniaga? Uuuu~

Mahu menjadi pembantu rumah a.k.a suri rumah sepenuh masa ? erk

Mahu menjadi Pendakwah sepenuh masa.... TiNg (bunyi buzzer hijau) hehe

Banyak lagi “pe...pe” yang boleh anda jadi atau lakukan...

Point nya di sini

Dimana?

Disini laa =p

Tak kisah lah dalam kondisi apa pun, kita harus lah memanfaatkan masa yang dimiliki dengan sebaiknya ^_^b

Orang muda yang banyak sangat masa kosong akan 'dibunuh' oleh masa lapangnya itu.


Tak percaya?










Sedih bukan?

Apa guna kita bersedih jika tidak berbuat apa-apa pun,

Apa guna kita bersedih jika tidak mengambil inisiatif mengubah diri sendiri,

Apa guna kita bersedih jika masa yang diperolehi di biarkan begitu saja,

DO SOMETHING...JANGAN hanya bersedih,

Hadirkan lah tindak perlakuan yang membuktikan bahawa kita bahawa kita ini seorang insan yang berguna kepada agama & umat manusia...
(sorry, serius la pula...tengah touching nie =’(


Kami pun touching juga =’(


Kalu touching JOM la buat something yang bermanfaat untuk mereka yang memerlukan.

Contohnya



Buat Cupcakes Superb Osem Untuk Palestin Tercinta...

Kredit kepada kak Noni...
(alamak macam mana nak tag nie ^_^’ )


Haaa, baru-baru nie Akhwat The Sisters ada buat jualan
“Cupcakes Superb Osem Untuk Palestin Tercinta”
(erk..suka liver saya je nak bagi nama nie...hehe sorry The Sisters ^_^y )

Alhamdulillah, sebanyak 125 biji cupcakes berjaya dijual....hoyeyy...

100% Jumlah keuntungan nya disalurkan ke Tabung Kecemasan Palestin & Syira...

100% keuntungan nya ?

Yup 100%

Wahh ... Hebat...Gaya Mutu Keunggulan Tinggi...

Mabruk untuk Akhwat The sisters...
(berdiri sambil tepuk tangan~)

Selain daripada itu dinamik kan juga masa anda dengan melakukan aktiviti ini


Kredit to Ukhti Su yang osem & chomel...
hehe belanja ais krim cepat...

Bookmark yang cantik ini mampu memikat hati si dia untuk jatuh kasih & cinta pada Palestin...


Erk..siapa si dia?


Umat manusia laa =p


Hasil kreatif Bookmark ini akan dijual semasa program ‘Gerak Gempur Pasar Malam’ anjuran
IKRAM Siswa USM d(^_^)b

Hasil jualan ini akan di sumbangkan ke
Tabung Kecemasan Palestin & Syira... hoyeyy... pewit...

DINAMIK nyee masa mereka ini.... SAYA ??? sobsob

Semasa saya sedang menaip entry ini, saya teringat pada adik-adik Mukhayam Gen-Q yang Osem lagi Chomel seperti Teletubies, pasti kebanyakan mereka sedang bercuti.

Ada juga adik-adik Mukhayam Gen-Q yang Unik lagi Chomel seperti Naruto (eh...) Musti mereka yang sedang struggle dengan assignment & FYP (final year project).

Walau bagaimana pun keadaan kalian, Moga ALLAH sentiasa permudahkan urusan kalian...ameen

Harapan nya moga kita semua mampu mencipta masa yang Super Dinamik...

Percayalah, selepas melakukan perkara-perkara yang bermanfaat...Anda akan terasa Hebat seperti Powerpuff Girl yang melompat tinggi ke ruang angkasa. hoyeyy~

Yang penting JANGAN mejadi seperti ‘air bertakung’ yang tidak dinamik itu, kerana ia membahayakan anda (denggi..denggi) & membahayakan keadaan orang lain.



Bak kata pepatah Arab yang bermaksud

" Masa itu umpama pedang, jika kita tidak memotongnya maka ia akan memotong kita.."


Moga-moga semua tidak dibunuh oleh masa dan tidak mati katak ditikam pedang-pedang waktu!


Selamat berjuang semua... Gambarimashio...




No comments: