SAYONARA JAHILIYAH


さよなら جاهلية


ما معنى  さよなら &  جاهلية  (tu dia dah buat arab + jepun = carca-merba..)

さよなら - "sayonara" ?  OK-OK in melayu, “Sayonara” bermakna “Selamat tinggal”, kalu orang kampung saya kata “Good Bye” a.k.a “piiiiii daaa...”

Manakala جاهلية - “Jahiliyah” bermakna “Kebodohan” (ini kira ayat standard yang kita (i mean saya) akan jawab bila ustaz @ ustazah kat sekolah tanya...hehhehe... masa tu naik tanduk lagi... al maklum la.. JaHiL...)

Sebenarnya mengikut standard kamus dewan bahasa & pustaka ecece...(Maaf edisi yang keberapa saya x tau) merekodkan “Jahiliyah” merupakan masa yang penuh dengan kegelapan, kebodohan, serta jauh dari peradaban yang baik.

Tetapi....!!! makna “Jahiliah” yang saya maksudkan (masa zaman sekolah dulu tu) tidak lah salah kerana “Jahiliyah” secara harfiyah memang bererti “kebodohan”

So, lepas ni kalau kita jumpa mat-mat motor yang angkat willey 2 tayar kat jalan raya tu, maka jangan lah kita kata depa “Bodoh...tut..tut..tut” tapi kata lah “Al-Jahil”...nampak sopan sikit...

Sebut fasal jahil ni ada satu surah nama nya Surah Al Kafirun yang related dengan kes jahil nya masyarakat Kafir Quraish di zaman Rasulullah S.A.W (Selawat sekali lagi...........Selawat banyak kali lagi pun baguih juga...lebih afdol)

Surah Al Kafirun 

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

1. قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ Katakanlah: "Hai orang-orang kafir,

2. لا أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah,

3. وَلا أَنْتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah.

4. وَلا أَنَا عَابِدٌ مَا عَبَدْتُمْ Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah,

5. وَلا أَنْتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah.

6. لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ Untukmu agamamu, dan untukkulah agamaku


Sinopsis dari Surah Al Kafirun ini menceritakan peristiwa penyebaran Islam semasa di kota Mekkah. Masa tu orang-orang Kafir Quraisy tention dengan perkembangan dakwah Islamiyah yang di sampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W.

huhu kecut usus kolon jugak orang kafir masa tu.

Dengan cetek akal nya orang-orang kafir ni pun mengajukan cadangan kompromi kepada Rasulullah (jangan lupa selawat !!!) iaitu; jika Rasulullah S.A.W bersetuju memuja Tuhan mereka, mereka pun akan memuja Tuhan Muhammad S.A.W (yakni ALLAH yang Maha Esa)

Suka-suki hati hempedu jantung depa ja kan nak campur aduk agama nie...arghh

Ce ce fikir logik; katakan la kita ada 1 kek besar Chocolate Indulgence yang sedap hingga menjilat jari (bukan jilat jari ja, cebisan kek kat kotak kek tu pun kita jilat...kan..kan? aiseh...buat-buat tak mengaku pulak)

Herm....sekiranya.....salah satu ‘secret recipe’ untuk membuat kek chocolate indulgence adalah dengan memasuk kan 0.1mg tahi anjing (jerkk..) kedalam adunan kek tersebut, nyum...nyum....adakah anda akan memakan nya?

Kompem...taubat nasuha...hampa tak mau makan dah kek ‘secret recipe’ tu.

Haaaa...macam la tu juga dengan ‘islam’ ni... mana boleh kita campur aduk perkara yang 'islam' dengan perkara yang 'bukan islam'

ALLAH S.W.T Berfirman;

“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah agama Islam secara keseluruhan; dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan memang musuh kamu yang nyata. ”


(Surah Al Baqarah: 208)

So sekarang ni kita nak masuk Islam secara keseluruhan ka tak mau? (ampa paham ka loghat saya ni? Kalu tak faham sila garu kepala anda  =p'

So....di sini adakah kita ini benar-benar secara keselurahan nya islam ? (haaa ‘islam ke ‘Islam?)

...ISK..ISK..masih kah kau ingat...sekuntum bunga mekar...(erk..lagu kopratasa la plak)... hehe ok2 serius..serius...erm...kalu anda nak review skit fasal ISK ni..bley la klik kat cni ye (^_^)b

o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'

Lepas ini boleh la kita (termasuk saya) tepuk dada tanya iman...apa kah islam kita ini sudah terbukti dengan amal perbuatan?

Adakah masih ada lagi karat-karat jahiliah dalam kehidupan kita sebagai orang islam ?

Dari 2 surah di atas jelas menunjukan Allah SWT menegaskan tidak ada tolak ansur dan kompromi untuk mencampuradukkan ajaran agama, terutama dalam soal akidah dan ibadah dengan cara orang-orang kafir (yakni yang bukan berlandas kan syariat islam).

o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'


Dalam Daurah yang lepas, Ustazah Sakinah (ameen...) berkata... “perbezaan antara Islam & Kafir ini boleh di ilustrasi kan seperti “Bebola Besi”. Saya nak share pasal “bebola besi” ni tapi...tapi....tapi.... hehe kita cita ni dalam next post blog ini ek ^_^y peace yooo...

~ SaYoNaRa JaHiLiYaH ~

Sore dewa, mata ne ~

No comments: