Bila Teman Berjauhan

Iman meninggi naik... Menjunam turun..
itulah lumrah kehidupan seorang Hamba ALLAH.
1000 faktor menjadi penentu dalam membina, mengukuh, mencantikan Iman
Teman. Teman... Teman..
Seorang manusia yang menjadi 1 per 1000 faktor itu.
Teman...
apabila bersamamu terasa diri ini dekat sekali dengan Ilahi..
Karektar dirimu sungguh cantik dihiasi syariat Islami
bilamana mode kita tidak sehala adakalanya kita bermasam muka.
Tapi Diam mu penenang suasana,
mengilhamkan idea solusi kearah pendamaian
Riuhmu penghibur hati yang mendekatkan diri kepada Ilahi
Jelas bukti bahawa engkau adalah teman sejati
Teman..
dikala kita berjauhan adakalanya aku goyah tanpa tongkat penguat diri,
tanpa dinding pembenteng diri dari serakah duniawi.
Bila kita tidak bersama sukarnya ku rasa dalam menempuh kehidupan samudera.
Tapi diri ini harus kuat... harus bersedia untuk berpisah dgn mu..
kerana salah satu kemanisan iman adalah bertemu & berpisah kerana ALLAH.
Ganjaran itu lah yang harus kita utamakan..
InsyaALLAH semoga kita bertemu lagi sahabat ku ^_^
kalau tidak di dunia.. mudah mudahan di Syurga ALLAH..
Ameen.. Ameen Ya Rabbal 'Alamin

No comments: