Cuti ni buat apa?
Hermmm...Tekad dihati nak berbakti pada mak abah & nak speend time sebanyak-banyaknya dengan mereka...kangan bangat sama mereka =D
Anda bagaimana?
Semasa berada di rantauan, kebanyakan cabaran & mehna di sekeliling terpaksa di tanggung sendirian. Berjauhan dengan keluarga tidak memudahkan saya untuk mendapat pelukan erat dari mereka. Pelukan erat yang penuh kasih sayang berserta suntikan semangat yang terpancar langsung dari riak wajah meraka.
Bertapa untungnya mereka yang punya keluarga disisi sekarang ini. Berbahagia lah kalian dengan nikmat kurniaan ALLAH ini.
Lantas, dengan peluang yang ada pada cuti sem ini, harus bertekad untuk memanfaatkannya sebaik mungkin.
Membayangkan masa-masa yang akan datang, adakah masih ada peluang untuk saya bertemu dengan keluarga tersayang. Ajal-maut itu pada ketentuan ALLAH. Oleh itu gunakan lah peluang yang ada ini untuk beramal baik pada kedua ibu bapa kita, & pada ahli keluarga yang lain.
Walau pun saya sudah dewasa, tapi masih mahu mak menyuapkan nasi ...
Walau pun saya sudah dewasa, tapi masih mahu mak menyisirkan rambut...
Walau pun saya sudah dewasa, tapi masih mahu tidur di ribaan mak...
Walau pun saya sudah dewasa, tapi masih mahu mak bercerita...
Walau pun saya sudah dewasa, tapi masih mahu abah meninggalkan sedikit air dari bekas minumannya...
Walau pun saya sudah dewasa, tapi masih mahu abah meninggalkan sedikit makanan dari bekas makanan nya...
Walau pun saya sudah dewasa, tapi masih mahu berjalan-jalan bersama abah...
Walau pun saya sudah dewasa, tapi masih mahu...
Walau pun saya sudah dewasa, tapi masih mahu semua ini berterusan...
Berterusan... selagi mana saya masih berpeluang...
Firman Allah taala: yang bermaksud:
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)”
(Surah Luqman :14)
Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Siapa yang suka untuk dipanjangkan umur dan ditambahkan rizki, maka berbaktilah kepada ibu bapa dan sambunglah tali silaturrahim (dengan kerabat).”
(Hadis Riwayat Imam Ahmad.)