Disleksia - “Every child is special”


Apakah itu Disleksia?

its a gud question!!!

Disleksia ni bukan satu penyakit, tetapi ia 1 gangguan dalam pembelajaran bagi kanak2.

Disleksia berasal dari perkataan Yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan. Herm...



Contoh tulisan kanak2 Disleksia...Bagi saya ia sanggat Chomel d(^_^)b @ b(^_^)d 

Biasanya, kanak2 Disleksia menghadapi masalah pembelajaran seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira.

*** Note:
masalah ini boleh diatasi dengan membanyakan latihan2 amali, seperti latihan menyebut sesuatu perkataan berulang kali, menulis sesuatu perkataan berulang kali, & pelbagai teknik amali yang lain...

Antara manusia terkenal yang mengidap Disleksia:

1. Orlando Bloom –Pelakon

2. Vince Vaughn –Pelakon

3. Keanu Reeves –Pelakon

4. Robin Williams –Pelakon

6. Tom Cruise –Pelakon

7. Guy Ritchie-Direktor film

8. Albert Einstein -scientis

haaa...!!! Albert Einstein -scientis pun ada Disleksia....?

haha...see...Disleksia bukan lah suatu yang halangan untuk seseorang itu berjaya..asalkan ada usahanya =D

Mereka yang Disleksia ini juga menpunyai daya pemikiran yang normal. =)

Mereka yang mempunyai Disleksia bukannya menghadapi kecacatan !!!

Sesetengah kanak2 Disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Insan disleksia dengan Insan disleksia yang lain mempunyai masalah yang tidak serupa.

Masalah Disleksia adalah berbeza dengan Afasia, yang merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh kerosakan saraf otak, dengan itu akan melumpuhkan kebolehan seseorang untuk berkomunikasi.

Secara kesimpulannya, disleksia bermakna menderita kesukaran yang berhubungan dengan kata atau simbol-simbol tulisan.




Kanak2 disleksia ni bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh @ slow learner. Daripada kajian pun mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan.

Ciri-ciri insan Disleksia:

1. Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.

2. Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.

3. Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.

4. Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya 'b' dianggap 'd' dan 'p' dianggap 'q'.

5. Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.

6. Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.

7. Sering berlaku di kalangan lelaki.

8. Kerap berlaku di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.

9. Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa.


herm..ini gambaran perbezaan antara Brain insan Disleksia n non-Disleksia


Punca2 Disleksia:

Punca disleksia dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada biasa.

Rawatan:

Disleksia hanya dapat dikesan apabila beberapa ujian dilakukan ke atas pesakit di bawah pengendalian ahli psikologi atau guru khas disleksia. Penyakit ini boleh dirawat tetapi tidak boleh diubati. Penghidap disleksia lazimnya akan diberi rawatan secara terapi untuk meningkatkan kemahiran linguistik, berfikir, dan sosial.

Kekurangan pada pengidap disleksia tidak menghalang seseorang itu untuk terus maju dan menggapai impiannya. Bagi yang mengidap disleksia, semoga oarng-orang di atas menginspirasikan Anda. Jangan pernah berhenti berharap.

Setiap Kekurangan Pasti ada Kelebihan Yang Di kurniakan Oleh ALLAH S.W.T

d(^_^)b @ b(^_^)d



No comments: