uit..nasihat orang baik-baik la




“Hei...Ko ni tak mengaji Quran ke? kalu tak percaya Quran lebih baik pergi bunuh diri la... terjun bangunan ke...”


“Orang yang bercouple ni HARAM !!! tunggu la ko kena lakna dari ALLAH”


“Woi...ko ni x reti sembahyang ke? KAFIR !!! tak nak la aku kawan dengan orang KAFIR ni...”

Perh...ayat pedas beb !!!

Haaa...tahu tak pe...

Tapi ini lah realiti orang islam sekarang yang kononnya ‘faham’ agama.

Mengherdik..menghina secara langsung mereka yang tidak ‘berpeluang’ mengenal agama...specifiknya agama islam laa... haaa ‘i’ ke ‘I’

...ISK..ISK..masih kah kau ingat...sekuntum bunga mekar...(erk..lagu kopratasa la plak)...

Hey serius..serius...

o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'

erm...nak review ISK skit..bley ?

Cuba kita tengok...ten...gok...kalu perkataan

“Saya jalan” => ‘j’, menunjukan ‘jalan’ itu kata perbuatan...yakni saya jalan... kondisi perbuatan

Cuba kalu saya tulis

“Saya Jalan” => ‘J’, ini menunjukan satu kata nama khas...yakni Saya Jalan...nama saya Jalan...

So... makanya... islam itu harus pada perbuatan...bukan Islam pada nama sahaja...seperti yang tertera di IC... haa gitu dong.... paham x paham x ?

Ooooiii...hooooiii... kat sekolah cikgu kite kan x ajar pun mcm tu...cikgu kate kan... ISLAM itu kata nama khas...so i tu kena huruf besar la.....

Ala Relax aaa.. saya sajee sajee jeerk nk bg contoh pemahaman...supaya anda faham yang ‘ISLAM’ bukan hanya pada nama SAHAJA...TETAPI islam itu harus selari dengan perbuatannya... Fikir-fikirkan.. & selamat beramal =p

o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'o'

Hope clear...erk kat mana saya stop td? Oh ye kat cni....

Erm..yep..di sini saya katakan tadi ada segolongan orang islam yang tidak ‘berpeluang’ untuk mengenal islam itu sendiri...

Mungkin sedari kecil lagi mereka ini tidak ada pencerahan yang shahih mengenai cara hidup yang berlandaskan islam...contohnya cara menutup aurat yang sebenar, cara solat yang sebenar, cara mengaji dan sebagai nya....


makanya jangan di herdik mereka ini.. ajar lah mereka ini dengan ilmu-ilmu agama... dengan cara yang hikmah & penuh kesabaran... bukannya dengan cara yang kasar, menghina apatah lagi meletak tittle ‘kafir’ pada mereka yang melanggar hukum ALLAH... mungkin mereka tidak tahu halal haram dalam islam...

Cuba anda bayangkan...ba...yang....kan...!

Seorang anak yang di besarkan dalam keluarga yang

huru hara...
kacau bilau...
haru biru...

carca merba...
lintang pukang...

haa apa lagi...

kesian kan anak ini...tidak ada penerapan nilai-nilai agama dalam dirinya sedari kecil lagi...

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud

“setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci lagi bersih), maka para ibubapalah yang mencorakkan mereka sama ada menjadi seorang islam Majusi atau Nasrani”.

So kasihani lah mereka yang tidak ‘berpeluang’ untuk mengenali cara hidup islam yang sebenarnya...

Bersangka baik lah pada mereka ini & nasihati la mereka dengan cara yang hikmah.. Seperti dalam Firman ALLAH S.W.T

“ Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.”
(al-Nahl, ayat 125)


Makanya~

Hakikat antara hujah & akhlak,
 akhlak lebih berpengaruh bagi menerangi hati.

Ketika cinta islamik bertasbih ~.~




Berselindung disebalik istilah ‘’islamic couple’’,

Rasa kasih, cinta, rindu & sayang bermainkan perasaan,

Setiap detik terkenang si dia yang kononya ‘pembimbing diriku’,

Usah dikatakan dalam lena, dalam solat pun masih terbayang-bayang si dia,

Aduhai Ikhwah, Aduhai Akhwat,

Usah dibiarkan rasa hati ini dipermainkan,

Kerna ia bisa mencederakan ruhyi nya iman,



'Ana sayang enti kerana ALLAH..', hanya lunak pada luah bicara,

Tampak islamik, seolah-olah menghalalkan ikhtilat,

Bukankah ALLAH telah berfirman,

“Dan janganlah kamu menghampiri ZINA, Sesungguhnya ZINA itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (membawa kerosakan)”

[al-Israa' 17: 32]


Cinta itu tidak salah kerna ia adalah fitrah insani,

Maka tempat kan cinta itu pada tempat yang sewajarnya,

Berikanlah Hatimu hanya untuk ALLAH,

pasti ALLAH temukan padamu pemilik terbaik,

Hamparkan masamu seluas2nya hanya untuk ALLAH,

pasti ALLAH aturkan sluruh kehidupanmu sebaik2nya,



(◠‿◠✿) erm...tumpang tanya ! ngpe highlight "ALLAH" & "Hati" ? (◠‿◠✿)

(◠‿◠✿) saja...suka (◠‿◠✿)

Ya Rasulullah





Ya Rasulullah, Ya Habibullah

Wahai kecintaan ku

kerinduan ku sentiasa membara


Ya Rasulullah, Ya Habibullah

Tangisan ku merindui Mu

Bilakah lagi dapat menziarahi mu


Ya Rasulullah, Ya Habibullah

Tangisan ku mengharap syafaat mu

Siapalah aku disisi mu


Ya Rasulullah, Ya Habibullah

Dikala ini aku terlalu pilu

Apakah aku semakin jauh

Atau dekat dengan mu


Ya Rasulullah, Ya Habibullah

Tiada satu amalan yang dapat ku banggakan

Mohon belas kasihan mu


Ya Rasulullah, Ya Habibullah

Tiada amal ibadah yang sempurna dan bererti

kalau tiada syafaat mu

Akan sengsara akhir nanti

Betapa banyak dosa yang ku bawa nanti

Semoga tiada kecewa duhai Junjungan ku

Disleksia - “Every child is special”


Apakah itu Disleksia?

its a gud question!!!

Disleksia ni bukan satu penyakit, tetapi ia 1 gangguan dalam pembelajaran bagi kanak2.

Disleksia berasal dari perkataan Yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan. Herm...



Contoh tulisan kanak2 Disleksia...Bagi saya ia sanggat Chomel d(^_^)b @ b(^_^)d 

Biasanya, kanak2 Disleksia menghadapi masalah pembelajaran seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira.

*** Note:
masalah ini boleh diatasi dengan membanyakan latihan2 amali, seperti latihan menyebut sesuatu perkataan berulang kali, menulis sesuatu perkataan berulang kali, & pelbagai teknik amali yang lain...

Antara manusia terkenal yang mengidap Disleksia:

1. Orlando Bloom –Pelakon

2. Vince Vaughn –Pelakon

3. Keanu Reeves –Pelakon

4. Robin Williams –Pelakon

6. Tom Cruise –Pelakon

7. Guy Ritchie-Direktor film

8. Albert Einstein -scientis

haaa...!!! Albert Einstein -scientis pun ada Disleksia....?

haha...see...Disleksia bukan lah suatu yang halangan untuk seseorang itu berjaya..asalkan ada usahanya =D

Mereka yang Disleksia ini juga menpunyai daya pemikiran yang normal. =)

Mereka yang mempunyai Disleksia bukannya menghadapi kecacatan !!!

Sesetengah kanak2 Disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Insan disleksia dengan Insan disleksia yang lain mempunyai masalah yang tidak serupa.

Masalah Disleksia adalah berbeza dengan Afasia, yang merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh kerosakan saraf otak, dengan itu akan melumpuhkan kebolehan seseorang untuk berkomunikasi.

Secara kesimpulannya, disleksia bermakna menderita kesukaran yang berhubungan dengan kata atau simbol-simbol tulisan.




Kanak2 disleksia ni bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh @ slow learner. Daripada kajian pun mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan.

Ciri-ciri insan Disleksia:

1. Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.

2. Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.

3. Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.

4. Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya 'b' dianggap 'd' dan 'p' dianggap 'q'.

5. Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.

6. Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.

7. Sering berlaku di kalangan lelaki.

8. Kerap berlaku di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.

9. Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa.


herm..ini gambaran perbezaan antara Brain insan Disleksia n non-Disleksia


Punca2 Disleksia:

Punca disleksia dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada biasa.

Rawatan:

Disleksia hanya dapat dikesan apabila beberapa ujian dilakukan ke atas pesakit di bawah pengendalian ahli psikologi atau guru khas disleksia. Penyakit ini boleh dirawat tetapi tidak boleh diubati. Penghidap disleksia lazimnya akan diberi rawatan secara terapi untuk meningkatkan kemahiran linguistik, berfikir, dan sosial.

Kekurangan pada pengidap disleksia tidak menghalang seseorang itu untuk terus maju dan menggapai impiannya. Bagi yang mengidap disleksia, semoga oarng-orang di atas menginspirasikan Anda. Jangan pernah berhenti berharap.

Setiap Kekurangan Pasti ada Kelebihan Yang Di kurniakan Oleh ALLAH S.W.T

d(^_^)b @ b(^_^)d