Kemucup

picture kredit to Mr Google

kemucup...

Tampak pada logikanya tidak punya apa-apa
tiada punya manfaat pada sekitar, apatah lagi pada manusia.
Ianya berduri...terasa gatal pabila terkena :)
sering kali menyusahkan bilamana ia melekat pada pakaian kita.
Jelas pada fizikalnya kemucup tidak punya apa-apa

Terdetik di hati, terfikir sejenak
Apakah ALLAH menciptakan ia dengan sia-sia?
tidak punya apa-apa?

Firman ALLAH S.W.T :

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang yang berakal.
(Ali-Imraan : 190)

Nah... sekarang ku akui, kemucup pun punya manfaatnya.
Metafora kehidupan terungkap dari serumpun kemucup.
Teguh menyebarkan benihnya keserata pelosok.

Ku andaikan benih itu Syiar Islami
Ku andaikan diri ini kemucup yang teguh berdiri
Kemucup yang cerdik merancang strategi
Menyebarkan benihnya dengan baik sekali

Kemucup... ada apa dengan kemucup?
Kemucup sedia menghinggap pada mana2 ‘agen penyebar’ yang melaluinya
Kemucup berani terbang kemana saja bila di bawa angin
Tidak gentar pada angin kencang apatah lagi sepoi2 bahasa
Asalkan ia bisa menyebarkan benihnya.

Sekarang ku akui tiada yang sia sia pada Ciptaan Tuhan
Semuanya berlaku dengan hikmah untuk pedoman
Semuanya punya maksud dan tujuan
Maha Suci ALLAH, Tuhan Pentakbir sekalian alam. 

Ada Apa Dengan Jumaat ~ 1 Rejab 1432 H


picture from mr google

"Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan"
Ameen...


Alhamdulillah. Hari ini masih lagi bernyawa untuk diri ini merebut peluang berbuat amal kepadaNYA. Mengumpul saham sebelum Bertemu dengan NYA. Lagi berharga nilai pahala yang diletakkan pada Hari ini yakni Hari Jumaat-Penghulu segala hari, di mana setiap amal kebaikan digandakan, tanpa melupakan juga Peringatan dari ALLAH S.W.T bahawa Hari Jummat hari berlakunya kiamat. Sebagaimana Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah katanya,

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat. Pada hari itulah Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”
(Hadis riwayat Muslim).

Begitulah Maha Pengasihnya ALLAH S.W.T mengurniakan bonus pahala yang berganda kepada kita Umat Nabi Muhammad S.A.W. Bestkan...Beeruntung bagi siapa yang merebut peluang ini.

Bertambah untung pada hari ini telah jatuhnya 1 Rejab 1432H. Tertanya2 apa la hebat nya Bulan Rejab ini ? Hrm jom kita ungkap fadhilat/kelebihan Bulan Rejab ini...

Rejab itu bermaksud ta’azim iaitu kebesaran, keagungan, kemuliaan; kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya kepada seluruh hambanya yang beriman.

Sabda Nabi s.a.w.:

"Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat. "

Sesiapa yang berpuasa di bulan Rejab ganjaran nya sama seperti seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya.
Waaa….

Tambahan lagi…

Pahala bersedekah sama seperti beribadat 1000 kali haji dan umrah. Dibina untuknya 1000 mahligai dengan 1000 bilik dan 1000 bidadari, lebih cantik daripada matahari 1000 kali. Waaaaa...

Lagi-lagi..

Sedekah pada bulan Rejab seumpama sedekah 1000 dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya 1000 kebajikan, diangkat 1000 darjat dan dihapuskan 1000 kejahatan serta dijauhkan daripada api Neraka. Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti. Ganpan kan... ^_^

Kelebihan lain bulan Rejab:

1. Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalam bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.

2. Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.


3. Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya’aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.

Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:

=> Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun

=> Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir

=>Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat

=> Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya

=> Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain. Contohnya :

*Peristiwa Israk dan Mikraj (27 Rejab) - di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di"israk"kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di"mikraj"kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha.

*Peristiwa bagaimana Solat fardhu 5 waktu diwahyukan ke atas umat Islam. Jom terokai story2 sirah ini...


Kesimpulannya, bulan Rejab merupakan sebuah bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada hamba-Nya. Oleh itu ayuh kita rebut peluang ini ^_^

Wallahualam.