Kapten Mustakim Affendi


Assalamualaikum.

Hachum..((bersin) Alhamdulillah...

Itu tanda blog berhabuk. Dah lama x atas tarikh (update)

Alhamdulillah.. Masih diberi kesempatan untuk mencoret kenangan dalam sisi - sisa kehidupan ni :)

Minggu ni merupakan minggu pertama anak saudara, Mustakim Affendi masuk Tingkatan 1. Alhamdulillah pandai budaknya. Dapat 5A dalam UPSR 2015. Tahniah Akim, Mak Su tumpang gembira :)

Hari ni dapat wasap dari anak saudara ni.


Dipendekkan cerita, anak saudara saya ni nak berhenti sekolah agama. Dia nak belajar di sekolah biasa. Saya tak rasa kecewa dengan keputusannya itu, apatah lagi marah. Saya tahu apa yang dilaluinya merupakan salah satu pintalan tali yang menyambung ke puncak kejayaannya nanti. InsyaALLAH 

Maka berlaku lah scene pujuk memujuk & sedikit panduan untuk dia buat keputusan... 

Saya tidak mahu buat keputusan untuk dia, apatah lagi memberi arahan. Saya cuma memberi laluan idea supaya dia tidak buntu. Saya mahu dia berfikir & buat keputusannya sendiri. Biar dia belajar untuk bertanggujawab atas setiap keputusan yang dibuatnya.

Owh ya, cita - cita anak saudara saya ini adalah untuk menjadi seorang Juruterbang yang BERIMAN :)


Kalau anak saudara Mak Su ni dah besar nanti, Mak Su harap dia akan tersenyum bila baca post ni. Ini merupakan salah satu dari detik-detik perjalanan hidup Mustakim dalam menjadi seorang yang berjaya. 

Apa pun pesanan Mak Su cuma 1. Jadilah apapun asalkan kamu menjadi seorang yang beriman & bertaqwa kepada ALLAH S.W.T :)

Sayang
Mak Su