Cintamu terkubur sepi,
Anakmu bakal kau lepaskan kepada Dia yang mencipta,
Sungguh perit...sungguh perit,
Sungguh perit mujahadahmu mengorban kasih sayang bapa,
Melepas pergi seorang anak tercipta,
Ya! Kau berkorban perasaan cinta demi ALLAH,
Ya! Kau berkorban perasaan kasih demi mencari Redha ALLAH.
Begitulah hakikat hidup Untuk Dia Yang Maha Esa. Berkorban sudah menjadi nadi kehambaan. Siapa kita untuk tidak berkorban? Sedangkan nabi-nabi, para ulama, para pemimpin Islam semua berkorban..berkorban...dan berkorban.
Mereka berkorban kerana mengejar khazanah yang sangat ternama dan bernilai. Mereka tidak gusar disebabkan kekurangan kerana itulah kebahagian bagi mereka. Mereka bahagia dengan berkorban. Itulah erti sebuah kehidupan...BERKORBAN...