GeLaGaT MiCHi & MaCHi


oooo...Dating d atas Jambatan ek

  
MacHi sedang makan nasi ni kak ^_^

 

Perh... MaCHi tgh pozinggg mAuT 2

nCak...

eh MiCHi ni suka pANjat atas MaCHi..

saya nk kluar...saya nk kluar... help2

uuu bEsT Nya kat Luar 2..

LarI mAraToN Keliling Umah.. xcersiZeeee

Jgn la amBk GaMbR Saya MaLuuu..


2e ler skit story bary pasal mIcHi N mAcHi nie... later2 tite kon..t..nu ...na...daaa...Wassalam (jwb blik slam saya!!!) Sekian masih...

Explorasi Hari ke-3 Praktikal

Alhamdulillah hari masuk hari ke-3 praktikal di TM Berhad. Baru hari ni saya tahu rupa-rupanya saya seorang saja budak praktikal kat TM Gelugor ni...huhu rasa takut ada, rasa exited pun ada jugak... Tapi ambil saja ini sebagai satu cabaran hidup. Lagi pun realiti kehidupan karier berkerja memang macam tu pun. Nak kan nak mengharapkan kawan yang kita sedia kenal sentiasa berkepit dgn kita setiap masa.. kan2.


Teringat saya Hadis daripada Ibn Umar r.a., beliau berkata:"Rasullah s.a.w. memegang bahuku lalu bersabda":

"Jadilah kamu di dunia ini seperti seorang pengembara atau perantau di jalan".

Hadis ini diriwayatkan oleh al-Bukhari.

Kita umpama pengembara di dalam hadis di atas, maka bawalah watak kita di dunia ini sebagai pengembara yang mencari kebaikan yang terdapat di dunia untuk dimanfaatkan kepada diri dan masyarakat. Tetapi bukannya dicari keburukannya untuk dihadap kepada diri dan masyarakat. Sedarlah akan singkatnya waktu yang kita miliki. Maka, wajarlah bermuhasabah diri kita ini sebagai seorang pengembara!


Alhadulillah setelah itu bertambah semangat diri ini untuk terus meneroka ilmu keduniaan dgn harapan dapat di manfaatkan untuk agama ALLAH.. InsyaALLAH, Semangat ini lah yang di perlukan untuk memajukan umat Islam kehadapan.


Alhamdulillah masuk hari ke-3 ni banyak perkata yang telah dipelajari. Tak tahu macam mana nak ucap TERIMA KASIH banyak2 pada lecture yang mengajar. Banyak ilmu yang dipelajari semasa kelas akhirnya dipelajari secara praktikal semasa LI ni. Coding dlm Data Networking ada, TCP/IP, ISO, Point to point connection, Wired/wireless LAN, antenna system, GSM, banyak lagi.. bru sekarang nampak apa yang di pelajari secara teori kini di applikasikan secara praktikal.





Lagi best sekarang ni terasa sanggat suasana alam perkerjaan. Baru masuk hari ke-3 prktikal dah dapat ruang kerja sendiri (ala-ala office macam tu la). Bos cakap “welcome to the work filled”



Ruangan kerja ni untuk buat paper work, finding information 4 R&D, siapkan report lebih kurang macam tu la. Kalau tak da visit site kat sini lah tempat ‘melepak’.


Moga suasana kerja yang baru ni memberi seribu pengalaman yang bermanfaat untuk diri ini. Ameen ^_^

Diari yang Indah


Alhamdulillah. hari yang di nanti2 kan telah pun tiba. ^_^ masa untuk balik kampong yei !!! Diari indah bermula seawal pagi menerima panggilan dari ayahanda “adik… abah dah sampai Melaka…” Hati berbunga bunga n tak sabar nk jumpa dengan abah. Kesian abah naik bas Konsortium dari penang ke Melaka semata mata nak teman aku drive untuk balik ke Penang. Abah kata “anak abah ni bru setahun jagung dapat lesen P, ada hati nk bawa kereta kat highway sorg2...dah jom abah temankan” Mulanya rasa yang aku ni banyak menyusahkan abah.. tapi itu tandanya abah ambil berat… Alhamdulillah.



Then aku pun g la jemput abah kat MC. Sepanjang perjalan nk ke rumah abah asyik tanya” macam mana bawa kereta kat Melaka ni..ok? accident hari tu macam mana boleh terjadi? “, “panjang ceritanya abah” jawab aku, then mula la berstory panjang dalam kereta tu. Sesampainya di rumah abah solat n berehat, sementara aku menghabiskan sisa2 packing barang yang masih tertinggal. Sekali lagi rasa kesian bila tengok abah. Mesti abah letih waktu tu. Dalam hati aku hanya mampu berdoa moga ALLAH bagi kekuatan kepada abah n moga ALLAH Merahmati abah dunia akhirat..ameen.



Seusai packing, handphone ku berbunyi, ‘My Sister is calling’ muncul d skrin handphone. Waktu tu senyuman aku lagi lebar sebab akak pun nak datang Melaka jumpa aku n abah sebelum kami balik ke Penang. Kesian kat akak sanggup datang dari KL ke Melaka semata mata nk jumpa kami n bagi ‘something’ kat aku.. I LOVE U so much sis <3<3<3. “salam akak on the way ke Melaka ni… nanti ambik akak kat Maydin MITC naa, akak x tahu jalan ke umah adik” . Aku pun “Owkeh, hati2 na”. Saat tu bertambah seronok n excited nak jumpa family yang dah lama aku x jumpa. Lagi terbayangkan wajah bunda yang tercinta yang sedang tunggu kami kat rumah. Mak x ikut abah sekali sebab baru pulih dari strok yang tiba2 serang mak. Tapi Alhamdulillah kesihatan mak makin pulih n mak dah boleh bergerak sekarang ni. Alhamdilillah.



Sesampainya akak ke Melaka, aku dgn abah pergi jemput akak kat Maydin MITC, lps tu kitaorg gi sarapan sama2 kat nasi kandar Zubaidah. Hehe fill penang makin terasa ^_^. Sepanjang sarapan tu kitaorg anak beranak bersembang n one of the hot topic is ‘Mother’s Day’. Hari esok mother’s Day.. Hehe merancang surprise apa yang kitaorg nk wat kat mak… akak kata ‘akak ada beli baju kat mak’ sambil tersenyom lebar, aku plak kata ‘adik hadiahkan buah naga untuk mak..hehe bagus untuk darah n buah pinggang tau :p’, abah plak kata “emmm abah bawa hadiah ‘anak’ untuk mak, lagi mahal from Melaka tau… ” comel abah.. kitaorg gelak sama2 ^_^ <3<3<3



Lepas habis sarapan, me, abah n akak ke rumah Hurun ‘Ain.. hehe ambk barang sumbat masok dalam kereta… the most special is Machi n Michi pon ikot sama balik penang for the 1st time…

MICHI N MACHI.. ala Tomei2..

Abah kata “x mati ke kura2 tu naik kereta.. jauh ni kita nak jalan…”, aku n akak kerut dahi.. ‘mana ada mati ….. ok ja.. paling abis pun diaorg pening ..pening diaorg pun x muntah punya lah’.. aku n kakak gelak2… akak tolong angkat barang2 msok kedlm keta n tlong check keadaan rumah sebelum di tinggalkan..hmm sedih la plak nk tinggalkan rumah ni..lengang je keadaan rumah ni.. selalunya riuh dgn suara2 comel ahli rumah… hee ^_^



**********************************************************

Then tiba la masanya… sayonara… aku n abah balk penang while akak balik ke KL. Schedule perjalanan; abah drive dari Melaka ke KL, while me drive dari KL ke Penang. Alhamdulillah suatu pengalaman yang baru bagi diri aku. Abah banyak ajar aku cara2 pandu kereta di kawasan highway, “dik..kalu jalan macam ni adik kena drive ….., kalu kawasan bukit…… cara nak potong kereta…., huhu jgn main2 nk potong kereta kat highway pon ada cara tau… dan banyak lagi lah… Alhamdulillah sepanjang 7 jam perjalanan dari Melaka ke Penang ruangan ini di manfaat kan sebaik yang mungkin untuk berchit chat dgn abah.. ^_^



Alhamdulillah, ALLAH lindung, selamat sampai ke rumah dgn jayanya… sampai2 je trus peluk mak.. rindu kat mak sangat2.. masa mak sakit aku tgh musim exam so langsung x dpt tgok mak… skg ni hmm lepas rindu puas2 laa.. hehe ^_^ Alhamdulillah.. Now Home sweet home… ^o^



Sebenarnya nk story2 lagi peristiwa2 yg terjadi sepanjang perjalanan dr Melaka ke KL tp skg ni guei kechapetan.. nanti2 la ek kita story2 lagi… hee..semoga bertemu lagi wahai Diari yang Indah..Wassalam…


**********************************************************